Artical, Kem Latihan & Rekreasi

Tips Menyelamatkan Mangsa Lemas

 

Tips Menyelamatkan Mangsa Lemas

 

 

 

Aktviti air boleh jadi menyeronokkan dan pada masa yang sama ia juga boleh menjadi satu aktiviti yang berbahaya dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawa. Asas menyelamatkan mangsa lemas juga diajar kepada pengawal pantai atau kolam yang sah dan perlu dipelajari juga sedikit oleh orang awam agar dapat menyelamatkan mangsa lemas walaupun berada di kawasan yang tidak mempunyai orang ramai. Terdapat pelbagai jenis air seperti air laut, air tasik, air sungai dan air yang mempunyai arus deras atau tenang. Disini ada beberapa tips disediakan untuk menyelamatkan mangsa lemas : –

 

Menghulur pakaian atau ranting kayu

–  Dalam keadaan yang kritikal anda perlu berfikir dengan pantas dan peka dengan keadaan sekeliling untuk mencapai barangan yang logik dan kuat untuk menarik mangsa seperti ranting kayu atau baju dengan memintalkan baju terlebih dahulu untuk menarik mangsa.

 

Mencampak tali

–  Tali amat penting dalam aktiviti rekreasi yang melibatkan dengan kawasan berdekatan sungai atau laut untuk memudahkan sekiranya ada berlakunya kes kecemasan dengan membaling tali ke mangsa dan menariknya ke daratan.

 

Menggunakan alat bantuan

–  Alat bantuan keselamatan juga perlu dibawa sekiranya melakukan aktiviti yang berdekatan dengan sungai. Alat bantuan keselamatan seperti “bouyancy aid” ataupun barangan asas seperti botol botol atau bekas plastik.

 

Rantaian

–  Jika keadaan sekeliling tiada barangan yang boleh dicampakkan untuk menarik mangsa maka meminta tolong orang sekeliling untuk membuat rantaian manusia untuk mencapai mangsa.

 

Bantuan orang lain

– Sekiranya tiada ilmu langsung seeloknya meminta tolong dari orang yang mampu membuat aktiviti meneyelamatan.

 

 

Dihasilkan Oleh

Mohd Faez Aiman

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *