Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

SURVIVAL COOK ILMU BERGUNA

Survival Cook adalah antara aktiviti-aktiviti yang sering diadakan di Asia Camp bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang pengalaman untuk berjuang di dalam hutan ketika bekalan makanan telah kehabisan. jika rutin harian memasak kita adalah dengan menggunakan peralatan lengkap seperti dapur gas, periuk, minyak masak sudip dan pinggan, satu situasi yang jauh berbeza dalam aktiviti ini di mana para peserta tidak dibekalkan dengan semua kemudahan tersebut.

Perkara utama yang diajar kepada para peserta adalah cara-cara menghidupkan api dengan menggunakan ranting-ranting kayu. Kaedah menggeserkan kayu dengan gerakan dari atas ke bawah berulang kali akan menghasilkan api.

Dalam Survival cook ini, para peserta akan diajar untuk melatih keazaman bahawa makanan tersebut bukan untuk memenuhi citarasa mewah, tetapi adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup supaya para peserta tidak kebuluran sekiranya mereka tersesat di dalam hutan. Ini kerana, bukan semua individu mampu menjamu makanan yang dimasak sempurna rencahnya. Justeru, aktiviti ini akan melatih para peserta berdepan dengan keadaan paling darurat dan ilmu pengetahuan untuk berjuang meneruskan kehidupan adalah paling penting dalam saat-saat sedemikian.

Sepanjang aktiviti ini juga para peserta akan didedahkan untuk menggunakan semua ciri-ciri tumbuhan sekeliling yang ada bagi menggantikan perkakas memasak di rumah. Sebagai contoh ranting kayu menggantikan sudip.

Marah hati kerana geram, Sabar dan redha menjadi pilihan, Tiada minyak tiada garam, Memasak untuk teruskan kelangsungan.

Survival Cook adalah salah satu aktiviti popular di Asia Camp yang seringkali dijalankan apabila aktiviti perkhemahan menjadi pilihan para pengunjung. Majoriti para peserta kami berpuas hati dan merasa teruja di atas perkongsian ilmu yang sukar diperolehi di tempat lain. Jika di sekolah, para pelajar diajar membaca, menulis dan mengira bagi panduan asas kehidupan, maka begitu juga halnya di Asia Camp, para peserta diajar untuk menguruskan saat-saat getir dalam tekanan yang paling tinggi supaya dapat meneruskan hidup dan mencari jalan keluar sekiranya peserta tersesat di dalam hutan.

Sumber air juga adalah yang paling utama bagi seseorang individu itu mendapatkan tenaga. Justeru, dalam aktiviti ini juga pihak Asia Camp akan mengajar para peserta untuk mecari sumber air terlebih dahulu. Semoga perkongsian ilmu daripada aktiviti ini menjadi penyelamat kepada para peserta sekiranya ditimpa kejadian tidak diingini kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *