Team Building

Menguruskan Double Standard di Tempat Kerja : Team Building

Menguruskan Double Standard di Tempat Kerja : Team Building

Single standard vs double standard

Ramai yang beranggapan, double standard akan mewujudkan budaya yang tidak adil dan menindas pekerja bawahan. Double standard juga akan menyebabkan masalah disiplin dan motivasi.

Single standard sangat penting apabila bekaitan dengan kerja teknikal. Ini akan memastikan alat kerja, mesin pengeluar produk dan dokumen kerja dapat dikendalikan dengan baik.

Oleh itu, pasukan mestilah mempunyai single standard yang diikuti oleh semua orang. Single standard ini meliputi budaya dan peraturan.

Namun, ada ketikanya, single standard menjadi satu masalah kepada motivasi kerja pasukan.

Kita bawa 1 contoh di dalam single standard, Jeremy baru dilantik sebagai Pengurus di syarikat auditor kewangan. Syarikat ini ramai pekerja perempuan.

Mengikut standard Jeremy, perempuan lebih baik duduk dirumah. Ini kerana isterinya bekerja dari rumah. Jeremy pun berkempen kepada rakan-rakan perihal kebaikan isteri nya duduk dirumah kepada rakan kerja perempuan yang lain.

Standard Jeremy adalah sebagai seorang pengurus. Perempuan yang bekerja di pejabatnya paling tinggi berjawatan eksekutif. Tentulah standard Jeremy lebih tinggi kerana kedudukan gajinya. Perempuan yang berkerja di pejabatnya membantu keluarga mereka mencari pendapatan.

Contoh kedua, seorang eksekutif selalu menunaikan solat Dhuha pada awal pagi. Untuk mendapatkan markah yang baik, anak buahnya perlu mengikutnya solat dhuha pada setiap pagi di pejabat.

Single Standard dan Perkara Peribadi

Single standard ini melibatkan perkara peribadi. Ianya seiring dengan perilaku baik seseorang yang ingin mengajak orang lain. Kadang-kadang, ini menjadi masalah apabila ianya perlu diwajibkan untuk menjadi pengukur prestasi pekerja.

Percubaan mewujudkan standard ini bakal menyebabkan konflik dan pergaulan tempat kerja yang tidak sihat. Pembinaan pasukan pasti akan terencat.

Sedangkan keutamannya adalah untuk menjaga hubungan. Mana mungkin produktiviti naik jika berlaku paksaan di dalam mematuhi single standard yang dibuat.

Oleh itu, pasukan perlu jelas, bila masa gunakan single standard. Bila masa kita perlu biarkan budaya double standard berlaku.

Tips nya begini:

  1. Single standard digunakan untuk mengawal kerja teknikal dan dokumen syarikat.
  2. Single standard tidak boleh digunakan untuk mengajak rakan pasukan kita mengikuti personal standard kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *