Kem Kepimpinan
Kem Kepimpinan
Kem Kepimpinan di Asia Camp boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang sangat menyeronokkan kepada para peserta kem disini dan juga para pengunjung. Antara aktiviti rekreasi yang menjadi pilihan mereka adalah Night Walk dan Camp Fire.
Aktiviti rekreasi disini bukanlah aktiviti yang seronok semata-mata. Di sini pelajar akan didedahkan bagaimana menjadi pemimpin yang berkualiti melalui aktiviti ini. Aktiviti ini adalah sebagai meduim sahaja untuk memudahkan sesi pembelajaran pelajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.
Sebagai contoh, night walking biasanya diselitkan dengan modul komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja melibatkan arahan yang jelas. Ia melibatkan kepatuhan seoarang pemimpin kepada pemimpin yang lain. Ia juga melibatkan semangat berpasukan di dalam menghadapi kesukaran.
Apabila peserta diberikan suatu tugasan yang mencabar, ini akan menyebabkan peserta lebih bersemangat di dalam melaksanakan tugasan. Dengan cara inilah, pembelajaran menjadi seorang pemimpin akan lebih berkesan.
Untuk aktiviti camp fire pula, peserta perlu mencari bahan bakar pada waktu petang. Ia bukan semata-mata aktiviti membakar kayu dan menjadikan ia besar. Itu keseronokan semata-mata. Ia adalah bagaimana peserta merancang sesuatu tugasan dengan baik. Kemahiran merancang adalah kemahiran yang sangat penting sebagai seorang pemimpin.
Apabila kita memberikan suatu aktiviti yang seronok kepada peserta, pembelajaran dapat disampaikan dengan mudah. Ia, hanya dengan melalui aktiviti camp fire.
Jika pada waktu siang para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh, berbeza pula di waktu malam di mana para peserta akan lebih bersantai sambil menikmati pemandangan hutan di waktu malam.
Kesemua aktiviti ini akan disulam dengan modul ini seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi, sikap seorang pemimpin dan pembangunan karakter seorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin
Asas kepimpinan adalah melibatkan modul sikap kepimpinan, kemahiran kerjasama dan disiplin di dalam melakukan suatu tugasan.
Kemahiran komunikasi pula membolehkan peserta sebagai seorang pemimpin menyampaikan mesej dengan tepat dan terang. Mesej itu pula mestilah dapat diiukut dengan baik oleh pengikut. Semua kemahiran ini akan didedahkan sepanjang kem kepimpinan ini berlangsung.
Pembangunan karakter pula membolehkan peserta mengenalpasti apakah ciri-ciri di dalam diri yang perlu ada sebagai seorang pemimpin. Sifat bertolak ansur, sifat berdiam diri pada waktunya dan boleh mendengar pendapat orang lain adalah sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.
Pada waktu malam yang kedengaran bunyi cengkerik saling sahut-bersahutan, pemandangan indah langit dengan cahaya bulan dan bintang sungguh mendamaikan dan mengasyikkan. Ini sekaligus menyeronokkan peserta. Apabila peserta seronok, konten pembelajaran akan lebih mudah disampaikan dan difahami oleh peserta.
Night Walk pula memberi pengalaman baru dalam aktiviti kepimpinan kepada para peserta kem kepimpinan. Selain pengalaman sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dirasai setiap hari, aktiviti ini akan dapat meningkatkan keberanian dan saling mempercayai antara satu sama lain kepada para peserta. Ini kerana semasa menjalankan aktiviti Night Walk ini para peserta diminta mengingati siapa yang berada dihadapan dan belakang mereka sebelum menerjah masuk ke dalam hutan. Inilah ciri asas yang perlu ada pada seorang pemimpin di dalam mempimpin pasukan
Aktiviti Camp Fire pula lebih kepada memberikan waktu rehat dan santai kepada para peserta setelah penat dengan pelbagai aktiviti riadah lasak pada waktu siang. Kebiasannya, para peserta akan menyanyikan sebuah lagu sebagai pembukaan semasa aktiviti Camp Fire. Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi bercerita dalam aktiviti santai malam di kem ini.
Sekiranya para peserta ingin merasai pengalaman tidur dalam khemah pula, khemah yang telah siap dipasang pada waktu siang hari boleh menjadi pilihan mereka. Manakala sekiranya peserta mahu memilih tempat tidur yang lebih selesa, kemudahan bilik tidur tetap boleh menjadi salah satu alternatif bagi para pengujung.
Berjalan di tengah alam menyembuhkan banyak perkara. Menghirup udara segar dan melihat pemandangan indah di muka bumi sangat berkesan untuk membersihkan fikiran, menghilangkan kebosanan, dan membangkitkan suasana. Selain itu dapat juga belajar mengenai kehidupan dengan mengamati alam – Dawn Gluskin
Suasana sunyi pada waktu malam di dalam hutan boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencari bermuahasabah memperbaiki diri. Amat penting bagi seorang pemimpin bermuhasabah bagi memperbaiki diri.
Klik disini untuk artikel seterusnya>>
Bonus, kami ingin kongsi kepada guru sekolah tentang bagaimana guru boleh malaksanakan kem kepimpinan dengan baik.Tips melaksanakan Kem Kepimpinan Pelajar
Tips melaksanakan Kem Kepimpinan