Team Building

Tips Bergaul Dengan Rakan Kerja yang Bermasalah Sosial

Tips Bergaul Dengan Rakan Kerja yang Bermasalah Sosial

Sedang kita menjadikan diri kita yang terbaik, kita bergaul dengan semua jenis orang dipejabat untuk menyudahkan kerja kita.

Contohnya, kita tahu ada rakan kerja yang mulut berbau arak. Kerapkali dia berurusan dengan kita untuk menyudahkan kerja pejabat. Pekerja tersebut telah pun dipanggil bahagian sumber manusia untuk kesalahan berkaitan penampilan dan imej ditempat kerja.

Menegur Membawa Padah

Di dalam kes ini, apa yang terlintas di hati kita adalah perbuatan menegur hal tersebut. Ini kerana, keadaan kita yang tidak selesa dan emosi kita menjadi tidak menjadi tidak baik apabila dia datang ke tempat kita.

Hal ini biasanya tidak akan jadi seperti yang diharapkan. Dia akan menjauh dari kita. Kualiti kerjanya yang diserahkan kepada kita mungkin tidak mencapai standard yang kita mahukan.

Oleh itu, kita mesti fokus kepada apa yang kita hendak fokus. Fokus kita bukan masalah sosial tersebut. Fokus kita adalah mahu memastikan kualiti kerja kita bagus. Kualiti kerja kita tidak akan bagus jika kualiti kerja dia tidak bagus.

Puji Tingkahlaku yang Lain

Ada tingkahlaku yang mendorong rakan kerja kita berubah juga. Mulut berbau arak adalah berkaitrapat dengan penampilan. Kita cuba ini apabila setiap kali dia datang kepada kita:

  1. Jangan tegur penampilan dia yang kita tidak suka itu. Kita diam dahulu dan tangguhkan kemahuan kita.
  2. Puji tingkahlaku dia berkaitan penampilan diri yang lain yang positif. Contohnya, mungkin dia mengenakan baju yang kemas atau dandanan rambutnya yang kemas.
  3. Jangan puji separuh masak. Maksudnya, kita tegur yang positif kemudian kita tegur yang bau arak itu.
  4. Puji bagi masak betul. Dengan kerap, kita cuba puji penampilan dia yang positif.
  5. Lama-lama nanti, dia akan terdorong sendiri mengubah tingkah laku mulut yang berbau arak tersebut.
  6. Ini adalah langkah alternatif. Ianya mungkin memerlukan masa yang panjang untuk berhasil. Ianya juga mungkin tidak menjadi. Tugas kita bagaimanapun menjaga keutamaan kerja. Iaitu meningkatkan produktiviti diri.

Kita tidak boleh cuba mengubah apa yang kita tidak boleh ubah. Kita ubah sahaja cara kita bertindak dan berfikir.