Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi

KANAK-KANAK PERMATA NEGARA – TERAPI KANAK-KANAK DALAM KEM MOTIVASI

Kanak-kanak ibarat permata Negara adalah satu cogan kata yang sering diungkapkan di medan perhubungan sosial pada masa kini. Permata adalah satu barangan kemas yang sangat mahal nilainya dan dikategorikan sebagai asset yang sangat berharga. Justeru, cogan kata tersebut cuba menerangkan tentang betapa berharganya seorang kanak-kanak dalam Negara kita kerana mereka adalah penyambung generasi akan datang.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa kini, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada beban kehidupan tersebut. Saban hari cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh mereka juga semakin bertambah. Justeru, pendedahan kepada ilmu motivasi diri dan menerangkan kepada mereka bahawa kanak-kanak ibarat permata adalah sangat digalakkan dalam semua program kem motivasi sama ada di sekolah mahupun di pusat latihan kem.

melatih kerjasama

Kepada para ibu bapa dan para guru pula, mereka harus sedar bahawa tugas utama mereka adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat kepada kanak-kanak ini. Sebagai contoh, bagi golongan ibu bapa yang berkerja dan perlu meninggalkan anak di rumah, maka mereka perlu menyediakan talian telefon untuk memudahkan kanak-kanak tersebut menghubungi ibu bapa mereka sekiranya ada kecemasan.  Selain daripada itu, memasang perakam cctv juga adalah salah satu langkah yang baik untuk menjamin keselamatan kanak-kanak di rumah.

Cogan kata kanak-kanak ibarat permata ini pada dasarnya lebih kepada menekankan aspek keselamatan fizikal kanak-kanak. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ia turut menekankan ilmu pembentukkan jati diri seawal usia mereka. Itulah sebabnya dalam kebanyakkan program kem motivasi kanak-kanak, akan diselitkan selingan terapi emosi untuk mendidik kanak-kanak ini dan menyedarkan mereka bagaimana besarnya kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dan guru terhadap mereka.

Apa yang diharapkan oleh para ibu bapa dan guru ini tadi hanyalah supaya kanak-kanak yang dididik ini akan menjadi insan yang sentiasa positif, bermotivasi diri dan mampu menguruskan diri sendiri dengan cemerlang selain bijak membahagikan masa dengan baik.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati setiap ibu bapa dan para guru melainkan melihat anak didiknya berjaya dan menjadi insan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *