5 idea aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

Musim cuti persekolahan adalah waktu yang dinanti anak-anak selepas bertungkus lumus ke sekolah dan memenuhi hampir sepenuh hari dengan aktiviti sekolah. Pasti pelbagai idea dikemukakan anak-anak kepada ibu bapa untuk diisi sepanjang waktu cuti persekolahan mereka.

Namun tidak semua idea dan hasrat anak-anak boleh dituruti ibu bapa disebabkan kekangan waktu bekerja dan kewangan. Bagaimanapun ada beberapa idea untuk mengisi masa anak-anak dengan perkara berfaedah sepanjang cuti persekolahan mengikut kesesuaian masa dan kewangan anda.

Ini lima idea aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak :

1. Masak makanan kegemaran bersama

Aktiviti memasak bersama anak boleh menjadi pengalaman mengujakan bagi mereka. Pilih menu yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan pembaziran dan kecederaan kepada anak-anak ketika berada di dapur. Contohnya membuat kek cawan mini. Bahan untuk membuat kek cawan mudah diperolehi di mana-mana kedai serbaneka. Cara penghasilannya juga ringkas namun sudah cukup untuk meningkatkan daya kreativiti mereka.

2.Menonton filem bersama-sama

Menonton filem bersama anak-anak juga boleh menjadi memori indah dalam keluarga. Sama ada menonton di panggung wayang atau di rumah ia akan menjadi menarik jika dibuat dengan sedikit perancangan. Bagi yang memilih menonton filem di rumah pastikan pemilihan cerita sesuai di tonton seisi keluarga. Filem berunsur komedi juga mampu membuatkan anak-anak ketawa, dan terhibur. Sediakanlah semangkuk bertih jagung, bersama snek ringan dan air untuk anak-anak bagi mengelakkan gangguan ketika mereka menonton.

3.Mengemas rumah

Aktiviti mengemas rumah mungkin menjadi perkara yang paling tidak diminati anak-anak ketika menghabiskan waktu persekolahan. Kreativiti ibu bapa diperlukan untuk memancing minat anak-anak. Antaranya ibu bapa boleh mengubahsuai sedikit bilik anak-anak dengan susun atur yang baru tanpa perlu mengeluarkan wang, seperti menampal lukisan di dinding. Tindakan meminta pendapat dan idea daripada anak-anak akan membuatkan mereka bertambah teruja untuk melakukannya.

4.Mengenali alam

Inilah masa yang dinantikan untuk anak-anak mengenal keindahan alam, melihat haiwan dan tumbuhan dengan lebih dekat. Banyak tempat-tempat menarik yang menyediakan pakej ini seperti mengunjungi zoo, taman rekreasi air terjun, pantai atau taman botani. Di kawasan sebegini anak-anak lebih bebas untuk berinteraksi dengan flora dan fauna. Jika taman rekreasi air terjun yang menjadi pilihan, anak-anak boleh melakukan aktiviti mandi sungai, jungle trekking, berkhemah, berkelah dan mengamati kehijauan serta bunyi sahutan unggas. Pengalaman sebegini akan menambah pengalaman mereka dan melegakan tekanan anak-anak termasuk ibu bapa.

5.Balik kampung

Aktiviti balik kampung ini bukan sahaja boleh mengeratkan silaturrahim antara sanak saudara tetapi diisi dengan pelbagai perkara yang bermanfaat buat anak-anak sepanjang cuti persekolahan mereka. Bermula dengan mengemas pakaian untuk di bawa pulang, anak-anak juga sudah boleh di ajak untuk turut serta. Di dalam perjalanan menuju ke kampung, adakan aktiviti sampingan supaya anak-anak tidak bosan contohnya bernyanyi bersama. Setibanya di desa, anak-anak boleh membantu datuk dan nenek mereka di kebun dan di reban ayam. Aktiviti sebegini tidak mungkin boleh dilakukan di rumah sendiri atau sekolah. Anak-anak juga akan lebih bebas  untuk beraktiviti seperti mengayuh basikal, mengutip buah di kebun, mandi sungai dan mencuba permainan tradisional lain yang menjadi kebiasaan dimainkan di kampung.

 

Begitu banyak aktiviti yang bermanfaat boleh dilakukan ibu bapa dengan anak-anak ketika cuti persekolahan sama ada perlu mengeluarkan wang atau pun tidak. Lima idea aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak ini boleh dijadikan panduan anda. Rancanglah dengan bijak. Kebahagian anak-anak ditangan anda!

Tips Menegur Kesilapan Pasukan

Tips Menegur Kesilapan Pasukan

Right Model VS Wrong Model

“Jangan bersihkan bilik macam itu, salah. Jangan sapu lantai dahulu kemudian baru bersihkan tingkap. Sini saya beritahu, bersihkan dahulu dari bahagian atas kemudian bersihkan kebawah.”

Di pernyataan atas, ada 2 model menegur orang bawahan. Model pertama adalah memberitahu yang salah. Model yang kedua adalah memberitahu yang betul.

Wrong Model

Ini adalah penyataan model memberitahu kesalahan orang bawahan kita. Kita memaklumkan kepada orang bawahan, ini cara kerja yang salah.

“Jangan bersihkan bilik macam itu, salah. Jangan sapu lantai dahulu kemudian baru bersihkan tingkap.”

Right Model

Ini adalah penyataan model memberitahu apa yang perlu dibuat. Kita memaklumkan kepada orang bawahan, ini cara kerja yang betul.

“Sini saya beritahu, bersihkan dahulu dari bahagian atas kemudian bersihkan kebawah.”

Kebiasaanya kita menggunakan dua-dua model ini serentak untuk memastikan orang bawahan lebih memahami arahan kita.

Apa risikonya kepada 2 jenis model ini dilancarkan serentak kepada orang bawahan kita?
a. Akibatnya orang bawahan akan anggap, dirinya tidak kompeten. Apakah dia seorang yang tidak faham Bahasa sehingga perlu ditunjukkan apa yang salah.
b. Orang bawahan akan hilang motivasi kerana ketua telah menunjukkan dia telah melakukan kesalahan.

Oleh itu, gunakan sahaja right model untuk memberi teguran kepada orang bawahan kita. Kita terus tunjukkan apa-apa kerja yang betul sahaja. Apa-apa kerja yang salah kita kunci mulut kita rapat-rapat.

Wrong model juga menerbitkan risiko teguran yang berbentuk membebel. Stamina pekerja boleh jatuh akibat perbuatan membebel. Membebel boleh merosakkan kredibiliti. Kredibiliti menyebabkan kuasa ketua memberi arahan menjadi lemah.

Berikut adalah ayat yang boleh dikategorikan sebagai membebel:
1. “Jangan pasang disitu, rosak nanti. Pasang di bawah bumbung depan asrama.”
2. “Jangan mesin rumput pagi esok. Cakar sampah dahulu kemudian baru mesin rumput.”
3. “Jangan goreng ayam ketika ayam sedang beku. Goreng ayam lepas sejam keluar dari peti ais.”
4. “Jangan sambut pelanggan dalam keadaan masam muka. Sambut pelanggan dengan senyum dan layan dengan beri banyak info kepada pelanggan.”

Seorang yang ingin kredibilitinya naik, fokus penyataan untuk membetulkan sahaja.
Perhatikan ayat kedua setiap poin di atas, ayat pertama sebenarnya tidak perlu diucapkan.

Praktiskan

Memulakan teknik ini agak sukar kerana kita tidak biasa dengan cara ini. Maklumlah, kita sakit mata dan sakit kepala melihat perkara yang salah.

  • Langkah pertama adalah perlu pasang niat setiap kali sebelum berjumpa dengan orang bawahan. Niatnya, kita mesti tunjuk perkara yang betul.
  • Kita beredar dari tempat kerja orang bawahan segera apabila sudah selesai urusan.
  • Jika kita rasa kita sukar untuk mengawal percakapan kita, kita boleh pilih untuk diam dahulu.
  • Nanti apabila jiwa kita sudah reda, barulah kita panggil semula orang bawahan untuk tunjukkan kerja yang betul.

Team building adalah perkara yang memerlukan proses. Ia bermula dengan diri kita dahulu. Apabila ini diamalkan, ia pasti akan menunjukkan hasil yang jitu di dalam meningkatkan produktiviti pasukan.

Tips Bergaul Dengan Rakan Kerja yang Bermasalah Sosial

Tips Bergaul Dengan Rakan Kerja yang Bermasalah Sosial

Sedang kita menjadikan diri kita yang terbaik, kita bergaul dengan semua jenis orang dipejabat untuk menyudahkan kerja kita.

Contohnya, kita tahu ada rakan kerja yang mulut berbau arak. Kerapkali dia berurusan dengan kita untuk menyudahkan kerja pejabat. Pekerja tersebut telah pun dipanggil bahagian sumber manusia untuk kesalahan berkaitan penampilan dan imej ditempat kerja.

Menegur Membawa Padah

Di dalam kes ini, apa yang terlintas di hati kita adalah perbuatan menegur hal tersebut. Ini kerana, keadaan kita yang tidak selesa dan emosi kita menjadi tidak menjadi tidak baik apabila dia datang ke tempat kita.

Hal ini biasanya tidak akan jadi seperti yang diharapkan. Dia akan menjauh dari kita. Kualiti kerjanya yang diserahkan kepada kita mungkin tidak mencapai standard yang kita mahukan.

Oleh itu, kita mesti fokus kepada apa yang kita hendak fokus. Fokus kita bukan masalah sosial tersebut. Fokus kita adalah mahu memastikan kualiti kerja kita bagus. Kualiti kerja kita tidak akan bagus jika kualiti kerja dia tidak bagus.

Puji Tingkahlaku yang Lain

Ada tingkahlaku yang mendorong rakan kerja kita berubah juga. Mulut berbau arak adalah berkaitrapat dengan penampilan. Kita cuba ini apabila setiap kali dia datang kepada kita:

  1. Jangan tegur penampilan dia yang kita tidak suka itu. Kita diam dahulu dan tangguhkan kemahuan kita.
  2. Puji tingkahlaku dia berkaitan penampilan diri yang lain yang positif. Contohnya, mungkin dia mengenakan baju yang kemas atau dandanan rambutnya yang kemas.
  3. Jangan puji separuh masak. Maksudnya, kita tegur yang positif kemudian kita tegur yang bau arak itu.
  4. Puji bagi masak betul. Dengan kerap, kita cuba puji penampilan dia yang positif.
  5. Lama-lama nanti, dia akan terdorong sendiri mengubah tingkah laku mulut yang berbau arak tersebut.
  6. Ini adalah langkah alternatif. Ianya mungkin memerlukan masa yang panjang untuk berhasil. Ianya juga mungkin tidak menjadi. Tugas kita bagaimanapun menjaga keutamaan kerja. Iaitu meningkatkan produktiviti diri.

Kita tidak boleh cuba mengubah apa yang kita tidak boleh ubah. Kita ubah sahaja cara kita bertindak dan berfikir.

Team Building Melalui Komunikasi

Team Building Melalui Komunikasi

Komunikasi membolehkan proses team building menjadi lebih mantap. Percakapan adalah senjata. Ia boleh memulakan peperangan. Ia juga boleh memulakan cinta. Ia juga berkuasa mendapatkan kontrak besar. 3 4 patah perkataan juga mampu meruntuhkan pasukan.

Percakapan juga adalah modal diri yang paling berharga. Ketua harus belajar menapis cakap-cakap apabila sembang dengan pengikut. Ini bagi membolehkan kredibiliti ketua naik.

Komunikasi 2 Hala

Pengikut juga harus memilih perkataan yang baik. Pemilihan cara percakapan yang baik membolehkan komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja. Ini sekaligus menaikkan nilai pengikut untuk masa depan sendiri. Melatih diri berkomunikasi dengan baik adalah pelaburan yang berbaloi sebagai seoarang pekerja.

Apabila kredibiliti ketua naik, satu-satu pasukan akan dapat membina pasukan dengan lebih baik. Apabila kredibiliti komunikasi pengikut juga bertambah baik, pastilah produktiviti pasukan akan meningkat.

Komunikasi melibatkan 2 hala. Oleh itu, ketua dan pengikut haruslah saling bermuhasabah diri untuk memperbaiki mutu percakapan harian.

Bentuk Komunikasi

Antara bentuk komunikasi yang meruntuhkan kredibiliti seorang ketua dan merosakkan pasukan adalah:

  1. Bergosip
    • Bercakap buruk tentang orang lain dihadapan pekerja lain ketika ketiadaan orang tersebut. Ini barah apabila orang yang mendengar pula nanti bercakap buruk tentang orang yang bergosip tadi. Ibarat mancis didalam kotak mancis, terbakar 1, yang lain pun akan ikut terbakar.
  2. Menjadi hakim
    • Didalam syarikat ada prosedur yang diikuti. Apabila ada pasukan lain dijatuhkan hukuman, elakkan dari mengulas-ulas. Pendengar menilai kebijaksaan dari apa yang berlaku pada masa hadapan, bukan apa yang telah berlaku.
  3. Berfikiran negatif
    • Seseorang akan dikatakan berfikiran negatif apabila masalah memerangkap diri. Bagaimana masalah memerangkap diri?. Orang yang bercakap tentang masalah menumpukan kepada masalah tersebut. Ubah cara pandang terhadap masalah. Masalah bukan bahaya. Masalah juga bukan kegagalan. Masalah adalah peluang seseorang untuk belajar menjadi seorang yang lebih pakar. Pakar tidak menjadi pakar apabila melalui masalah dengan segera mencari penyelesaian. Bukan 1 penyelesaian, bahkan banyak penyelesaian.
  4. Mengeluh
    • Mengeluh adalah tanda putus asa. Jangan tunjuk walaupun sikit rasa mengeluh kepada orang lain. Cukuplah mengeluh di hati dan terus bercakap pada diri sendiri, ini silap aku dan aku akan memperbaiki sekarang!
  5. Membebel
    • Membebel menunjukkan gaya bahasa yang lemah. Arahan dengan membebel akan melemahkan kuasa untuk mengarah. Cakap meleret di dalam menjual tanpa ayat yang meyakinkan juga mengakibatkan pelanggan lari.
  6. Wrong Model
    • Ini akan diterangkan pada artikel selanjutnya.

Sedikit demi sedikit, mari perbetulkan komunikasi diri. Selamat mencuba!

 

 

Team Building : Tips Memberi Arahan kepada Pasukan

Team Building : Tips Memberi Arahan kepada Pasukan

Seorang ketua biasanya risau, apakah arahan yang diberikan akan diterima oleh orang bawahan. Kerisauan ini menyebabkan ketua mahu menduga apakah alasan yang bakal diberikan anak buah nanti. Dugaan ini mendorong ketua memberikan alasan tersendiri.

Apabila ada orang bawahan membantah, ketua cenderung memujuk dengan memberikan alasan munasabah supaya pasukan bersetuju dengan arahan tersebut.

Cara ketua memujuk biasanya merangkumi 3 perkara:

  1. Menerangkan punca arahan itu dilaksanakan
  2. Meyakinkan pasukan kesan positif terhadap arahan tersebut jika dilaksanakan
  3. Menakuktkan pasukan keburukan seandainya arahan tersebut tidak dilaksanakan

Sebenarnya hal ini akan melemahkan pasukan. Ini terjadi, setiap alasan yang diberikan sentiasa berpihak kepada kepentingan masing-masing. Akhirnya setiap penerangan terhadap arahan yang diberikan membuat motivasi kerja semakin menurun.

Saling membalas alasan ini boleh mewujudkan keadaan bantahan antara satu sama lain. Kerap kali terjadi bantahan bukan disebabkan arahan tersebut, tetapi disebabkan alasan yang diberikan pula!

Perkara ini lah yang menurunkan produktiviti syarikat.

Tips

Oleh itu, bagi memastikan arahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, ini tipsnya:

  1. Tidak mengulas-ulas kewajaran arahan tersebut walaupun anak buah seakan meminta penjelasan lanjut.
  2. Tidak memberi alasan seandainya terdapat petanda ada anak buah yang tidak bersetuju.
  3. Tidak memujuk anak buah yang tidak bersetuju dengan arahan

Berikut adalah jenis arahan seseorang pemimpin akan beri:

  1. Arahan kerja seperti terkandung dalam buku panduan pekerja
  2. Prosedur Operasi Standard (SOP)
  3. Polisi syarikat
  4. Arahan kotigensi dan kecemasan

Contoh

Sebagai contoh, pemakaian keselamatan pekerja perlu dipakai sewaktu betugas. Kerapkali pemakaian keselamatan ini tidak menjadi pakaian kegemaran pekerja sewaktu berkerja. Apabila ada pekerja yang menunjukan tanda tidak setuju, ketua mestilah memastikan mereka patuh kepada arahan tersebut.

Apabila alasan diberikan oleh ketua, sudah pastilah akan ada alasan balik dari pasukan. Oleh itu, wajar ketua menahan diri dari memberikan alasan. Elakkan diri dari mengulas-ulas. Seandainya, ada anak buah yang mempertikaikan terang-terangan, maklumkan sahaja pada anak buah bahawa ini adalah satu arahan.

Ya, patuh pada arahan bermaksud mereka menerima arahan tersebut dengan melaksanakannya. Tidaklah penting jika pasukan tidak bersetuju atau tidak suka terhadap arahan tersebut.

 

Kem Motivasi Belajar

Kem Motivasi Pembelajaran

Kem Motivasi

Kem motivasi merupakan kem yang diadakan untuk memberikan semangat kepada peserta melakukan sesuatu perkara. Semangat yang tinggi membolehkan hasil yang lebih baik diperolehi pada akhirnya.

Bagi satu-satu kem motivasi yang berjaya, ianya bukanlah sekadar penumpuan terhadap keseronokan aktiviti. Program kem ini mesti menerapkan semangat untuk meneruskan sesuatu yang mahu dicapai. Oleh itu, sebelum merancang kem motivasi, pengurus projek mestilah tahu apa sebenarnya yang mahu dicapai oleh peserta.

Sebagai contoh, guru mahu pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR. Guru mestilah jelas bahawa setiap konten di dalam kem motivasi menjurus kepada mendorong semangat pelajar untuk cemerlang di dalam UPSR. Pengurus tidak boleh mendraft objektif yang umum.

Objektif kem ini mestilah spesifik. Contohya, kita mahu pelajar kita berjaya. Ianya tidak sekadar memberitahu mereka mereka mesti berjaya. Kita mesti menyedarkan mereka berjaya di dalam bidang apa? Jika di dalam peperiksaan, apa target peperiksaan tersebut? Apa-apa objektif yang boleh diukur mestilah diletakkan sebagai ada kem ini.

Oleh itu, bagi membolehkan fungsi kem motivasi ini berjalan dengan baik, perancang program mestilah meletakkan objektif yang spesifik. Contohnya, perancang program mahukan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan. Oleh itu, modul yang dirangka akan membolehkan peserta didorong untuk memahami kenapa peperiksaan itu penting.

Untuk kali ini, modul kem  yang akan diulas saya adalah berkaitan kem motivasi pembelajaran.  Ada 5 elemen penting di dalam modul yang kami bina untuk membangkitkan semangat belajar.

Mula-mula, saya kaji masalah pelajar untuk cemerlang didalam peperiksaan adalah disebabkan 4 perkara iaitu:

  1. Minda pelajar tidak sedar tempoh persediaan untuk peperiksaan makin lama makin kurang
  2. Pelajar lesu ketika memulakan sesi pembelajaran, apatah lagi mahu mengulangkaji pelajaran
  3. Pelajar merasakan diri mereka bukanlah terdiri dari golongan bijak pandai
  4. Pelajar tidak nampak dengan jelas apa yang menanti mereka selepas peperiksaan.

Oleh itu, saya bersama dengan barisan motivator kami telah mengemukakan 4 inisiatif modul bagi mengatasi masalah ini.

Modul

modulnya adalah:

  1. Ice breaking & mind setting
  2. Seronoknya belajar!
  3. Mental block
  4. Vision BOARD

Kami percaya, modul ini pasti menyelesaikan 4 masalah diatas. Solusi yang dihasilkan melalui modul ini lah yang menggerakan jiwa pelajar untuk bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan.

Konten Modul

Melalui modul ini, ada beberapa konten yang penceramah akan beri perhatian iaitu:

  • Ice breaking & mind setting
    -matlamat belajar
  • LDK 1
    Seronoknya belajar
    -Bangunkan semangat pelajar
    -kaedah belajar dengan seronok
  • LDK 2
    Mental Block
    -Punca halangan dalam diri pelajar
    -Menguruskan malas
    -Menajamkan matlamat dan bangkit!
  • LDK 3
    Vision BOARD
    – Teknik vision board
    -Teknik polish matlamat belajar

Experiential Learning

Seterusnya, adalah elemen medium latihan pula. Maksud medium latihan adalah cara bagaimana penganjur program yang kebiasaanya cikgu sekolah ingin menarik kehadiran yang tinggi ke dalam program ini.

Saya yakin dengan menggunakan teknik dan pendekatan aktiviti rekreasi. Melalui aktiviti rekreasi, pengalaman yang didapati sewaktu melakukan aktiviti pasti akan akan mengandungi pembelajaran berkaitan motivasi belajar yang banyak dan berkesan.

Ini hanya boleh dilakukan oleh penyampai yang terdiri dari penceramah dan jurulatih yang memahami prinsip experiential learning. Prinsip latihan ini menggabungkan aktiviti rekreasi dan konten modul sebagai 1 set latihan yang mempercepatkan dorongan motivasi peserta.

Kesimpulannya, penganjur program harus berhati-hati di dalam pemilihan penyedia latihan/ konsultan supaya program dijalankan tidak membazirkan kewangan yang diperuntukan. Ini sekaligus membolehkan matlamat asal tercapai.

Susunan program yang tepat, objektif yang khusus dan barisan jurulatih yang berpengalaman tentunya memberikan impak yang sangat baik kepada perkembangan diri peserta.

Selepas peserta bersemangat, kem motivasi ini mestilah bersifat holistik. In bermaksud peranan memotivasikan peserta mestilah berterusan sehingga tiba waktunya. Oleh itu, selepas kem motivasi, penganjur program mestilah melakukan kem yang berbentuk teknik dan skil supaya sesuatu target dapat dicapai dengan lebih jelas.

Selamat melaksanakan Kem Motivasi Belajar!

 

3 Salah Faham Program Team Building

3 salah faham Pembinaan pasukan melalui Program Team Building.

Program team building adalah program yang menjadi pilihan syarikat bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran. Dimana logiknya? Logiknya adalah apabila staff syarikat dapat meningkatkan skil bekerja bersama dengan ahli syarikat yang lain.
Oleh itu, sangat penting bagi melantik perunding latihan yang memahami asas team building. Secara ammnya, ada 3 salah faham berkaitan kejayaan program team building:

1. Peserta yang seronok menandakan program team building berjaya.

Semua orang mahukan program yang menyeronokkan. Program yang tidak seronok boleh jadi punca juga kepada kegagalan program.
Namun, sukar untuk mendapatkan output program yang tidak seronok. Ini kerana jurulatih team building kebiasaanya telah mahir di dalam mengendalikan program.
Keseronokan adalah elemen asas dan bukan penentu kepada kejayaan program.

2. Peserta yang selamat tanpa ada kecederaan menandakan kejayaan perunding latihan (konsultan) melaksanakan program.

Ianya juga adalah elemen asas. Keselamatan peserta adalah perkara wajib yang dilakukan oleh perunding latihan.
Perunding latihan perlu menilai keselamatan peserta sebaik-baiknya menggunakan borang Risk Assessment Method Statement (RAMS).
Aras kejayaan team building mesti diukur berdasarkan kejayaan penyampaian modul team building.
Oleh itu, sangat penting bagi syarikat yang ingin melaksanakan program ini berbincang apakah modul yang mahu disampaikan kepada peserta.
Ianya biasanya dimulai dengan menetapkan objektif program.

3. Hubungan akrab selepas program dengan jurulatih menandakan kejayaan program.

Ini adalah “common sense”. Setelah beraktiviti bersama-sama pastilah wujudnya hubungan silaturrahim yang baru diantara staff syarikat dan jurulatih program.
Sebaik-baiknya hubungan ini mesti menjadi pemudahcara sepanjang program. Ini kerana hubungan yang baik antara jurulatih dan peserta menjadikan komunikasi dua hala yang lebih baik.

Kesimpulan

Penentu sebenar kejayaan program team building adalah dari kejayaan penyampaian dan penerimaan modul program.
Pada mulanya, syarikat mestilah menerangkan objektif team building kepada pengendali program. Ini bagi memudahkan konsultan team building merancang konten modul yang ingin disampaikan.
Objektif program mestilah tepat. Pemulaan yang tepat akan memudahkan penyudahan program yang tepat. Inilah ukuran kejayaannya.

Tips Mencampuri Urusan Peribadi di Tempat Kerja. 

Tips Mencampuri Urusan Peribadi di Tempat Kerja.

Mula-mula, kita mesti memahami ada 2 jenis ketua di tempat kerja.

1. Ketua yang people-orienteed

Ketua ini mementingkan dengan siapa mereka bekerja. Dia sangat mementingkan motivasi staff dan akan lebih banyak masa dihabiskan untuk memberi suntikan semanfat berkerja.

Dia sangat mementingkan emosi dan kegembiraan staff sewaktu bertugas. Ini dilakukan dengan merangsang suasana kerja yang positif.

Apabila staff berkerja dengan gembira, hasil pengeluaran akan lebih baik.

Cara ini mendorong ketua campur tangan hal staff diluar pejabat. Kerapkali semangat pekerja berkait rapat dengan masalah peribadi staff.

Emosi pekerja tidak bagus akan menyebabkan kerja jadi lambat. Hasil kerja akan dibawah kualiti yang diharapkan.

Kerapkali berlaku anak buah cenderung melanggar SOP kerja akibat masalah peribadi.

Ini kerana mereka percaya, ketua akan bertimbangrasa dengan mereka nanti.

Masalah disiplin berkaitan peraturan kerja juga mungkin terjadi. Ia seperti lewat masuk kerja dan rehat mengikut waktu yang staff sukai.

Mereka percaya ketua memahami staff sudah penat berkerja dan perlukan rehat mengikut masa mereka. Perkara ini sudah tentulah menurunkan produktiviti syarikat.

Ia sekaligus menaikkan kos syarikat. Masalah ini berlaku apabila ketua menjadikan staff sebagai kawan ditempat kerja.

2. Ketua yang task-oriented

Apa-apa juga tugas ditangan ketua mesti diselesaikan. Dia akan melihat lebih kepada dateline syarikat dan kualiti suatu kerja.

Dia sangat mementingkan kualiti peralatan yang digunakan staff. Dia juga sangat mematuhi sistem dan peraturan.

Dia tahu, apabila anak buah dapat menyiapkan tugasan dengan baik pada waktu kerja, dia tidak perlu lagi menggangu waktu luar kerja staff.

SOP dan etika kerja digunakan secara maksimum ketika kerja. Dia tidak hirau cara bagaimana staff datang ke pejabat. Keadaan emosi ketika memulakan kerja bukan menjadi urusan ketua.

Staff mesti mengasingkan hal di rumah dan hal dipejabat. Mana-mana yang tidak berkaitan dengan SOP kerja seperti semangat dan emosi pekerja kerapkali diabaikan.

Ketua jenis ini sangat percaya dengan adanya kecepatan di dalam membuat keputusan.
Keputusan lewat diambang krisis merugikan syarikat. Keputusan yang cepat sewaktu ada peluang menguntungkan syarikat.

Apabila syarikat untung, nanti staff juga akan mendapat untung.
Walaubagaimanapun, perasaan dan emosi staff terpasa diabaikan dengan tidak sengaja. Ini berikutan dari siri membuat keputusan yang cepat selalunya tidak melibatkan mereka.

Staff rasa terasing dan sikap gembira dengan hasil kerja yang dihasilkan menurun. Ini kerana staff tidak lagi mampu melihat masa hadapan syarikat bersama-sama dengan mereka.

Visi dan misi syarikat hanya berlegar dikalangan orang atasan. Staff operasi tidak diberi tempat di dalam melontar idea.
Kesihatan mental perkerja bakal terjejas apabila ditambah dengan masalah peribadi pekerja.

Mencampuri Urusan Peribadi

Sebagai ketua yang baik. Kita mestilah baik kepada staff. Kita juga pada masa yang sama mesti baik kepada syarikat.

Ketua yang baik memastikan suasana yang seimbang di tempat kerja. Sikap people -oriented dan task-oriented mestilah kena pada tempatnya. Sikap ini perlu seimbang.

Ada 4 cara bertindak berkaitan untuk mencampuri urusan peribadi staff.
A. Hanya mencampuri urusan peribadi staff apabila staff sendiri yang bertanya.
B. Seandainya staff kita bakal menjadi mangsa kepada hal peribadi buruk staff lain, kita mesti sebutkan hal itu dengan spesifik.
C. Hal peribadi yang buruk itu jangan diulas-ulas. Cukup sekadar bakal staff yang mengadu itu dapat membuat keputusan yang lebih baik.
D. Jika staff yang mengadu tidak mahu mengikut saranan kita, kita mesti membuat penegasan bahawa kita adalah pengurus dia. Staff tersebut pada awalnya mesti memiliki niat untuk berkongsi masalah tersebut kerana dia menganggap kita adalah orang yang layak memberi panduan. Oleh itu, kita mesti berikan penegasan tersebut.
Inilah kebijaksaan seorang ketua yang ingin bergelar pemimpin.

Team Building di Kuala Selangor

Team Building di Kuala Selangor

AsiaCamp menyediakan aktiviti dan pakej team building kepada syarikat atau organisasi yang ingin melaksanakan program ini di Daerah Kuala Selangor. Lokasi kami bertempat di Cabin Merah, Jalan Parit Satu Sungai Sireh, 45500 Tanjung Karang, Selangor. Ianya berdekatan dengan Sekinchan.

Antara pelanggan yang telah mengunjungi tempat ini untuk aktiviti team building adalah:

  • Staf dan guru Tadika ABS
  • Universiti Pengajian Sultan Idris
  • Politeknik Sultan Idris Shah
  • Universiti Pertanian Malaysia
  • Lembaga Zakat Selangor

Suasana Kampung

Suasana kampung pastinya akan dipenuhi dengan aktiviti kampung. Aktiviti kampung yang kami laksanakan telah dikaji oleh panel modul kami. Ianya pasti mampu meningkatkan hubungan silaturrahim dikalangan staff. Apatah lagi, prinsip seperti komunikasi berkesan dan modul rundingan di dalam aktiviti team building pasti memberi impak positif.

Suasana kampung juga amat sesuai untuk peserta mengembalikan kenangan dan sentimen kepada yang pernah duduk di kampung pada satu ketika dulu. Aktiviti ini adalah :

  • Menangkap ikan di bendang. Aktiviti ini dikenali sebagai menggagau bagi orang kampung disini
  • Explorace Kampung Tour (semaian benih padi dan rumah tradisional)
  • Berkayak di Ban Canal, terusan sumber air padi
  • Jungle trekking di hutan simpan
  • Merewang. Aktiviti ini adalah asalnya adalah kaedah memasak orang kampung bersama-sama setiap kali ada kenduri
  • Membuat rakit dan berakit
  • Berbasikal berkumpulan keliling bendang
  • Memancing di bendang

Kemudahan team building

Pelbagai kemudahan disediakan yang bersesuaian dengan fasiliti yang diperlukan untuk melaksanakan kem ini.

Antara kemudahan yang tersedia adalah:

  • Penginapan Cabin berhawa dingin lengkap aircond, water heater dan tv
  • Dewan berhawa dingin lengkap dengan PA sistem dan alatan bantu mengajar
  • Kemudahan Katering, BBQ
  • Set karaoke, insurans dan sijil
  • Swimming pool yang boleh memuatkan 200 orang.

Masakan Kampung

Pastinya masakan kampung asli menjadi keunikan apabila melakukan aktiviti disini. Antara menu hidangan kami adalah:

  • Ulam-ulaman yang dipetik dari kebun
  • Masak gulai kawah
  • Nasi ambeng
  • Lala bakar yang diambil dari pantai sepanjang Kuala Selangor
  • Kuih-muih jawa dan banjar

Modul Team Building

Ini adalah perkara utama di dalam perlaksanaan program team building. Team Building yang direka oleh pihak kami merupaka program yang unik. Disini, jurulatih kami bukan lah pihak yang membina pasukan tuan/puan. Sebaliknya ketua dan ahli pasukan sendiri yang membina pasukan selepas habis dari melaksanakan program ini.

Bagaimana ini terjadi. Itulah bagaimana kami memainkan peranan sebagai jurulatih. Jurulatih tidak membina pasukan. Sebaliknya jurulatih memindahkan teknik yang penting di dalam menjadikan pasukan lebih produktif.

Antara modul yang dipelajari adalah:

a. Teknik bercakap dengan orang yang tidak sekepala dengan kita

b. Teknik supaya orang lain buat lebih dari yang disasarkan

c. Teknik supaya banyak idea boleh dikeluarkan ketika mesyuarat belangsung.

Marilah ke Kuala Selangor. Pastinya aktiviti team building sini akan menaikkan semangat kerja berpasukan dikalangan staff. Hubungi kami di 0192844456 untuk maklumat lanjut.

Program Motivasi Pecutan Akhir

? MOTIVASI BANGKIT BERJAYA EDISI PECUTAN AKHIR SPM & STPM ?

Saat genting menjelang peperiksaan biasanya :

❌Daya Motivasi Pelajar Tidak Seimbang Kerana Banyak Faktor Salah Satunya Tekanan & Persediaan Diri.

Persediaan diri ini seperti :

  • Pengurusan belajar
  • Cara belajar khusus untuk peperiksaan

❌ Pelajar Buntu Bagaimana Konsep Belajar Saat Akhir. Yang Mana Mahu Diutamakan & Berterabur Sistem Belajar.

  • Kami berikan cara yang cara yang sistematik dan terbaik untuk saat akhir. Contohnya, cara menguruskan subjek yang lemah. Selain itu 6 teknik OUTPUT learning akan menekankan perkara yang melibatkan nota, sistem ulangkaji dan sistem latih tubi saat akhir.

❌ Emosi & Tekanan Diri Kepada Peperiksaan. Risau Harapan Ramai Orang Tidak Menjadi Kesampaian.

  • Kami yakinkan kepada pelajar untuk mengelakkan stress berlebihan yang akan membebankan diri. Kami akan ketengahkan konsep sabar yang betul supaya pelajar boleh bertindak di saat tekanan menjelang peperiksaan

Maka kerana itu kami bawakan tema MOTIVASI BANGKIT BERJAYA! kerana kami percaya dengan sikap Optimis & Terus Berusaha Sehingga Penamat akan mengukirkan Sesuatu Hasil yang Lebih Baik.

Fokus Program

✅ Membangunkan Booster-Motivation! Untuk Sedar & Bersemangat Berusaha Sampai Ke Garisan Penamat.

  • Kami akan tingkatkan kesedaran diri untuk terus berusaha sehingga ke garisan penamat. Lonjakan daya motivasi ini amat penting bagi memastikan pelajar terus mengekalkan momentum semangat menjelang peperiksaan.

✅ Membantu pelajar lebih fokus & sedar Bagaimana Pengurusan Belajar Fasa Akhir Dari Sudut Cara Uruskan Subjek Yang Lemah & Teknik FAST belajar ‘Last-Minute’.

  • Teknik FAST ini akan menerangkan kepada pelajar tentang apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat ketika belajar saat akhir.

✅ Teknik Self-Coaching Bagaimana Mahu Menguruskan Emosi & Tekanan Lebih Mudah & Berkesan Dengan Mengamalkan Prinsip Coaching Sebenar.

  • Teknik ini akan menggalakkan pelajar membantu diri sendiri. Teknik ini adalah menerapkan keyakinan kepada pelajar yang mereka boleh mengamalkan konsep coaching kepada diri sendiri.

Mode Program

1. Bersemuka (Bergantung Peraturan Terkini Jabatan/Sekolah)
2. Google Meet, Zoom & Streamyard Youtube.

Yuran

2 jam sebanyak RM800 (RM500 penceramah + RM300 pengurusan dan modul)

Berminat Untuk Persiapan Senjata Akhir Yang Memungkinkan Sesuatu Yang Lebih Baik Impak Kepada Pelajar?

Janji kami adalah Memberikan Sehabis Baik Kepada Pelajar Anda Bertepatan Prinsip Kami “BANGKIT & LAWAN SAMPAI MENANG!”