RAMS : Risk Analysis & Management System
SEMBANG-SEMBANG REKREASI
Assalamualaikum, slm sejahtera, slm rekreasi buat semua.
Akibat daripada beberapa accidents yg telah berlaku sebelum ini, permintaan daripada rakan-rakan dengan niat utk membendung kejadian2 yang tak diingini dari terus terjadi, serta kewujudan keperluan-keperluan tertentu yg mendesak…..sy wujudkan semula sesi khas tentang RAMS.
RAMS ini adalah 1 dokumen yg boleh diterima pakai bukan sahaja dalam mahkamah (sekiranya terjadi kes-kes perbicaraan), ianya juga boleh dijadikan salah satu bukti yang menunjukkan kita mematuhi tuntutan ISO 21101:2014 (ISO KHAS UTK ADVENTURE TOURISM). RAMS juga dikenalpasti sebagai salah satu komponen mandatori dlm penganjuran aktiviti-aktiviti lasak berdasarkan NATIONAL OCCUPATIONAL SKILL STANDARD (NOSS) UTK LAND & WATER BASED ADVENTURE TOUR GUIDING.
RAMS juga turut dimuatkan dalam SOP PELAKSANAAN AKTIVITI2 LASAK MELIBATKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. Paling terkini, RAMS telah dijadikan salah satu keperluan utama dan mandatori kepada mana2 adventure tourism companies yang memohon Persijilan MaTEX (MALAYSIA TOURISM EXCELLENCE BUSINESS CERTIFICATION) KHUSUSNYA DALAM KATEGORI ADVENTURE TOURISM.
Ada yg sememangnya dah tahu namun masih ada yg kurang arif berkenaan sistem pengurusan risiko ini. Jadi, pada sesi perkongsian kali ini sy akan memfokuskan penulisan sy kpd beberapa informasi penting berkaitan RAMS. Agak mustahil bagi sy utk terangkan secara terperinci menerusi medium ini, namun sy akan cuba sebaik mgkn utk ringkaskan isi2 pentingnya ya.
APA ITU RAMS?
RAMS ataupun nama panjangnya RISK ANALYSIS & MANAGEMENT SYSTEM, wujud dlm bentuk helaian borang atau sheet yg mana perlu dilengkapkan oleh pihak penganjur program SEBELUM sesuatu program tersebut dilaksanakan. IA MENGENALPASTI KESEMUA BENTUK RISIKO YG BERKEMUNGKINAN WUJUD, FAKTOR2 PENYEBAB SETIAP RISIKO TERSEBUT, STRATEGI UTK MEMINIMAKAN TERJADINYA RISIKO & MENETAPKAN TINDAKAN2 KEMEMASAN YG BERSESUAIAN. Hasil akhirnya adalah berbentuk 1 dokumen lengkap, yg mana memuatkan perincian perancangan pengurusan risiko secara bertulis / dicetak merangkumi elemen2 yg disebutkan di atas.
APA YG PERLU DIISI DLM RAMS?
Standardnya, RAMS telahpun menyediakan beberapa ruangan khas berdasarkan kelasifikasi2 tertentu (rujuk pics yg dilampirkan).
Dlm ruangan RISK, perkara yg perlu diisi/dikenalpasti ialah KESEMUA situasi buruk, insiden atau kemalangan yg boleh terjadi semasa pelaksanaan sesuatu aktiviti yg bakal kita anjurkan tersebut (baik yg serius ataupun x serius). Dgn kata lain, bagi jawapan kpd soalan ini – ”what are risks that could potentially happen during this activity?”.
Dlm ruangan CAUSAL FACTORS, isi ruangan tersebut dgn kenalpasti KESEMUA penyebab risiko yg boleh difikirkan berdasarkan 3 kategori utama – punca yg berkemungkinan disebabkan oleh PEOPLE (peserta, staf penganjuran or masyarakat sekeliling), EQUIPMENT (peralatan yg digunakan) & ENVIRONMENT (faktor2 ekologi, geografi serta masalah kesihatan yg berkaitan dgn environment tersebut).
Dlm ruangan RISK MGMT – NORMAL OPERATION, kenalpasti strategi utk mengatasi kesemua faktor2 penyebab yg telah kita isikan dlm ruangan CAUSAL FACTORS. Dgn kata lain, dapatkan jawapan2 bg soalan ini – “what can i reasonably & possibly do to stop the identified incidents & excidents from happening?”. Again, spesifikasikan input kita berdasarkan 3 kategori – people, equipment & environment.
Dlm ruangan RISK MGMT-EMERGENCY, tentukan KESEMUA tindakan yg sepatutnya dilakukan sekiranya risiko2 yg telah dikenalpasti tersebut berlaku juga. In other words, provide specific answers to this question – “what can i put in place so that I could deal with an emergency effectively?”
Dlm ruangan RELEVANT INDUSTRY STANDARD dan POLICY / GUIDELINES RECOMMENDED, nyatakan secara jelas apa shj existing SOP, guidelines or recommendations yg kita follow atau refer dari mana2 organisasi yg berkaitan dgn aktiviti yg bakal kita anjurkan. Perlu dipastikan yg kita secara betul & jujur follow setiap SOP, guidelines or recommendations yg telah kita nyatakan (bukan main tulis aje ye!)
Dlm ruangan SKILLS REQUIRED, kenalpasti secara spesifik SEGALA kemahiran yg diperlukan oleh staf penganjuran utk melaksanakan program dgn lancar, kemahiran tertentu bg mengurangkan terjadinya potential risks yg telah dikenalpasti serta kemahiran yg diperlukan dlm menangani situasi kecemasan (physically & psychologically).
Lastly, dlm ruangan FINAL DECISION, isikan nama org yg bertanggungjawab melengkapkan RAMS tersebut. Serahkan kpd seseorang yg lebih superior (seperti senior instructor, manager, pegawai atasan or individu2 yg berkelayakan utk verify & validate setiap apa jua info yg dimasukkan ke dlm RAMS tersebut). Seseorang yg lebih superior tersebut seterusnya bakal menentukan samaada aktiviti tersebut boleh dilaksanakan atau sebaliknya (berdasarkan info yg telah dilengkapkan di dlm RAMS) & memberikan komen2 yg bersesuaian utk tujuan penambahbaikan or penegasan. Simboliknya, perancangan pengurusan risiko berdasarkan RAMS ini bukanlah satu “one-man show” tapi setiap keputusan yg terlibat dilakukan secara kolektif & dinilai kewajarannya.
KENAPA PENTINGNYA RAMS NI?
Utk penganjur, ianya digunakan sebagai reference utama dlm aspek pengurusan risiko terhadap aktiviti yg bakal dijalankan dan ketika aktiviti sedang berlangsung. Sekiranya ia dilengkapkan dgn betul & terperinci, kecenderungan itu mengalami sesuatu situasi buruk atau kemalangan itu adalah sangat2 kecil kerana kita dh cover every possible angles kecuali kemalangan2 yg disebabkan oleh ACT OF GOD (court term for kejadian2 luar jangkaan yg terjadi secara tiba2 walaupun segala perancangan & persiapan risk mgmt telah dilakukan dgn teliti).
Dokumen ini boleh dijadikan salah satu bukti di mahkamah yg menunjukan bhw pihak penganjur sememangnya komited terhadap aspek2 risk mgmt dlm aktiviti yg dianjurkan & salah kaedah utk defend diri sendiri dari sebarang tindakan saman dari peserta (kalau ada).
Utk peserta lak, sekiranya anda berhasrat utk join apa jua aktiviti yg dianjurkan oleh mana2 penganjur ask them about RAMS ni. Sekiranya pihak penganjur tersebut mengatakan bahawa mereka ada dokumen ini (& telah diisikan dgn sempurna la), maka dont worry…pihak penganjur tersebut sememangnya professional & mmg menitikberatkan aspek keselamatan dlm penganjuran aktiviti mereka. Kalau rasa was2 or x percaya lagi, simple je….minta mereka tunjukkan dokumen RAMS yg telah mereka hasilkan. Walaupun RAMS ni dibuat bukan utk tujuan dibaca or being inspected by participants, tp mana2 organizer yg jujur & prihatin, xde masalah pun utk dorg reveal bg memberi lebih keyakinan kpd peserta program mereka.
So basiccally, tu la yg dpt dikongsikan secara ringkas ttg RAMS ni. Semoga sharing ni mampu memberikan sedikit manfaat kepada penganjur mahupun peserta dr aspek perancangan awal berkaitan pengurusan risiko dlm outdoor recreation & adventure activities. Muchas Gracias atas kesudian membaca.
Tulisan asal adalah penulisan bebas dan santai kepada penggiat rekreasi di ruangan Facebook oleh:
Tuan Mohamad Khairi Mohamad @Alwi
Direktori Pakar Industri Negara,
No. Siri Pendaftaran:- 780124035177),
Sektor HT 11-00 Hospitaliti & Pelancongam (Sub Sektor 11.3 Sukan & Rekreasi), Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia.
Pensyarah Pengurusan Rekreasi,
Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti & Acara,
Kolej Undang-undang Kerajaan & Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia,
06010, Sintok, Kedah.
Click untuk article seterusnya.