Kem Kepimpinanan diadakan bagi bertujuan mewujudkan ciri-ciri dan kriteria-kriteria para pemimpin yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mampu memimpin sesebuah pasukan mahupun organisasi. Melalui kaedah pendekatan jasmani dan rohani, bakat semulajadi seorang pemimpin akan dapat dikenalpasti dan dibentuk untuk menjadi ketua dan pemimpin yang baik. Seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai sifat-sifat murni iaitu tegas, adil, bersemangat, mendengar pendapat, berfikiran luas dan mampu menyelesaikan konflik dalaman dalam sesebuah organisasi mahupun pasukan.
Justeru, setiap kem motivasi yang diadakan di Asia Camp, para jurulatih kami pasti akan menyelitkan tugasan aktiviti berkumpulan untuk melihat potensi para peserta untuk menjadi pemimpin.
Kem Kepimpinan juga dijalankan bukan sahaja untuk melahirkan para pepimpin yang berwibawa, malah turut menitik beratkan semangat kerjasama dalam pasukan dan kumpulan. Seseorang ketua yang baik harus tahu untuk menyelesaikan konflik yang ada tanpa menjejaskan matlamat organisasi atau pasukan tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya salah seorang ahli pasukan tidak dapat hadir lantaran kekangan keluarga, maka seorang ketua perlu dengan segera membahagikan tugas ahli tersebut kepada ahli-ahli yang lain secara adil supaya tidak timbul isu tidak puas hati dan berat sebelah. Malah, beliau juga perlu sama-sama turun padang dalam memastikan objektif dan matlamat pasukan atau organisasi tercapai tanpa sebarang penangguhan atau masalah.
Kem Kepimpinan di Asia Camp juga akan menitik beratkan cara-cara untuk mengatasi tekanan dan konflik berpasukan. Konflik berpasukan tidak hanya merujuk kepada sesebuah jabatan sahaja, tetapi juga merujuk kepada semua Kelab dan Persatuan yang berdaftar dengan Register Of Society (ROS).
Pada setiap tahun, mana-mana kelab atau pasukan ini akan perlu menghantar pelbagai jenis laporan seperti laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan kepada pihak ROS di samping perlu menunjukkan bukti bahawa persatuan mereka bergerak aktif.
Asas Kepimpinan pula hendaklah dipupuk dari zaman kanak-kanak lagi. Bakat kepimpinan ini boleh dilihat melalui penyertaan para pelajar dalam Kadet Polis Sekolah misalnya dan juga Badan-Badan Beruniform yang lain. Justeru penyertaan para pelajar dalam Kem Kepimpinan sangat digalakkan dan pasti memberikan panduan berguna di masa hadapan.
Rembulan hilang di waktu siang, Di malam hari cahaya mencerah, Ketua pasukan ibarat tiang, Tiada tiang runtuhlah rumah.
Sebagai seorang ketua pasukan atau kumpulan, beliau perlu melantik Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk memastikan tugas-tugas diagihkan dan dilaksanakan dengan baik. Kesimpulannya, melalui aktiviti yang diselitkan dalam kem di Asia Camp, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan dalam usaha untuk menjadi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa.