Artical, Camp, Cave Stay, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

MELAWAT KEDIAMAN ORANG ASLI DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA

Melawat kediaman orang asli di Taman Negara Jerantut memberikan satu pengalaman yang sangat berharga dan berbeza dengan aktiviti-aktiviti riadah yang sering dijalankan oleh mana-mana jabatan. Pada 20.09.2019 yang lalu, Jabatan Peguam Negara telah meluangkan masa mereka untuk dengan menjalankan aktiviti survival cook.

Yang lebih menarik dalam aktiviti ini adalah di mana mereka berpeluang berkunjung ke kampung orang asli yang berhampiran dan mempelajari budaya dan kehidupan mereka. Antara aktiviti yang paling menarik adalah belajar menyumpit.  Sedikit penerangan ringkas tentang orang asli adalah di mana mereka ditakrifkan sebagai satu kelompok masyarakat yang unik dan turur diiktiraf oleh kerajaan sebagai penduduk peribumi.

Dengan melawat kediaman orang asli bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mempelajari budaya mereka tetapi juga dapat berkongsi ilmu di hutan dan kemahiran memburu. Orang asli adalah sangat sinonim dengan cara hidup di dalam hutan. Mereka tidak gentar untuk berhadapan dengan binatang buas atau tinggal bersendirian di dalam hutan.

Pengetahuan mereka tentang selok belok hutan dan isi penghuninya jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan masyarakat yang hanya membaca tentang hutan. Ini kerana golongan orang asli bukan sahaja membesar dah dilahirkan di dalam hutan, malah keseluruhan hidup mereka adalah tentang hutan.

Aktiviti melawat kediaman orang asli juga memberikan contoh terbaik konsep semulajadi teambuilding dalam kehidupan mereka sehari-harian. Tinggal dalam satu kelompok yang kecil di mana kadar populasi sesebuah kampung lebih kurang didiami dari 50 hingga ke 100 orang membuatkan mereka benar-benar akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Selain saling mengenali antara satu sama lain, salah satu sikap murni yang harus menjadi tauladan yang baik kepada masyarakat di luar adalah apabila ada di antara mereka yang berkerja di bandar, dan mendapat makanan percuma yang disedekahkan maka mereka akan mengagih-agihkan kepada seluruh penduduk kampung sehingga bekalan makanan tersebut habis.

Bukan sahaja tidak membazirkan makanan tersebut, malah dengan cara ini mereka benar-benar membina semangat berpasukan yang kukuh yang tidak perlu diajar oleh masyarakat luar.

Untuk berjaya terimalah dunia sebagaimana adanya dan bangkitlah di atasnya – Michael Korda

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *