Artical, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote

Kem Motivasi Pelajar (Siri 1)

Hari ini, memulakan tugas di awal pagi Admin melihat kembali gambar-gambar siri kem motivasi pelajar yang pernah diuruskan oleh Asia Camp. Dokumen kerja yang menimbun yang harus diselesaikan tidak mampu mengalihkan pandangan dari jutaan mimik muka suci anak-anak kecil sekolah dan adik-adik remaja kita yang makin membesar. Timbul rasa sebak dan haru. Fikiran Admin melayang mengingat moment sedih, indah dan suka yang pernah Admin lalui sebelum ini.

Hari ini Admin mahu berkongsikan sedikit pengalaman dan rasa hati Admin semasa menjadi fasilitator di kem motivasi pelajar.

Pengalaman 1:

Di suatu ketika, Admin pernah menjadi fasilitator kem motivasi pelajar buat anak-anak sekolah Islam di Hulu Langat, dulu di zaman awal belajar di universiti. Sampai di modul qiyam dan muhasabah diri, adik-adik sekolah yang jauh lebih muda usianya menangis teresak-esak dan tersedu-sedan mendengar runtunan cerita dan insaf diri dari ustaz yang menjadi moderator. Admin yang fasilitator ini, terkebil-kebil seketika. Ustaz yang menjadi moderator terus ‘keras’ menyampaikan peringatan dan makin hanyut dengan lebatnya hujan air mata yang turun. Dikisahkannya dengan perjalanan kematian yang mendekat dan apa yang akan berlaku di saat pengakhiran kehidupan dunia. Melihat orang menangis, mampu menjentik diri yang asalnya keras dan gagah ini untuk turut juga merasa sebak, menangis dan tak keruan. Sesungguhnya menangis itu satu rahmat dan ketenangan.

Muka-muka bersih yang memerlukan bantuan untuk dicorakkan laluan rasa dan fikirannya

Biasa kita bercerita tentang kem motivasi pelajar yang memotivasikan peserta. Bagi admin, kem motivasi pelajar seperti ini tidak hanya untuk peserta atau pelajar, tetapi juga mampu memotivasikan para fasilitator dan diri sendiri khususnya. Kem motivasi pelajar ini menjadi satu platform buat para fasi untuk sama-sama belajar meningkatkan potensi diri dan deria sensitiviti diri umumnya.

Contoh indoor aktiviti yang merupakan modul refleksi diri dan hubungan rakan sebaya

Pengalaman menguruskan modul kem motivasi pelajar sekolah islam yang walaupun bagi admin hanya berskala kecil ketika itu, tetapi ia membawa kepada satu pengajaran besar yang menghidupkan jiwa, paling kurang bagi admin khususnya. Beginilah kita manusia, setiap apa yang kita lihat, rasai dan dengari adalah satu bonus untuk meningkatkan diri dan menjadikan diri ke arah yang lebih baik.

Makanya, bersyukurlah!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *