Tidak dinafikan aktiviti Flying Fox menguji keberanian setiap peserta yang cuba untuk merasai pengalaman sukan lasak tersebut. Di Asia Camp aktiviti sukan lasak ini menjadi salah satu pilihan utama para peserta kem untuk mencuba. Bagi membolehkan sukan lasak ini diadakan, perkara utama dan paling penting adalah pihak penganjur harus memastikan peralatan-peralatan sukan ini selamat dan diuji ketahanan fizikalnya terlebih dahulu.
Seperti dalam artikel keselamatan sebelum ini, adalah ditegaskan faktor keselamatan merupakan antara faktor paling utama semasa mengendalikan sebarang latihan dan kem. Walaupun tidak dinafikan tujuan utama dan khusus aktiviti Flying Fox menguji keberanian seseorang, namun segala tindakan pencegahan bagi mengelakkan kemalangan jiwa harus dititikberatkan.
Peralatan yang digunakan dalam aktiviti sukan lasak ini adalah Tali Statik, Helmet, Carabinar, Full Harbest dan peralatan-peralatan sampingan yang lain. Tali tersebut akan dipasang pada badan para peserta dan hendaklah diikat dengan kemas dan selesa mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
Ikatan tersebut tidak boleh terlalu ketat kerana akan bimbang akan menyukarkan peserta bernafas dan menggerakkan tubuh badan. Malah ia juga tidakk boleh terlalu longgar kerana dikhuatiri tidak boleh menampung tubuh badan peserta semasa tali dilayangkan dan bimbang peserta akan terjatuh keluar daripada ikatan tali tersebut.
Selain sukan Flying Fox menguji keberanian seseorang, aktiviti ini juga mempunyai pelbagai manfaat dan faedah yang lain. Selain daripada berupaya mengurangkan stress dan tekanan, aktiviti sukan ini juga memberi suatu kelainan kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan sukan ini.
Apa yang penting, sebelum aktiviti ini dilaksanakan, para jurulatih haruslah memberi penerangan jelas kepada para peserta terlebih dahulu. Langkah-langkah keselamatan perlu diterangkan pada awal semasa memasang tali dan helmet dan sekali lagi semasa peserta sudah bersedia di pelantar.
Pelantar Flying Fox adalah tempat di mana para peserta akan dilepaskan dan kebiasaannya jeritan mereka akan mula didengar sebaik sahaja mereka berlepas. Tentu sahaja jika mengikut kata para peserta, aktiviti ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan harus dicuba oleh semua yang mengikuti kem atau program latihan tersebut.
Hidup mengecut atau mengembang berkadaran dengan keberanian seseorang – Anais Nin