Team Building

Cara Ingin Menjadi Jurulatih Rekreasi Malaysia

BAGAIMANA CARA INGIN MENJADI JURULATIH REKREASI MALAYSIA

Oleh : NOORILDA OMAR

Artikel ini adalah tentang cara menjadi jurulatih rekreasi di Malaysia. Rekreasi Luar telah menjadi satu kegiatan atau gaya hiudp yang sangat popular. Ia dahulunya hanyalah sekadar hobi dan dijadikan sebagai aktiviti waktu lapang.

Kini, ianya telah menjadi satu kerjaya yang sangat diminati di Malaysia. Ianya juga telah menjadi satu elemen yang popular bagi pengisian aktiviti latihan.

Oleh kerana ia melibatkan aktiviti luar, aktiviti ini mempunyai pengurusan risiko tersendiri. Oleh itu, seseorang yang ingin mengendalikan aktitiviti rekreasi perlu kompeten dan bertauliah.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) bertanggungjawab mentauliahkan Jurulatih Rekreasi di Malaysia. Ianya diselia dan diselaraskan bersama dengan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM).

Terdapat 3 peringkat di dalam proses untuk menjadi seorang Jurulatih Rekreasi :-

Peringkat 1 – Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 (OUTREC 1)

Di dalam kursus ini peserta akan diberikan pendedahan dan pengenalan asas rekreasi .

Mereka juga akan melalui beberapa aktiviti yang wajib sebagai elemen asas rekreasi. Antara aktiviti yang wajib adalah :-

i) Asas dan Etika Perkhemahan

ii) Asas Pertolongan Cemas

iii) Asas Simpulan dan Ikatan dan Aktiviti Tali Tinggi

iv) Asas Kayak dan Aktiviti Air

v) Asas Panduan Hutan, Kembara dan Ikhtiar Hidup

vi) Pengenalan Kompas dan Peta Di penghujung kursus peserta mesti melalui sesi ujian kefahaman. Sekiranya lulus, barulah mereka layak untuk ke peringkat seterusnya.

Tempoh kursus : 4 hari 3 malam

Peringkat 2 – Kursus Kemahiran Rekreasi Luar Tahap 2 (OUTREC 2)

Kursus ini akan lebih menumpukan kepada kemahiran peserta di dalam aktiviti-aktiviti rekreasi. Peserta dikehendaki untuk melalui kesemua aktiviti di atas secara intensif.

Mereka juga perlu menguasai kemahiran teknikal dan keselamatan bagi setiap aktiviti. Peserta seterusnya perlu menduduki ujian kemahiran dalam bentuk pembentanga dan bertulis.

Peserta yang berjaya akan ditawarkan untuk menjalani saringan bagi peringkat seterusnya.

Tempoh kursus : 8 hari 7 Malam

Peringkat 3 – Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Kebangsaan Tahap 3 (OUTREC 3)

Peserta yang berjaya menyertai kursus ini adalah peserta yang terpilih semasa saringan. Peserta mestilah menguasai sepenuhnya kemahiran di dalam rekreasi luar.

Mereka akan membentangkan secara lisan dan bertulis sebelum melaksanakan setiap aktiviti. Setiap aktiviti juga dirancang dan diselaraskan oleh peserta sendiri. Peserta wajib mempunyai daya kepimpinan serta daya tahan fizikal yang tinggi.

Semua peserta wajib menjalani ujian bertulis dan lisan sebagai penamat kursus. Mereka juga wajib untuk melengkapkan log mengajar sebelum ditauliahkan sebagai Jurulatih Rekreasi. Seorang Jurulatih Rekreasi perlulah mempunyai minat yang mendalam di dalam rekreasi.

Kesungguhan dan fokus yang tinggi juga adalah elemen penting untuk berjaya. Ketahanan dan kemampuan fizikal juga perlu diberi perhatian.

Tempoh kursus : 10 hari 9 malam

One thought on “Cara Ingin Menjadi Jurulatih Rekreasi Malaysia

  1. Pn Aisah Abdullah says:

    Boleh beri saya harga utk seorg (tahap 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *