Team Building

5 perkara yang tidak ada di hotel apabila melakukan team building, tetapi ada di AsiaCamp!

team building di hotel

Sepertimana yang semua tahu, Asiacamp adalah institusi yang menjalankan aktiviti rekreasi luar yang tentunya berbeza dengan mana-mana team building di hotel. Asiacamp menyediakan tempat penginapan yang selesa, selamat  dan juga pelbagai aktiviti luar yang menarik dan mencabar. Selain itu, dewan makan yang selesa dan makanan juga disediakan untuk mereka yang mengambil pakej aktiviti dan makan. Hotel-hotel ternama diluar sana kebanyakkannya tidak menyediakan aktiviti yang sesuai untuk team building sepertimana yang Asiacamp sediakan.

Antara aktiviti untuk team building yang Asiacamp sediakan adalah jungle tracking. Laluan jungle tracking yang telah dikemaskini dan dibersihkan selamat digunakan oleh peserta-peserta team building. Kemudian, Asiacamp juga menyediakan aktiviti laluan obtacles untuk menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta.

Disamping itu, Asiacamp juga menyediakan aktiviti air kepada peserta. Aktiviti air itu dibuat di tasik yang ada di sekitar Asiacamp. Terdapat beberapa jenis aktiviti air yang disediakan iaitu water rafting, water confident dan white water rafting. Aktiviti air akan dipantau dengan baik oleh jurulatih yang bertauliah. Fasilitator juga memainkan peranan dalam menguruskan kesemua aktiviti berjalan dengan lancar.

Antara aktiviti yang menarik perhatian peserta team building adalah flying fox. Dari peserta sekolah rendah sehingga agensi atau institusi besar, kebanyakkannya akan semangat sekiranya aktiviti flying fox dijalankan.  Selain flying fox, peserta juga teruja dengan permainan “kerjasama” yang dicipta khas oleh Asiacamp iaitu membuat rakit. Peserta akan diajar untuk membuat rakit yang sempurna kemudian akan berakit bersama-sama mengikut kumpulan di tasik Asiacamp.

Segala aktiviti yang dijalankan ini mengikut modul yang sudah tersedia. Peserta akan memilih modul yang sesuai dengan objektif peserta. Modul-modul aktiviti ini lengkap malah telah ditapis dan kesemua aktiviti yang terdapat di Asiacamp sangat menyeronokkan. Selain aktiviti sukan luar, Asiacamp juga menyediakan aktiviti kerohanian, kepimpinan dan akademik.

Adakah aktiviti yang seronok ini ada ketika melakukan aktiviti team building di hotel?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *