Artical, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote

Kem Motivasi Pelajar (Siri 2)

Pengalaman Kedua Kem Motivasi Pelajar

Dalam satu kem motivasi pelajar yang lain, Admin menjadi ketua fasi bagi kem motivasi pelajar untuk adik-adik Naqib (ketua kumpulan bimbingan pelajar lelaki) dan Naqibah (ketua kumpulan bimbingan pelajar perempuan) Kolej Professional MARA di Johor. Beratnya tugasan yang diberikan ketika itu, guru-guru di sana menyerahkan sahaja bulat-bulat bagi wakil universiti yang datang membantu. Tanpa modul dan tanpa fasilitator bantuan dari pihak Kolej, kem motivasi pelajar ini harus dijalankan untuk 3 hari dan 2 malam yang mendatang. Alkisahnya, sistem Naqib-Naqibah ini adalah modul baru dari pendidikan negeri yang berkolabrasi dengan pihak Majlis Agama Negeri Johor. Mereka di Kolej Mara ini belum ada modul kepimpinan untuk kem motivasi pelajar sebegini dan masih blur untuk membina modul yang bagaimana. Apa yang ada hanya bahan-bahan untuk kem motivasi pelajar dan peralatan perkhemahan. Guru bimbingan ketika itu dari pihak Kolej seingat Admin hanya 4 orang, seorang wakil HEP, seorang ustaz dan dua guru waden perempuan. Begitu Admin dengan 2 rakan yang lain mengerah otak untuk melaksanakan  modul, mengambil-alih memberikan ucapan, memberikan tazkirah, merangka aktiviti luar dan membuat kupasan iktibar dari Al-Quran.

Perasaan Admin di ketika itu hanya 1; “ini adalah satu peluang untuk berbakti, menaburkan budi, dan menyebarkan sayap kasih dan rahmatnya Tuhan kepada alam”. Di ketika itu, konteksnya adalah adik-adik dari Kolej Mara yang inginkan input dan nilai tambah untuk bekalan dibawa balik ke Kolej mereka nanti, untuk dikongsikan dengan ratusan para pelajar kolej yang lain. Demi Allah, Admin merasakan ketika itu bebanan dakwah, pendidikan kesedaran dan jutaan rantai rasa yang berat wujud di dalam jiwa.

Mendidik masyarakat memerlukan empati dan rasa sensitif yang tinggi

Inilah dia hakikat pendidikan manusia, khususnya bagi diri yang mencarikan kebaikan. Mereka perlu dibentuk dan dicanaikan dengan acuan yang baik dan cukup dengan segala resipi dan bahannya. Hakikatnya setiap manusia adalah insan yang baik, yang mahu kembali menyucikan diri, mahu menjadi baik, mahu disayangi, mahu dihormati, dan mahu dipuji. Pengalaman 3hari 2malam di kem motivasi pelajar Johor ini membangkitkan 1001 rasa. Adik-adik peserta baik lelaki mahupun wanita tidak dibezakan. Admin layankan semua sama rata sahaja. Yang nakal ditegur, yang comel dipeluk, yang nampaknya ‘keras’ diberikan senyuman dan suapan makan, dan yang ‘liar’ dijinakkan dengan basuhan iman.

Hujungnya, semuanya menangis dan ingin bersama lagi untuk jangka masa yang lebih lama. Admin rasakan satu kemenangan di dalam jiwa.

Selain kem motivasi yang admin uruskan, kami juga ada uruskan kem motivasi berteraskan modul outdoor. Ianya boleh mengikut objektif yang pihak tuan/puan mahukan seperti motivasi pembelajaran, motivasi peperikasaan dan motivasi kerja berpasukan.

Berikut adalah contoh pengisian kem motivasi kami

 

kem motivasi

kem motivasi

 

Ini adalah contoh tentatif program di AsiaCamptentatif kem motivasi

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *