Artical, Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI MURID

Kepentingan dan keutamaan berinteraksi dalam proses pembentukan jati diri adalah salah satu modul yang diajar kepada para murid dalam setiap kem jati diri. Bagi tujuan untuk mencapai perpaduan, kesejahteraan, keharmonian dan hubungan yang erat dalam kalangan para pelajar maka modul ini adalah penting untuk didedahkan kepada mereka.

Dalam proses mengenal jati diri, para pelajar perlu memahami tiga perkara ini iaitu yang pertama adalah cara mengawal diri, yang kedua sikap pemuafakatan dan yang ketiga sikap keterbukaan minda. Semua aspek yang dinyatakan dia atas adalah penting bagi membentuk jati diri unggul dan cemerlang.

Menerusi ilmu kepentingan dan keutamaan berinteraksi ini, dalam aspek mengawal diri, para pelajar akan didedahkan dengan maksud tindak balas. Ini kerana banyak perkara yang dilakukan oleh individu dalam keadaan tidak sengaja. Apa yang membimbangkan jika tindak balas yang refleks ini sering mengakibatkan natijah yang negatif seperti perselisihan faham atau pergaduhan.

Justeru, dalam aspek mengawal tindak balas ini, para pelajar akan belajar cara untuk bertenang dan berfikir panjang selain bagaimana untuk memulakan perbincangan sekiranya terdapat perkara-perkara yang mendatangkan konflik. Mereka juga akan diajar bagaimana untuk mewujudkan suasana harmoni supaya interaksi yang baik antara mereka tercapai dan tidak menganggu perasaan dan keselamatan pelajar yang lain.

Kepentingan dan keutamaan berinteraksi ini juga merupakan tunjang kepada pemuafakatan. Melalui pemuafakatan ini, para pelajar akan diajar untuk memupuk diri dengan mengutamakan nilai murni seperti semangat kebaikan, keazaman, keikhlasan dan bertanggungjawab. Pemuafakatan juga membolehkan para pelajar untuk membantu sesama mereka.

Selain itu, melalui pengenalan dan pendedahan dasar membuka minda pula akan dapat menjadikan para pelajar lebih bersyukur dan menghargai diri sendiri. Semasa berinteraksi dengan pelajar lain, teknik membuka minda akan mengajar mereka untuk mendengar dengan tenang dan memproses kesimpulan dengan mengumpulkan maklumat-maklumat terlebih dahulu.

Ia adalah salah satu teknik yang sering digunakan oleh para kaunselor semasa proses kaunseling untuk menyelami masalah. Apa yang penting dalam setiap proses interaksi yang baik juga adalah mereka akan diingatkan untuk sentiasa mengucapkan kata-kata penghargaan seperti terima kasih dan tolong.

Ketika kita di dalam gelap, ketika itulah kita perlu fokus untuk melihat cahaya – Aristotle

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *