Wajah-wajah ceria anak murid SK Antara Gapi

Kem Badan Beruniform SK Antara Gapi Sesi 2019

Pada minggu lepas bertarikh 23-25hb Ogos 2019, telah berlangsung kem badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Seramai 70 orang pelajar dari badan unit beruniform sekolah ini telah berkampung di Asia Camp. Para pelajar ini tiba dengan bas di pagi hari 23hb Ogos dan terus dibawa ke bilik-bilik dormitori.

Seterusnya, taklimat dimulakan oleh wakil fasilitator Asia Camp. Taklimatnya berkisar mengenai perihal keselamatan, keberadaan program-program lain di pusat latihan, waktu makan dan sebagainya serta jenis-jenis aktiviti dan modul yang dilakukan sepanjang keberadaan mereka di pusat latihan Asia Camp di sini.

Secara asasnya, para peserta kem badan beruniform dari SK Antara Gapi ini merupakan kumpulan peserta kem yang termuda sekali yang berada di kem Asia Camp pada ketika itu. Kumpulan pelajar dari kem badan beruniform ini terbahagi dari persatuan Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Objektif dan fokus utama kem badan beruniform ini adalah memberikan pendedahan dan ‘first hands experience’ kepada para pelajar mengenai;

  1. peranan seorang ahli badan unit beruniform;
  2. pengalaman survival di hutan;
  3. menguatkan ciri-ciri kepimpinan bagi para pelajar;
  4. di samping mewujudkan rasa kekitaan dan setiakawan sesama mereka.

 

Oleh itu, modul-modul yang telah dijalankan melibatkan modul kem badan beruniform pelajar sekolah, modul survival cooking, modul pertolongan cemas, aktiviti explorace, pembentangan berkumpulan dan senamrobik beramai-ramai bersama para peserta dari program-program yang lain pada pagi Ahad, 25hb Ogos.

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

 

Secara keseluruhannya, nilai yang dapat dipelajari dari kem badan beruniform para pelajar SK Antara Gapi ini adalah;

  1. Para pelajar SK Antara Gapi ini dilihat lincah dan tangkas beraktiviti menggunakan eleman alam.
  2. Secara kritisnya, lokasi dan topografi sekolah mereka memang berada dalam kawasan yang sama seperti di Asia Camp. Lokasi Antara Gapi yang menghubungkan Ulu Yam-Serendah-Rawang sememangnya kaya dan terkenal dengan keindahan alam oleh penduduk setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak terkejut bila didapati para pelajar dari sekolah ini lebih tangkas dan sepertinya sudah terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 

Apapun, well done kepada adik-adik pelajar dari SK Antara Gapi. Sungguh comel semuanya dan kami di pihak Asia Camp cukup berbangga dengan pencapaian mereka.

 

Artikel berkaitan kem perkhemahan pelajar:
1.

Perkhemahan Unit Beruniform 2019 – SK Putrajaya Presint 8(1)

2.

KEM BERUNIFORM LANGKAH PERTAMA KERJAYA

3.

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019

4.

Bagi yang masih mencari pusat latihan dan rekreasi untuk sekolah dan organisasi anda, boleh terus hubungi nombor yang tertera seperti di bawah. 

Hubungi Asia Camp bagi tempahan harga

Hubungi Asia Camp bagi tempahan harga

 

Kepentingan Pengurusan dan Koordinasi Program

Pentingnya pengurusan dan koordinasi program yang baik pastinya membawa kepada kejayaan dan kepuasan yang maksima kepada pihak pengurusan dan juga pelanggan. Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan ke atas rezeki yang tidak terhingga. Seminggu dua yang lepas, bumi Asia Camp meriah dengan 4 program yang berjalan secara serentak. Kemeriahannya dirasai dengan kehadiran dari pelbagai organisasi seperti warga PKNS, warga dari Akademi Kemahiran Belia Golf, para pegawai SPRM dari unit Integriti dan adik-adik dari unit badan beruniform SK Antara Gapi.

Kebiasaanya, jika 4 program besar yang berjalan serentak sebegini dengan latar belakang pelanggan yang pelbagai seperti dari bidang korporat, jabatan dan pendidikan akan menyebabkan kucar-kacir dan sedikit huru-hara di pihak pengurusan kem atau pusat latihan. Namun, tidak bagi kami di Asia Camp. Kami yakin dengan pengurusan dan koordinasi yang baik segala urusan dan halangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Di Asia Camp, kita mempunyai kepakaran pengurusan dan koordinasi yang efisien dalam menguruskan program-program besar yang berjalan serentak. Ini berjaya ditandatangani dengan kemampuan ruang yang luas, fasiliti yang mencukupi dan tenaga staff serta jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Keberadaan hampir 300 peserta program pada minggu lepas merupakan satu cabaran bagi pihak pengurusan Asia Camp. Ianya bukanlah hal yang mudah, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diuruskan dan dijayakan.

Namun begitu, kata kunci pengurusan dan koordinasi yang terbaik adalah keseragaman arahan, makluman dan penyusunan program haruslah di tahap terbaik. Ini sangat penting dalam memastikan setiap peserta dan para pelanggan kami berada dalam keadaan selamat, selesa dan memuaskan.

Jom kita layan gambar-gambar berikut yang merupakan sebahagian dari program yang telah berjalan di Asia Camp pada kali yang lepas.

Warga PKNS sedang bertungkus-lumus menyiapkan masakan mereka dalam modul survival cooking

Warga PKNS sedang bertungkus-lumus menyiapkan masakan mereka dalam modul survival cooking

 

Sebahagian aktiviti dalam Explorace dan Outdoor Modul bagi para peserta Akademi Kemahiran Belia Golf

Sebahagian aktiviti dalam Explorace dan Outdoor Modul bagi para peserta Akademi Kemahiran Belia Golf

 

Para pegawai SPRM dalam sesi pagi berkawad dan senamrobik

Para pegawai SPRM dalam sesi pagi berkawad dan senamrobik

 

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

 

Di akhirnya, ini yang boleh kita simpulkan untuk memastikan sesebuah pusat latihan atau kem itu mampu untuk terus ‘survive’ dan berdaya saing:

1. Koordinasi yang terbaik – terhadap segala hal melibatkan arahan, info semasa, susunan tempat, tugasan staff dan perancangan modul dari masa ke semasa
2. Kesediaan dan kecekapan di setiap masa dan ketika.
3. ‘Awareness of goal oriented’ oleh setiap organisasi dan pelanggan sentiasa tersemat di jiwa dalam menjayakan program dan tugasan yang diberikan.

Untuk bacaan lagi, click di sini:

Kursus Pemantapan Pegawai Integriti SPRM Sektor Awam (KPPI)

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019

Pada 16hb sehingga 18hb Julai baru ini, baru sahaja berakhir pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Baru. Seramai hampir 500 orang telah berkumpul dan berkampung di Asia Camp pada hari kemuncak pertandingan kawad kaki ini yang terdiri daripada 200 orang peserta, puluhan guru pengiring, wakil kontinjen dari PDRM, pihak media, para penyokong dan masyarakat awam yang lain. Penyertaan kontinjen dari pelbagai negeri ini mewakili unit beruniform kadet polis yang telah menjalani pelbagai modul team building and ketahanan fizikal dan mental. Setiap dari mereka membawa nama dan mewakili kontinjen negeri masing-masing. Kehadiran tetamu-tetamu VVIP seperti Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim turut menggegarkan bumi Asia Camp. Sesungguhnya, acara kawad kaki peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan ini merupakan ‘event’ terbesar dan teramai yang pernah diuruskan oleh pihak Asia Camp setakat ini.

Unit beruniform dari badan pancaragam sedang mempersembahkan kawad kaki asas dan laporan

Terdapat 3 kriteria yang dilihat oleh para juri untuk skema pemarkahan pertandingan kawad kaki unit beruniform ini yaitu; (1) persediaan asas, (2) pergerakan kawad , dan (3) pemarkahan formasi. Di dalam kriteria pertama dan kedua, setiapnya dipecahkan lagi kepada 3 sub bahagian. Contohnya di dalam aspek persediaan, setiap ahli atau peserta kawad disemak secara detail dari asas pakaian, kekemasan diri dan pakaian serta keseragaman pasukan secara keseluruhan. Untuk aspek kedua, sub-kriteria yang dilihat melibatkan kawalan asas pergerakan peserta dan pasukan, kawalan menerima laporan dan kawalan statik pasukan. Kriteria kedua ini yakni pergerakan kawad membawa markah terkumpul yang tinggi sebanyak 50% dari keseluruhan markah untuk kumpulan penyertaan.

Contoh sampel pemarkahan bagi pertandingan kawad kaki nasional

Para jurinya pula terdiri daripada anggota khas unit beruniform negara dari cawangan tengah (central) yang telah berpengalaman berpuluh tahun di dalam bidang keselamatan negara. Penilaian dan pemarkahan mereka adalah muktamad hasil dari ketelitian, keseriusan disiplin dan pengalaman bersama unit keselamatan kebangsaan.

Pertandingan tahunan kawad kaki peringkat kebangsaan sebegini merupakan agenda penting bagi badan-badan unit beruniform dan ia menjadi fokus utama bagi para pelajar yang menyertainya. Mereka seboleh mungkin akan berusaha sekuat daya untuk melayakkan diri untuk sampai ke peringkat akhir. Pengalaman dan peluang menghadiri pertandingan seperti ini akan membuka minda para pelajar khususnya dari 3 aspek utama; (i) mempelajari arahan hukuman dan kreativiti formasi kawad yang baru, (ii) meluaskan kenalan dari pelbagai latar belakang sekolah dan budaya, serta (iii) pengalaman hidup dan perasaan mengenai sesuatu yang baru dan ruang untuk membuktikan diri setara dan mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Tentunya ia sesuatu yang mengujakan bagi para peserta dan adik-adik remaja kita.

Mari kita nikmati gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan unit beruniform ini berlangsung.

Kadet polis dari Terengganu Darul Iman
Wakil peserta dari Johor Darul Takzim
Wajah-wajah para kadet polis yang mewakili negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang
Gelajat para pelajar yang lain yang turut serta datang menyokong sekolah, perwakilan negeri dan rakan-rakan mereka yang lain
Para juri pertandingan yang didatangkan khas dari unit beruniform keselamatan negara
Para medik dan sukarelawan turut bersiap sedia bagi sebarang kecemasan

Kesimpulannya, pertandingan sebegini yang diadakan secara tahunan merupakan satu peluang bagi para peserta dan adik-adik remaja ahli unit beruniform sekolah untuk mempelajari aspek-aspek penting dalam hidup. Aspek-aspek ini merangkumi nilai-nilai murni kehidupan seperti mempunyai fokus, berdisiplin, bekerja kuat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Bagi pihak pengurusan Asia Camp pula, pengalaman menguruskan ‘event’ besar sebegini merupakan satu peluang untuk lebih memajukan potensi perkhidmatan, meluaskan profil, dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Secara umumnya, Admin berpendapat menguruskan 500 orang ‘crowd’ yang terdiri daripada pelbagai kumpulan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Ini melibatkan kebajikan setiap peserta, keselamatan, keselasaan dan akhirnya kepuasan para peserta, pelanggan dan masyarakat umum yang lain. Namun begitu, kami di Asia Camp bersyukur kerana program telah berlangsung dengan jayanya.

Bird-eye view secara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki nasional yang berlangsung di Asia Camp Kuala Kubu Bharu

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan aksi yang lebih menarik dan modul yang lebih mencabar!

Terima kasih daun keladi dari pengurusan Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MENERIMA DAN MENDENGAR ARAHAN

Kemahiran menerima dan mendengar arahan ini nampak mudah, simple dan seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan anggota masyarakat hatta diri kita sekalipun. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa gagalnya sesebuah organisasi mahupun pasukan atau gerakan adalah berasas dari kegagalan menerima dan mendengar arahan pemimpin atau orang atasan.

Bercerita mengenai kemahiran menerima dan mendengar arahan ini, saya suka kongsikan satu video mengenai aktiviti LDK pelatih-pelatih suatu organisasi yang tak diketahui yang viral di media sosial baru-baru ini. Di dalam video tersebut, para pelatih atau peserta LDK berada di dalam suatu situasi di mana mereka perlu menerima dan mendengar arahan oleh wakil fasilitator. Ikuti durasi penuh video sehingga habis, kita boleh melihat transformasi mesej yang diberikan oleh wakil fasilitator adalah seperti berikut:

https://youtu.be/9xePcDHcR28

Mesej asal: suatu “warning – I want to kill you”

Fasa kedua: “putusnya kepala”

Fasa ketiga: beralih kepada, “adegan menggosok gigi”

Fasa keempat: adegan “mencuci muka sesungguh hati”

Fasa kelima mesejnya memberitahu, “adanya orang di belakang”

Fasa terakhir apabila mesej disampaikan semula kepada fasilitator: mengatakan, “you are the best!”

Ini merupakan satu contoh aktiviti LDK yang bagus dalam memahami betapa pentingnya kemahiran menerima dan mendengar arahan. Kesudahannya kedengarannya lucu dan mudah, bukan? 

Tetapi, apabila kita refleksi semula dalam kehidupan seharian, kegagalan menerima dan mendengar arahan ini akhirnya membawa kepada kemusnahan hidup, hubungan dan prestasi kerja. Ia adalah suatu mesej yang menggerunkan. Mesej menerima dan mendengar arahan yang kelihatannya ‘simple’ mampu mengungkai kepada satu transformasi yang complex dan merapu.

Berbalik kepada konteks kem atau latihan perkhemahan unit beruniform sekolah misalnya, kegagalan peserta atau pelajar menerima dan mendengar arahan ketua akan membawa kepada perjalanan aktiviti yang suram. Ia mampu merosakkan mood di antara fasilitator dan peserta, memecahkan kerjasama rakan sepasukan dan membawa kepada perspektif ‘sakit’ akan teruknya wakil pelajar dari sekolah berkenaan, atau organisasi yang terbabit dan sebagainya.

Sesi perkhemahan unit beruniform bersama para pelajar dari SK Kementah, mereka tekun mendengar arahan bagi aktiviti seterusnya

Untuk mengatasi masalah ini, solusinya hanya satu. FOKUS, FOKUS dan FOKUS! Para peserta perlu meningkatkan fokus deria menerima dan mendengar arahan, kemampuan menaakul maklumat yang diberikan dan bergerak kerja dalam pemikiran kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Ini merupakan survival skill yang akan digunakan seumur hidup dan perlulah ditingkatkan dan di-upgrade dari masa ke semasa.

Skill menerima dan mendengar arahan ini sangat berguna dalam seluruh ruang lingkup kehidupan, dan di kem kami di Asia Camp, skill ini adalah ‘first bucketlist’ yang perlu dihadam dan dipraktikkan. Para peserta khususnya para pelajar tidak seharusnya malas dan lesu. Segala deria dan kemampuan diri dikuatkan untuk terus eningkatkan prestasi diri.

Apapun, tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak pelatih di video tadi, anda sangat menghiburkan kami! Kami belajar sesuatu dari anda semua hari ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>