Artical, Team Building

“Sumber Risiko dalam Pengurusan Risiko Rekreasi

 Sumber Risiko dalam Pengurusan Risiko Rekreasi

Sumber risiko adalah perkara yang amat penting di dalam pengurusan risiko aktiviti rekreasi. Ini kerana, rantaian kemalangan adalah berpunca dari sumber risiko. Oleh itu, jurulatih rekreasi perlu jelas dengan sumber risiko. Ini bagi membolehkan tindakan awal dilaksanakan bagi mengelakkan kemalangan terjadi.

Kemalangan adalah suatu musibah yang memang kita tidak dapat hidu. Walaubagaimanapun, tidak adil memberikan memberikan hukuman kepada aktiviti rekreasi disebabkan kebarangkalian kemalangan yang mungkin terjadi. Ini kerana, kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Ia berlaku di dapur masak rumah, ia berlaku di tangga sekolah dan didalam toilet awam sekalipun.

Oleh itu, kita perlu faham, kemalangan adalah risiko yang memang tidak boleh dielakkan. Walaubagaimanapun, punca kemalangan boleh diuruskan. Itulah dengan menguruskan risiko. Risiko mesti diuruskan. Ia tidak boleh dibuang.

Di dalam pengenalpastian risiko, sumber- sumber risiko terbahagi kepada 3 jenis iaitu manusia, peralatan dan keadaan sekeliling. Kerana risiko berada di mana-mana dan setiap aktiviti yang dilakukan juga ada risiko tidak kira aktiviti luar atau dalam. Yang membezakan hanyalah risiko tinggi atau rendah sahaja.

Berikut adalah penerangannya:

  1. Manusia :

Direct – Kemalangan yang melibatkan jurulatih dan peserta yang sedang menjalankan aktiviti rekreasi

Indirect- Kemalangan yang tidak melibatkan orang luar dan orang yang tidak berkaitan dengan orang aktiviti rekreasi yang sedang dijalankan.

  1. Peralatan :

Kemalangan yang berlaku daripada kerosakan peralatan yang tidak diambil berat seperti bouyancy aid yang sudah tamat tarikh luput, tali terluka, ataupun berlakunya kemalangan kerana cara pemakaian yang tidak bersesuaian sebagai contohnya memakai kasut pejabat ketika membuat aktiviti memanjat dinding 12 kaki.

  1. Persekitaran

Persekitaran yang melibatkan perubahan cuaca atau kemalangan yang datangnya dari alam semula jadi seperti kepala air, runtuhan tanah dan hujan kilat. Persekitaran merupakan sumber risiko yang berlaku tanpa mengira masa dan tidak mengikut ramalan. Itulah sebabnya penting mengurus aktiviti bersama dengan jurulatih bertauliah supaya pertimbangan boleh dibuat serta-merta.

 

Dihasilkan Oleh,

Mohamad Faez Aiman Bin Hassim dan Pengurusan AsiaCamp

Disusunkan Oleh,

Mohamad Anas Bin Mustaffa dan pengurusan AsiaCamp

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *