Kemahiran ini penting bagi pelajar yang sedang meningkat remaja. Seorang remaja cenderung untuk mengalami masalah berkaitan emosi sekiranya tidak tahu cara mengatasinya.
Kebijaksanaan mengurus emosi dengan baik sangat diperlukan apabila seseorang itu berkerja di bawah tekanan.
Seseorang yang boleh berfikir dengan baik membolehkan kerja dan tugasan dilaksanakan dengan cekap serta mendapatkan hasil yang cemerlang dalam kebanyakan keadaan.
6 tips bagi mengurus emosi adalah:
1. Jangan meletakkan harapan kepada orang lain. Kita berusaha sendiri sahaja, itu yang boleh kita Kita tidak boleh mengawal orang lain.Dengan cara ini juga kita tidak mudah merasa kecewa dan berputus asa.
2. Cari tempat meluah yang betul. Pilih orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat kepada kita kerana meraka adalah orang yang betul.
Jangan meluah kepada semua orang nanti kita pula ditertawakan.
3. Sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Walaupun hati kita disakiti, namun jangan membalasanya kembali.
Sebaliknya cubalah untuk melupakan sahaja dan cuba memberi kemaafan kepada mereka. Jika mereka tidak berubah, cubalah jauhi berkawan rapat dengan golongan itu.
4. Mengetahui setiap sesuatu memerlukan proses. Banyak perkara baik tidak akan diperolehi dengan sekelip mata.
Setiap orang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Kalau kita mahukan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, perlulah berusaha untuk memberi fokus dan mengulangkaji pelajaran.
5. Bersabar dengan ujian. Sebagai manusia kita perlu tahu akan menerima ujian dari Allah. Jangan kecewa dan berputus asa sebaliknya anggaplah itu ujian untuk diri kita sebelum menerima sesuatu yang lebih baik.
Sentiasalah berkongsi masalah atau perasaan dengan rakan karib, ibu bapa atau guru.
6. Tidak terburu-buru. Sikap terburu-buru juga akan menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah dan kerugian.
Jangan terburu-buru membuat keputusan terutama dalam keadaan marah. Pelajari cara bernafas dengan betul untuk mengelak perasaan marah terus menguasai diri.
Selain itu, kita boleh mengurus emosi dengan melakukan aktiviti kegemaran apabila sedang tertekan dan marah.
Malah jangan takut untuk berkongsi rasa dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan baik mengenai masalah yang mengganggu emosi kita.
Emosi yang terpendam tanpa diluahkan kepada tempat dan melalui saluran yang betul akan merosakkan diri termasuk memberi kesan buruk terhadap prestasi dalam pelajaran.