Artical, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

SIMBOL PASUKAN ASAS TEAMBUILDING

Simbol pasukan digambarkan sebagai identiti pengenalan diri sesebuah pasukan mahupun organisasi. Bagi membina pasukan yang cemerlang, setiap ahli pasukan perlu jelas dalam memahami dan menentukan ciri-ciri pasukan yang mereka sertai. Setelah ahli pasukan jelas dengan identiti pasukan mereka barulah lebih senang untuk mereka membawa hala tuju pasukan.

Penentuan simbol pasukan atau turut dikenali sebagai logo pasukan bertujuan untuk mencerminkan dan menggambarkan secara ringkas siapa dan apakah visi dan misi pasukan tersebut. Melukis dan membina logo pasukan adalah salah satu aktiviti indoor yang seronok dan memberi motivasi kepada peserta kem teambuilding di Asia Camp.

Ahli pasukan boleh memilih tema haiwan sebagai simbol pasukan sebagai contoh. Jika ahli pasukan mereka terdiri daripada wanita-wanita cantik dan berkeyakinan, maka mungkin haiwan yang sesuai untuk dicadangkan sebagai logo pasukan adalah burung merak. Burung merak yang terkenal dengan kecantikkan dan kemegahannya sering kali dijadikan logo dan simbol dalam pelbagai program atau acara. Kecantikkannya sekaligus seolah-olah mempamerkan kemegahan dan keyakinan pasukan tersebut.

Begitu juga dengan harimau. Seekor harimau yang garang yang fokus memburu mangsa. Maka ia juga antara haiwan yang popular untuk dijadikan logo dalam aktiviti sebegini. Melalui aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu ahli pasukan untuk lebih mengenali visi dan misi malah membina simbol pasukan juga dapat membentuk kerjasama.

Aktiviti sebegini turut boleh dibuat oleh para guru kepada murid-murid dalam kem motivasi sekolah atau dalam subjek Pendidikan Seni misalnya. Antara perkakas yang perlu disediakan sebelum mengadakan aktiviti ini adalah beberapa keping kertas mahjong, marker pen pelbagai warna, hiasan-hiasan kraftangan dan gambar-gambar haiwan dan selepas itu aktiviti ini bolehlah terus dijalankan.

Selain daripada dapat membantu ahli pasukan atau para pelajar untuk lebih mengenali visi dan misi, aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Ini kerana setelah logo tersebut selesai dibuat, ahli pasukan atau para pelajar ini tadi haruslah membuat pembentangan kepada ahli pasukan yang lain sambil menerangkan kenapa mereka memilih logo tersebut.

Kita semua lahir untuk menang. Tetapi untuk menjadi pemenang, anda perlu merancang, melaksanakan rancangan dan mengharapkan kemenangan – Zig Ziglar

Selain itu menerusi aktiviti ini juga akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi asertif dan juga menambah kemahiran mendengar dan meyakinkan para audiens. Nyata aktiviti yang ringkas sebegini turut mampu memberikan manfaat dalam memupuk semangat teambuilding.

Tekan disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *