Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi

PAKAIAN BORIA PUPUK SEMANGAT TEAMBUILDING

Pakaian boria atau memakai pakaian yang sama dan seragam bagi semua ahli pasukan adalah salah satu cara untuk menarik emosi ahli pasukan untuk menyebarkan semangat berpasukan. Memakai pakaian yang sama dan seragam bukan sahaja kelihatan menarik dan kemas malah ia juga boleh kelihatan eksklusif sekiranya ditempah khas.

Kebiasaannya sebelum ahli jawatankuasa mengendalikan mana-mana kem motivasi, mereka akan turut menentukan keperluan untuk menempah kemeja T khas yang menulis tentang aktiviti mereka. Perkara ini turut bergantung pada bajet kewangan pasukan atau jabatan tersebut. Harga sehelai kemeja T yang dicetak khas adalah sekitar lingkungan RM 25 hingga RM50 bagi setiap helai.

Melalui pakaian boria ini bukan sahaja akan lebih membangkitkan semangat ahli pasukan semasa menyertai program tersebut, malah ia juga boleh dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan bagi peserta itu sendiri.

Tambahan lagi, pemakaian baju yang sama juga akan mudah untuk membezakan ahli pasukan sendiri. Ini kerana jika sesebuah kem motivasi atau program diadakan di sebuah premis yang besar seperti di Asia Camp dan bercampur pula dengan jabatan lain, maka pemakaian baju yang seragam ini akan membantu ahli pasukan untuk mengenali sesama mereka bagi mengelakkan berlakunya kehilangan atau tercicir ahli.

Jika pada orang dewasa mungkin tidak begitu penting, tetapi bagi murid-murid sekolah rendah konsep pakaian boria ini benar-benar membantu para guru untuk memastikan setiap anak murid mereka dapat dicam dengan lebih baik.

Selain daripada itu juga tidak dinafikan sama sekali, semasa sesi bergambar, pasukan yang kelihatan seragam pakaiannya akan tampak lebih menarik berbanding pasukan yang mengenakan pakaian berbeza-beza. Cetusan emosi ahli pasukan juga akan tampak lebih gembira apabila melihat foto ahli pasukan mereka mengenakan pakaian yang sama.

Kesimpulannya, pemakaian pakaian yang kelihatan seragam dapat membantu ahli pasukan untuk merasai keseronokan program dan membantu mencetuskan semangat teambuilding dalam pasukan.

Jika anda ingin membuat perubahan kekal, berhenti memberi tumpuan kepada ukuran masalah dan mula memberi tumpuan kepada ukuran anda – T.Harv Eker

Klik disini untuk artikel serterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *