Artical, Team Building

Tips Mengurangkan Risiko Kemalangan Aktiviti Rekreasi

Tips Mengurangkan Risiko Kemalangan Aktiviti Rekreasi

Pertama sekali, jurulatih perlu menganalisa penilaian risiko untuk mencari tempat kemungkinan kemalangan. Ini merangkumi sempadan tempat melakukan aktiviti dan peralatan aktiviti.

Sempadan:

Kemungkinan terjadinya kemalangan disebabkan keadaan permukaan tanah yang tidak rata dan longkang yang tidak ditutup. Jambatan dan laluan ke tempat aktiviti juga mungkin menjadi faktor kemalangan.

Peralatan aktiviti:

Peralatan yang digunakan mestilah mempunyai rekod penggunaan dan berada di dalam simpanan selamat. Setiap kali digunakan oleh peserta, peralatan tersebut mestilah diperhatikan semula segenap punca. Penelitian barang keselamatan pasti akan memberikan jaminan yang mencukupi untuk memulakan sesuatu aktiviti.

Apabila telah kenaplasti risiko tersebut, buat tindakan serta-merta menghalang risiko tersebut. Tindakan ini mungkin boleh jadi dengan meletakkan papan tanda dan memberi arahan kepada peserta tentang risiko kemalangan tersebut.

Analisa ini mestilah dibuat pada setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Aktiviti ini tidak boleh dibuat pada waktu pagi sahaja. Setiap kali berkumpul, mesti diadakan taklimat spesifik tentang risiko aktiviti tersebut dan bagaimana risiko tersebut dapat dikawal dengan baik.

Sebagai contoh, apabila ada aktiviti flying fox, jurulatih perlu menerangkan penggunaan peralatan yang terlibat. Setelah menerangkan penggunaan peralatan terlibat, jurulatih mesti mengulan semula penerangan kepada peserta sekali lagi semasa peserta memakai peralatan keselamatan flying fox. Apabila mahu berlepas dari tempat tinggi, sekali lagi jurulatih menerangkan langkah keselamatan.  Penerangan berlapis dan terperinci ini pastilah membantu peserta di dalam melaksanakan aktiviti dengan selamat.

Kemudian, jurulatih perlu mengajar formula kemalangan dinamik kepada peserta sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

Formula ini penting bagi membolehkan peserta bertindak balas dengan punca kemalangan. Ini tentuk akan menjayakan program tersebut.

Dengan ini peserta akan mengetahui cara mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan sekaligus bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

Keseronokan untuk aktiviti melibatkan rekreasi merupakan risiko yang perlu diuruskan oleh semua pihak. Oleh itu, perhatian wajar perlu ditumpukan untuk mengurus risiko aktiviti.

 

 

 

Dihasilkan Oleh

Nazmi

Disusunkan Oleh

Mohamad Anas Bin Mustaffa dan pasukan AsiaCamp

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *