Artical, Kem Latihan & Rekreasi

Tips Semasa Menghadapi Kecemasan

Tips Menghadapi Kecemasan

 

 

Kecemasan ketika berlaku kebakaran semasa berada di dalam bangunan. Sebagai contoh jika kebakaran itu berlaku tingkat yang tinggi. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuka tingkap bagi mengeluarkan asap, Dan perkara ini juga dapat menarik perhatian orang ramai. Kemudian, menggunakan pakaian yang basah untuk menutup hidung supaya asap itu tidak dihidu. Merangkak untuk keluar dari tempat berlaku kebakaran.

 

Sekiranya Anda sesat semasa melakukan aktiviti hiking, jungle trekking, dan orietering, Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mencari punca air seperti sungai, tasik, dan paya. Kemudian mencari tempat perlindungan yang tidak terlalu dekat dengan punca air. Jika berlaku hujan dan paras air sungai melepasi paras bahaya anda selamat kerana telah memilih kawasan perlindungan yang sesuai. Di sini anda mempunyai dua pilihan iaitu membuat isyarat kecemasan atau mencari kawasan kampung yang berhampiran dengan pergi ke kawasan yang tinggi.

 

Kenapa berlakunya dehidrasi dan cara untuk mengatasinya. Jika berlaku dehidrasi ketika berada di dalam hutan, Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mencari tempat teduhan, kemudian mencari kawasan air untuk merendam kaki mangsa dan memastikan pakaian yang dipakai oleh mangsa tidak terlalu ketat yang boleh menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas. Kemudian, lap air keseluruh badan mangsa untuk menstabilkan suhu badan. Akhir sekali, pastikan mangsa tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak sehingga boleh menyebabkan mangsa boleh tercekik

 

Dihasilkan Oleh

Farhan

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *