Artical, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

CARA MENGGUNAKAN PERMAINAN KERJASAMA DALAM KEM MOTIVASI DI ASIA CAMP

Our leadership water module offers you 3R formula of respect, responsibility and reflect

Permainan kerjasama adalah satu jenis dan gaya permainan yang dapat meningkatkan tingkah laku kerjasama apabila dipratikkan secara teratur selama beberapa tempoh masa seperti yang dinyatakan oleh Hill & Reed pada tahun 1989. Gaya permainan ini juga turut boleh digunakan apabila timbulnya sebarang isu dan konflik akibat perbezaan jantina, kelas atau kebolehan para peserta.

Dalam kebanyakkan permainan dan aktiviti ini, setiap anggota yang terlibat dianggap sama penting dan mempunyai tugasan masing-masing yang tidak boleh diganti sewenang-wenangnya dengan orang lain. Justeru, ia bukan sahaja menyedarkan para peserta bahawa semua individu adalah sama penting, tetapi melalui permainan kerjasama ini juga akan membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah pasukan.

Antara contoh aktiviti yang dijalankan di Asia Camp yang mendukung konsep ini adalah membuat rakit. Setiap peserta yang berpeluang merasai pengalaman membuat sendiri rakit mereka pasti tidak menyangkal bahawa ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar minda serta fizikal.

Bermula daripada memotong dan mengikat buluh untuk dijadikan tapak rakit, kemudian para peserta pula akan mula menyusun dan mengikat beberapa tong untuk dijadikan tempat duduk mereka. Tidak cukup dengan menyiapkan rakit sendiri, mereka juga perlu bersama-sama berganding bahu dan berkerjasama untuk mengangkat rakit masing-masing ke tebing sungai.

Permainan kerjasama sebegini mengingatkan kita bahawa tiada individu yang mampu berjaya hanya dengan dirinya sendiri. Tiada pasukan yang mampu mencapai matlamat pasukan jika hanya seorang ahli pasukan yang melibatkan diri. Kejayaan dalam pasukan hanya mampu dicapai sekiranya semua ahli berganding bahu dan melibatkan diri dalam setiap tugasan.

Mungkin ada pihak yang berpendapat bahawa konsep kebergantungan kepada individu lain adalah satu perkara yang tidak bagus dari segi penghasilan produktiviti yang hebat. Tetapi perlu diingatkan juga terdapat juga konsep kesalingbergantungan yang positif seperti yang diterapkan dalam permainan kerjasama ini.

Dengan konsep permainan ini bukan sahaja membantu pasukan tersebut untuk mencapai matlamat, malah dapat membantu individu untuk mengurangkan tekanan. Apa yang penting adalah sejauh mana dan sekerap mana konsep permainan ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan dan masyarakat kita seharian.