Artical, Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

SEMANGAT SETIAKAWAN

Semangat setiakawan boleh diterjemahkan sebagai satu bentuk hubungan atau ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Semangat jitu setiakawan ini juga seringkali sinonim dengan kaum lelaki yang kebiasaannya lebih mementingkan nilai persahabatan berbanding dengan kaum wanita.

Jika diperhatikan teori ini ada benarnya kerana jarang kita dengar keluhan-keluhan daripada kaum lelaki mengenai sahabat yang menikam belakang berbanding dengan keluhan daripada kaum wanita. Asas dan tunjang kepada semangat ini adalah persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain. Sekiranya dua nilai ini dipegang kukuh maka, kebiasaanya persahabatan yang terjalin akan berkekalan sehingga mereka meniti hari tua kelak.

Semangat setiakawan ini boleh disemai melalui aktiviti-aktiviti dan program-progam di Asia Camp seperti Kem Jati Diri, Kem Motivasi, Kem Latihan Unit Beruniform bahkan juga Kem Jati Diri. Melalui program-program penerapan nilai murni sebegini, asas kepada kepercayaan sesebuah hubungan akan dititikberatkan dalam usaha untuk mencapai suatu kesepakatan yang jitu.

Nilai-nilai murni yang lain juga turut diterapkan dalam menyemai asas semangat ini di antaranya adalah semangat berpasukan, kerjasama, keberanian, bertoleransi, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Justeru dalam kem-kem yang dianjurkan oleh pihak Asia Camp akan membantu para peserta mengenal siapa diri mereka terlebih dahulu seterusnya membantu sahabat mereka pula.

Semangat setiakawan yang benar akan dapat membantu seseorang individu yang mengalami masalah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian di dunia ini. Pelbagai idea dan pengalaman yang boleh dikongsikan oleh teman-teman yang pernah mengalami situasi atau masalah yang hampir sama.

Pendekatan daripada teman-teman seperti memberikan nasihat, berkongsi kisah kepahitan hidup mereka juga terbukti dapat membantu golongan yang sedang mengalami masalah untuk menenangkan emosi dan kembali mengatur langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gunung ganang belantara dan hutan, Terbang indah si rama-rama, Semangat setiakawan asas persahabatan, Mengenang kembali memori bersama.

Justeru, Asia Camp bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin menjalankan kem latihan atau kem motivasi bagi sesebuah organisasi dan jabatan, malah sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah santai bagi sahabat-sahabat lama yang ingin mengadakan aktiviti reunion bersama. Antara aktiviti santai yang sesuai diadakan adalah BBQ dan Sukaneka. Save the date dan hubungi Asia Camp untuk tempahan dan merasai pengalaman reunion santai bersama sahabat anda untuk mengeratkan Semangat setiakawan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *