Artical, News

PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT CIPTA PENGALAMAN BERBEZA

Persembahan muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara tertentu. Pelbagai jenis muzik tradisi ini yang terdapat di Negara kita tidak kira sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sawarak.

Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni akan bergabung menjadi satu melodi yang indah dan sangat istimewa didengari oleh para pencinta seni muzik. Tentu sahaja melodi yang indah tersebut digabungkan pula dengan persembahan tarian ditambah pula berlatar belakangkan pemandangan yang indah pasti akan mencipta kenangan manis.

Persembahan muzik tradisional yang penuh dengan nilai kesenian dan kebudayaan ini kini mampu dirasai oleh para pengunjung di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang. Malah, satu program yang telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diberi nama KITA KAN KELUARGA telah berjaya diadakan di sini pada 28 sehingga 29 September 2019 yang lalu.

Para peserta yang menyertai program ini telah disajikan dengan persembahan paluan kompang dari jemputan khas dan nyata mereka sangat terhibur pada malam persembahan tersebut. Persembahan budaya sebegini sangat baik bagi mengubati jiwa yang sedang lara dan mengalami pelbagai tekanan di tempat kerja mahupun di sekolah.

Persembahan muzik tradisional juga kebiasannya juga boleh dipersembahkan dengan pelbagai jenis tarian tradisional lain seperti Tarian Zapin, Tarian Mak Yong atau Tarian Sumazau. Malah masyarakat kaum Cina juga tidak kurang hebatnya pembangunan kesenian dan kebudayaan mereka. Lihat sahaja di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina pasti akan ada persatuan di sekolah yang berfungsi untuk menerapkan Tarian Naga kepada golongan anak-anak muda.

Image result for tarian naga asia camp

Ia adalah salah satu contoh usaha yang baik dan harus dicontohi oleh semua kaum dalam usaha memastikan generasi moden tidak lupa akan asal usul nenek moyang mereka dan mencintai keindahan budaya masing-masing. Tarian Naga juga pada dipercayai boleh membawa keuntungan dan nasib baik kepada mereka jika dipersembahkan pada perayaan Tahun Baru Cina.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat untuk sentisa cuba memelihara keunikan kesenian dan kebudayaan ini supaya sentiasa utuh dan teguh ibarat kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *