Team Building

PULAU TIOMAN

PULAU TIOMAN

Oleh : NOORILDA OMAR

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya berada di Negeri Pahang.

Ia juga terkenal dengan pantai-pantai yang menarik dan menjadi lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling. Pulau ini terdiri daripada 4 kampung utama.

Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung Salang dan juga Kampung Air Batang. Pulau ini juga boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing dan juga Jeti Tanjung Gemuk.

Antara 5 aktiviti menarik di Pulau Tioman adalah :

i. Menyelam di Pulau Tioman

Menyelam di sini merupakan syurga kepada penggemar aktiviti menyelam yang mempunyai lesen menyelam. Kawasan perairan dan dasar laut yang banyak pembentukan batu karang yang menarik.

Dasar lautnya juga banyak menyimpa

 

n rahsia yang misteri dengan besemadinya kapal-kapal yang karam. Anda juga boleh melakukan penyelaman di waktu malam.

ii. Snorkeling

Pantai pulau tioman

Snorkeling merupakan salah satu cara untuk menikmati kehidupan dasar laut. Anda boleh membuat tempahan daripada pengusaha chalet.

Terdapat banyak lokasi-lokasi snorkeling yang menarik di sini. Antaranya Pulau Rengis, Pulau Tulai, Taman Laut dan Monkey Bay.

iii. Island Hoping

 

Mengelilingi pulau (Island Hopping) juga adalah salah satu aktiviti yang polular di sini kerana anda boleh menyusuri dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Terdapat beberapa buah pulau disekitar Pulau Tioman yang boleh anda kunjungi.

iv. Air terjun

Pulau Tioman juga mempunya beberapa air terjun. Dimana anda boleh bermandi-manda dan berkelah .

Salah satu yang popular adalah Air Terjun Asah yang terletak di Kampung Mulut di selatan Pulau Tioman.

v. Mendaki

Mendaki juga antara aktiviti menarik di sini. Gunung Nenek Semukut dan pasangannya Batu Simau mempunyai ketinggian kira-kira 703 meter dari aras laut dan menjadi sebahagian daripada lagenda pulau indah di Negeri Pahang.

Gunung Kajang pula adalah puncak tertingi di Pulau Tioman. Ked

 

udukannya yang berada di tengah-tengah Pulau Tioman menjadikan ia sebagai tulang utama pulau ini.

Boleh lihat lebih maklumat disini : https://asiacamp.my/pakej-pulau-tioman/

CARA KE PULAU TIOMAN DARIPADA KUALA LUMPUR

 

Pulau Tioman boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu dari Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki feri.
Disini disertakan beberapa cara untuk pergi ke Pulau Tioman daripada Kuala Lumpur.

1. Menaiki Bas

 

i. Ke Jeti Mersing, Johor

Dari Terminal Bas Bersatu (TBS) anda boleh menaiki bas dari mana-mana syarikat bas yang ke Jeti Mersing. Disarankan untuk anda menaiki bas yang paling akhir iaitu sekitar jam 11 malam. Ini kerana, setibanya di Jeti Mersing anda boleh terus mendapatkan tiket feri ke Pulau Tioman. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam. Setibanya di Jeti Mersing anda hanya perlu berjalan sekitar 10 ke 15 minit ke Jeti.

 

ii. Ke Jeti Tanjung Gemuk, Pahang

Dari Terminal Bas Bersatu (TBS) anda boleh menaiki bas dari mana-mana syarikat bas yang ke Jeti Tanjung Gemuk. Memandangkan perjalanan dari (TBS) mengambil masa sekitar 5 ke 6 jam, disarankan untuk anda menaiki bas paling akhir iaitu sekitar jam 11.30pm. Ini kerana, setibanya di jeti Tanjung Gemuk anda boleh terus ke jeti untuk menunggu atau membeli tiket feri paling awal ke Pulau Tioman. Setibanya di stesen bas Tanjung Gemuk, anda hanya perlu berjalan sekitar 5 ke 10 minit ke Jeti.

2. Menaiki Kenderaan Sendiri

Jika memandu menggunakan kenderaan sendiri, jeti yang paling dekat adalah Jeti Tajung Gemuk. Boleh juga pergi ke Jeti Mersing sebagai pilihan jeti.

Bagi mereka yang penat memandu dari jauh, Air Papan di Mersing boleh menjadi lokasi menarik untuk berehat selama 1 malam sambil menikmati keindahan pantai Mersing.


Anda boleh menggunakan Lebuhraya berikut :-

Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

– Dari Kuala Lumpur > Kuantan > Pekan > Rompin > Tanjung Gemuk. Anggaran masa perjalanan sekitar 4 jam.

Lebuhraya Urata-Selatan (PLUS)

– Dari Kuala Lumpur > Seremban > Bahau > Muadzam Shah > Rompin > Tanjung Gemuk. Anggaran masa perjalanan sekitar 3 jam setengah.
– Dari Melaka > Tangkak > Segamat > Muadzam Shah > Rompin > Tanjung Gemuk. Perjalanan sekitar 2 setengah sehingga 3 jam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *