Team Building

Pembukaan Semula Taman Negara

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) TAMBAHAN
PEMBUKAAN SEMULA TAMAN NEGARA PAHANG, KUALA TAHAN
BAGI TUJUAN AKTIVITI EKOPELANCONGAN

A. Penggunaan perahu Semua aktiviti penggunaan perahu perlu mempunyai penjarakan sosial sama ada melibatkan perahu untuk 4 penumpang atau 10 penumpang.

B. Aktiviti pendakian Gunung Tahan
• Aktiviti mendaki gunung hanya dibenarkan untuk 20 orang pendaki dari Kuala Tahan dan 20 orang pendaki dari Merapoh; dan

• Bilangan maksimum bagi satu kumpulan pendaki gunung adalah seramai 10 orang sahaja tidak termasuk malim gunung.

C. Titian Kanopi
Aktiviti menyusuri titian kanopi dibuka hanya untuk 160 orang sahaja setiap hari kecuali ditutup pada hari Rabu setiap minggu untuk merehatkan pokok-pokok titian kanopi;

• Arah masuk dan keluar pelawat tidak boleh bertembung:

• Mesti mengamalkan penjarakan sosial dan memakai masker semasa menunggu giliran dan semasa menjalankan aktiviti; dan
Hanya pelawat berumur di antara 12 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan untuk memasuki Taman Negara Pahang.

D. Night Walk dan Pemerhatian Hidupan Liar di Bumbun Ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga dimaklumkan.

E. Sekatan
Tiada pengunjung daripada kawasan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan untuk memasuki
Taman Negara Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published.