Kem Jati Diri dan Intergrasi telah dijalankan di Asia Camp Kuala Kubu Bahru oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMKBTS) pada 19.07. 2019 hingga 21.07.2019. Seramai 40 orang pelajar yang berpeluang untuk menghadirkan diri menyertai program yang bermanfaat ini.
Antara aktiviti yang disajikan kepada para peserta dari SMKBTS ini adalah Wall Climbing dan River Floating. Program seumpama ini dijalankan bagi tujuan khususnya untuk membentuk jati diri dan sifat terpuji di kalangan para pelajar sekolah. Penglibatan mereka dalam aktiviti riadah lasak pula dapat menyihatkan tubuh badan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Kem Jati Diri dan Intergrasi SMKBTS ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai kehidupan yang berbeza berbanding dengan rutin harian mereka seharian di sekolah. jika di sekolah mereka hanya didedahkan dengan ilmu pendidikan dalam silibus Kementerian Pelajaran, menerusi program kem seumpama ini mereka didedahkan kepada asas pengenalan dan motivasi diri dengan kaedah yang menyeronokkan tanpa sebarang tekanan.
Sebagai contoh, menerusi aktiviti Wall Climbing dapat membentuk kerjasama antara mereka sekaligus merapatkan silaturahim antara semasa pelajar. Jika sebelum ini mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain di sekolah, melalui penyertaan dalam kem ini mereka berpeluang untuk menambah kenalan baru.
Kem Jati Diri dan Intergrasi SMKBTS ini secara keseluruhannya mendapat sambutan positif daripada para peserta.
Program Pendidikan Khas Intergrasi
KEM JATI DIRI INTERGASI 2019 ASIA CAMP Kuala Kubu Bharu Pada 19-21 Julai 2019.
Ucapan Terima Kasih kepada pihak sekolah SMK BTS, Guru2 serta Jurulatih2 yg mengambil bahagian aktiviti Kem Jati Diri.
Congrats Kepada Peserta2 Semua….??
Semoga pelajar2 dapat belajar sesuatu yg baru dan dapat pertingkatkan lagi semangat jati diri mereka. Terima kasih Asia Camp!?????
#kemjatidiriintegrasi2019 #smkbts #ppki
#AsiaCamp #AsiaCampKKB – Salwati Ibrahim
Justeru, kami di pihak pengurusan Asia Camp sentiasa mendoakan semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menyertai kem akan menjadi satu ilmu dan panduan yang berguna apabila mereka dewasa kelak.