Team Building

Kerja berpasukan

Kemahiran ini penting bagi membolehkan pelajar membuat keputusan yang bijak ketika berada di dalam kumpulan.

Keputusan bijak ini akan meningkatkan produktiviti hasil kerja yang dilakukan dalam kumpulan.

Malah, hasil kerja juga akan menjadi lebih kreatif dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kerjasama di antara ahli kumpulan.

9 Tips bagi meningkatkan hasil kerja berpasukan adalah:

  1. Tidak membebel. Terus betulkan kesilapan orang lain dengan menunjuk cara yang betul. Sikap membebel akan mengundang ketidakselesaan kepada rakan sepasukan, malah lebih buruk akan melemahkan semangat mereka.
  2. Memuji perbuatan rakan yang telah membantu memberi hasil pada kerja. Pujian akan membangkitkan semangat rakan yang lain dan menjadikan mereka  tidak malu untuk terus memberi kerjasama bagi menjayakan sesuatu tugasan.
  3. Tidak mempertahankan diri apabila dikritik. Diam bukan bererti kalah sebaliknya tindakan itu menunjukkan kematangan diri dan tidak mahu menimbulkan sebarang perbalahan. Pelajar yang pandai mengawal emosi lebih digemari rakan-rakan lain.
  4. Mempertahankan diri apabila difitnah dengan memberitahu yang betul sahaja. Tidak salah jika merasa diri difitnah dan mahu mempertahankanya. Namun jangan sampai bergaduh sesama sendiri sebaliknya beritahu guru untuk selesaikannya.
  5. Membantu rakan kerja yang kesusahan. Pelajar yang disukai ramai orang adalah yang suka menghulurkan tangan untuk membantu rakan yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu untuk membantu dengan tangan sendiri, boleh memberitahu guru atau ibu bapa mereka mengenai masalah yang dihadapi rakan-rakan itu.
  6. Berfikiran terbuka. Latih diri untuk sentiasa berfikiran terbuka terhadap cara kerja, dan cara berfikir rakan-rakan yang lain. Perbezaan ini akan berlaku dalam aktiviti atau ketika bekerja secara berpasukan.
  7.  Fahami matlamat kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memahami matlamat kumpulan supaya dapat fokus dan mengerjakan apa yang diperlukan.
  8. Sayang menyayangi sesama ahli kumpulan. Sifat ini perlu dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan supaya kerja yang dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih baik dan bersungguh.
  9. Membuat keputusan bersama. Bekerja dalam pasukan perlu mempunyai keputusan yang dipersetuji bersama. Perbincangan boleh dilakukan dan untuk mencapai keadilan lakukan pengundian. Keputusan majoriti boleh dipilih sebagai keputusan muktamad pasukan.

Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, sikap kerja berpasukan perlu diamalkan untuk meningkatkan keyakinan diri dan lebih mudah bergaul dengan orang ramai.

Cubalah bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bekerja di dalam pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.