KURSUS MEMBINA IMEJ KEPIMPINAN DALAM MEDIA SOSIAL
Dikemukakan kepada: ………………….
Dikemukakan oleh: ABS Digital Sdn. Bhd.
———-
- ISU DAN CABARAN
- Media sosial adalah alat kerja yang penting bagi ketua-ketua dan pemimpin. Kemahiran menggunakan media sosial sudah menjadi keperluan dalam kerjaya sebagai ketua dan pemimpin.
- Media sosial boleh menjadi pedang dua mata kepada ketua-ketua dan pemimpin. Ia boleh menaikkan imej dan kerjaya ketua-ketua, ia juga boleh merosakkan imej dan kerjaya mereka.
- Banyak ketua tidak mempunyai skill menggunakan media sosial sehinggakan mereka menjadi mangsa kepada media sosial. Akibatnya, banyak ketua-ketua yang ‘block’ akaun orang bawahan mereka sendiri.
- OBJEKTIF KURSUS
- Memberi ilmu dan skill tentang strategi dan taktikal bagaimana menggunakan media sosial sebagai alat kerja yang efektif.
- Menerangkan cara-cara mengurus risiko tersalah membuat konten dalam media sosial sehingga boleh merosakkan imej ketua.
PESERTA YANG SESUAI:
- Individu yang sekarang sudah menjadi ketua dan mempunyai orang-orang bawahan dan anak-anak buah, dan mahu meningkatkan skill menjadi ketua.
- Individu yang bekerja dan mempunyai cita-cita mahu naik pangkat menjadi ketua.
- Usahawan yang mempunyai pekerja.
- Individu yang berminat mahu menceburi secara aktif kerjaya dalam bidang politik.
- Individu yang berminat mahu menjadi pemimpin dalam pertubuhan NGO.
- Individu yang sekarang bertugas sebagai pegawai media dan menjaga akaun media sosial rasmi jabatan dan ketua mereka.
JUMLAH PESERTA: 30 orang
TEMPOH KURSUS: 3 hari 2 malam
STRUKTUR KURSUS: 40% teori 60% praktikal
TEMPAT KURSUS: Bilik latihan
LEAD CONSULTANTS: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dan Tn. Syamsul Amri Abdul Razak
LEAD TRAINERS: Pn. Muna Izzah Fadhil dan Tn. Abdul Halim Ismail.
TRAINERS: Pn. Nurhidayah Jaafar, Pn. Suhaili Ikhsan, Tn. Zulfikri Zamir, Tn. Muhammad Azmi Jamaludin, Cik Puan Azzah Abd. Rahman
TEMA DAN TOPIK DALAM KURSUS:
- Strategi membina personal branding positif dalam media sosial. Apa itu personal branding. Objektif personal branding yang sesuai untuk ketua dan pemimpin. Senarai do’s and don’ts.
- Membina imej personaliti seorang individu yang pintar, berilmu, profesional, empati, bijaksana dan likeable. Senarai do’s and don’ts.
- Simbol-simbol yang menaikkan imej ketua yang memiliki bakat kepimpinan dan ketua yang kompeten. Senarai do’s and don’ts.
- Perbezaan antara strategi membina imej kepimpinan mazhab Barat dibandingkan mazhab Nabi. Kelebihan dan kekurangan imej kepimpinan gaya Barat. Senarai do’s and don’ts.
- Imej kepimpinan dan karisma dalam budaya Asia, khususnya budaya Melayu. Senarai do’s and don’ts.
- Modal ilmu dan skill berkenaan budaya halus dan budaya tinggi supaya dapat diterima sebagai pemimpin dalam konteks budaya-budaya rakyat Malaysia. Senarai do’s and don’ts.
- Aplikasi prinsip self-monitoring dalam personal branding di media sosial. Senarai do’s and don’ts.
- Memilih konten yang mampu mengumpulkan followers. Senarai do’s and don’ts.
- Ciri-ciri tingkah laku negatif yang dikaitkan dengan personaliti narsisistik dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.
- Imej-imej publik untuk personal branding. Senarai do’s and don’ts.
- Skill bercakap menggunakan fonetiks yang berpengaruh bagi menaikkan imej ketua dan pemimpin yang karismatik. Skill ini penting bagi membuat sesi LIVE dan rakaman video.
- Bahasa Melayu tinggi. Sistem ejaan dan tanda bacaan yang betul. Kesilapan paling kerap. Senarai do’s and don’ts.
- Bahasa Melayu tinggi. Teknik bercakap bagi mencipta imej seorang yang pintar, berilmu, dan berkuasa. Senarai do’s and don’ts.
- Bercakap dan menulis menggunakan bahasa masa depan. Senarai do’s and don’ts.
- Ciri-ciri foto untuk membina imej positif dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.
- Ciri-ciri aktiviti yang sesuai dilaporkan dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.
- Strategi menjawab teguran dan kritikan dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.
- Strategi menjawab pertanyaan sensitif dari wakil media dan wartawan. Senarai do’s and don’ts.
TAMAT