Prinsip keterbukaan adalah memberi peluang kepada orang lain atau sesiapa sahaja untuk menyatakan dan menyampaikan pendapatnya tanpa menutup idea mereka. Melalui pelaksanaan beberapa program-program di Asia Camp seperti kem motivasi, kem jati diri dan yang paling utama adalah kem kepimpinan mendedahkan para pemimpin tentang betapa pentingnya isu keterbukaan ini.
Dalam program seumpama ini, para peserta akan didedahkan tentang betapa ruginya sekiranya seseorang ketua atau pemimpin itu cuba untuk menutup pintu idea atau ilham orang lain. Ini kerana, setiap individu dikurniakan dengan pengalaman dan ilmu yang berbeza. Justeru, adalah penting bagi seseorang ketua untuk memahami kepentigan prinsip keterbukaan ini.
Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, maka idea baru akan bercambah hari demi hari. Lihat sahaja cara dan medium komunikasi masyarakat zaman kini jauh berbeza dengan masyarakat 3 dekad yang lalu. Jika dahulu nenek moyang kita hanya bergantung kepada posmen untuk mengutus surat demi memberikan dan mendengar khabar berita, berbeza pada hari ini dengan satu klik di hujung jari kita sudah mampu mengakses pelbagai maklumat dan info di dalam mahupun di luar Negara.
Justeru, jika tiada ketua yang mendengar idea dan ilham daripada generasi baru sebegini, tentu dunia hari ini tidak mampu merasai perubahan teknologi moden. Justeru, prinsip keterbukaan adalah perlu bukan sahaja untuk memajukan sesebuah organisasi, malah ia nyata perlu untuk memajukan sesebuah Negara.
Apabila seseorang ketua atau pemimpin ini tadi cuba untuk menutup pintu komunikasi, tidak dinafikan pada awalnya ia akan memberikan “ketenangan” kepada organisasi tersebut. Ini kerana, mereka sudah selesa berada di zon selesa tanpa perlu membuat sebarang perubahan untuk memajukan diri. Namun, apabila pihak lain atau organisasi lain sudah mula mengambil langkah untuk memajukan diri menerusi idea dan ilham baru ini tadi, barulah mereka tersedar bahawa mereka telah terlambat.
Orang kaya bermain saham, Saham menaik meningkat kekayaan, Prinsip keterbukaan menjana ilham, Idea baru meransang kemajuan.
Bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan lebih-lebih lagi menerusi pemasaran ke tahap global, adalah penting bagi mereka untuk sentiasa mencari idea baru bagi kaedah pemasaran dan memperkenalkan produk baru seiring dengan peredaran zaman. Akhir kata, sebagai seorang ketua dan pemimpin, anda perlu ada prinsip keterbukaan ini dan tidak perlu takut dengan idea orang bawahan anda.