Jungle Trekking Menaikkan Stamina Badan

Malaysia adalah favourite di kalangan pelancong luar yang menggemari aktiviti eksplorasi ke atas hutan, hidupan liar dan alam semulajadi. Buktinya, statistik kehadiran pelancong-pelancong asing terutamanya ke Taman Negara Malaysia seperti di Pahang, Taman Negara Bako, Tanjung Kukup semakin meningkat saban tahun. Kebiasaannya, aktiviti eksplorasi seperti ini kebiasaannya dilakukan dengan jungle trekking ke kawasan-kawasan yang mahu diterokai oleh pelancong berkenaan.

Secara asasnya, jungle trekking adalah satu aktiviti rekreasi luaran berkembara atau menjelajah hutan dengan tujuan mendekati alam semula jadi secara lebih dekat. Di pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp, jungle trekking ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilalui oleh para peserta khususnya progam yang melibatkan durasi selama 3hari2malam. Perbezaannya hanya pada laluan trail jungle trekking dan durasi masa yang diambil atau dianggarkan oleh jurulatih.

Di Asia Camp, fokus utama bagi modul jungle trekking adalah latihan ketahanan diri bagi menaikkan stamina dan kesihatan tubuh badan para peserta selain memberikan tekanan kepada daya fokus dan kepentingan terhadap alam sekitar.

https://www.youtube.com/watch?v=viK-zRS2lao

Salah satu manfaat utama trekking adalah meningkatkan kesihatan fizikal para peserta. Cuba bayangkan, para peserta atau pelajar perlu berjalan sejauh berapa kilometer, kadangkala perlu berlari mengejar ahli pasukan yang sudah jauh ke hadapan, sesekali perlu memanjat di sekitar batu, melompat batu, menuruni cerun dan memeluk batang pokok serta duduk merangkak untuk melalui rimbunan pokok.

Aktiviti jungle trekking ini sesekali memerlukan peserta memegang tali dan menuruni cerun
Di Asia Camp, aktiviti ini turut dibuat di watu malam yang lebih dikenali sebagai night walking
Para peserta berhenti rehat dan bersedia mendengar taklimat jurulatih bagi aktiviti seterusnya

Ini semua secara tidak langsung memberikan senaman kardio yang mampu meningkatkan kekuatan diri, ketangkasan dan kecergasan kardio tubuh badan. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk jungle trekking juga akan meningkatkan jumlah langkah yang diperlukan harian, sebagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan setiap individual dewasa memerlukan 10,000 langkah sehari bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat. Laluan trekking yang lama juga mampu menguji kebolehan sosial yang lain seperti menerima dan mendengar arahan, semangat setiakawan dan prihatin kepada yang lain.

Kesimpulannya, melalui modul trekking ini ia mampu menjadi tool dalam menguji kebolehan fizikal diri dan kekal sebagai motivator yang hebat untuk meningkatkan kecergasan fizikal.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KECERGASAN FIZIKAL BERSAMA ASIA CAMP

Secara umumnya, kecergasan fizikal ini adalah kemampuan, kebolehan dan kemahiran seseoang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih, dan masih ada tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan di masa terluang.

Tetapi, berdasarkan statistik pada 2015 yang lepas dari KMM, peratusan kanak-kanak dan remaja kita yang mengalami masalah obesiti di kedua-dua sekolah rendah dan menengah semakin meningkat. Itu adalah report 4 tahun yang lepas. Laporan terperinci perangkaan perubatan pula menunjukkan bahawa masyarakat kita umumnya semakin tidak berminat dan banyak mengelak diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal. Ibaratnya, terlebih sudu dari kuah. Sudahlah diri semakin ‘membesar’, malas pula bersenam malahan corak pemakanan tidak sihat semakin menjadi-jadi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2015

Ini semua boleh menyebabkan kecergasan fizikal seseorang itu menjadi semakin lemah, cepat lesu, kekuatan otot dan stamina badan menurun dan keseluruhan koordinasi, keseimbangan badan dan kemahiran motor asas menjadi semakin lemah dan terjejas dari masa ke semasa.

Memahami keperluan inilah, kami di Asia Camp menyediakan dan merangka modul-modul yang melibatkan kecergasan fizikal untuk dipraktikkan sekaligus menjadi batu asas kepada kecergasan para peserta yang menghadiri kem unit beruniform di Asia Camp ini. Program kecergasan yang dijalankan di Asia Camp merangkumi tahap asas kecergasan fizikal seperti kemampuan daya kardiovascular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan badan dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (rujuk rajah di bawah). 

Contoh pecahan kecergasan fizikal yang digunapakai di dalam modul kecergasan di Asia Camp. Sumber: https://www.slideshare.net/PresleyMarcel/sains-sukanstpm-kecergasan-fizikal

Gambar-gambar di bawah pula merupakan contoh aktiviti kecergasan dan kem unit beruniform yang terdapat di Asia Camp. Modul kecergasan ini menguji ketahanan tangan, keseimbangan dan kekuatan daya apungan dan bebanan badan.  Seperti yang dijelaskan di awal post, BMI yang cantik amat penting bagi generasi muda kita, khususnya dalam menyiapkan modul kecergasan ini.

Contoh sebilangan aktiviti yang terdapat dalam modul kecergasan di Asia Camp.
Antara aktiviti lain ialah ‘Obstacle Closure’ yang harus dilalui oleh para peserta
‘Soldier walk’ pula merupakan aktiviti yang menguji ketangkasan dan kelajuan bergerak di dalam kawasn sempit dan terbatas.

Jom kita ikuti pula pengalaman peserta-peserta yang lain di dalam video yang menceritakan mengenai pengkhemahanunit ====

https://www.youtube.com/watch?v=QSwWZT7foH4&feature=youtu.be

Konklusinya, kecergasan fizikal ini juga merupakan salah satu skill yang diuji, dipraktikkan dan terdapat di dalam modul perkhemahan unit beruniform. Oleh itu, berat badan merupakan indikator penting yang menyumbang kepada keseimbangan dan kesihatan badan. Kemampuan dan daya tahan kepada aktiviti lasak dan fizikal membuktikan kecergasan fizikal seseorang peserta itu berada di tahap yang baik.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>