Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

KEM MOTIVASI DI ASIA CAMP

Kem motivasi adalah antara salah satu kem yang paling kerap dijalankan di Asia Camp. Para peserta kem yang kebiasaannya terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja daripada sektor swasta atau kerajaan turut menghadiri kem motivasi di sini. Bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan pasti amat biasa dengan istilah Kem Induksi. Ia merupakan satu program latihan yang wajib diikuti oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum mereka disahkan jawatan.

Melalui program-program sebegini, para peserta akan lebih mengenali potensi diri yang seterusnya akan menjadi panduan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Selain menerapkan unsur-unsur nilai murni seperti bersyukur, pelaksanaan program seperti kem motivasi ini juga dapat mengasah minda supaya lebih kreatif dan inovatif.

Ini kerana para peserta akan disajikan dengan aktiviti indoor yang memerlukan mereka supaya berfikir secara kreatif seperti aktiviti Ice Breaking. Istilah ice breaking yang membawa maksud memecahkan ais ini adalah satu program untuk mencetuskan idea-idea di samping mencungkil bakat terpendam dalam diri para peserta.

Sering kali kita mendengar pelbagai ceramah motivasi diadakan lebih-lebih bagi bagi golongan yang menjalankan perniagaan. Bagi mereka, adalah sangat penting kepada setiap individu untuk mendapatkan kembali motivasi diri dari masa ke semasa lantaran pelbagai masalah dan dugaan yang dihadapi untuk mencapai kejayaan.

Melalui program seperti kem motivasi ini, semangat yang hampir lemau dan hilang akibat tekanan,  pengaruh negatif daripada orang lain dan rasa gagal dalam diri dapat dihindarkan. Ia juga sangat penting dalam bertujuan membantu para peserta untuk kembali mengenal hala tuju dan langkah seterusnya  untuk mereka mencapai kejayaan.

Cahaya terang sang mentari, Tasik terbentang nun di sana, Motivasi diri setiap hari, Supaya hidup lebih bermakna.

Hakikat sebenarnya semua individu tidak kira anda berada dalam bidang perkerjaan apa sekalipun, tidak terkecuali juga dalam bidang pengajian, menghadapi masalah yang sama di mana akan ada satu masa kita merasa sangat tidak termotivasi dengan keadaan sekeliling. Perasaan ini harus dibendung dengan mengikuti kem-kem motivasi diri bagi mengelakkan situasi yang lebih buruk seperti tekanan perasaan atau depression. Asia Camp adalah salah satu lokasi yang boleh menjadi pilihan untuk anda menjalankan program seumpama ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *