Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building, Technology

BELAJAR ILMU LATIHAN KEBAKARAN DI ASIA CAMP

Pendidikan dan latihan kebakaran semakin menjadi salah satu ilmu yang diajar kepada masyarakat tidak mengira peringkat umur. Jika di sekolah, para murid, pelajar dan guru akan didedahkan secara lansung tentang ilmu dan latihan ini melalui badan beruniform kadet bomba manakala jika bagi golongan dewasa yang telah berkerja khususnya sektor kerajaan, satu kursus akan dijalankan bagi mendedahkan ilmu berguna ini.

Secara ringkasnya, pihak jabatan bomba dan penyelamat akan mengadakan satu ceramah dan pembelajaran awam tentang bahaya-bahaya kebakaran kepada kumpulan sasar. Dalam ceramah tersebut akan diterangkan sifat-sifat api dan punca kebakaran yang diselitkan dalam ilmu pendidikan dan latihan kebakaran.

Selain itu juga, pihak bomba juga akan menerapkan konsep pencegahan kebakaran dan mengadakan latihan bersama yang dipanggil “Mork Drill” dalam sebuah bangunan untuk memberi pendedahan kepada situasi sebenar dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran.

Semua premis yang berdaftar juga hendaklah mematuhi arahan sistem keselamatan bomba dengan menyediakan pemadam api dan memastikan pemadam api tidak luput tarikhnya. Penyusunan yang mengikut kesesuaian barang-barang dengan tempat yang dikhaskan mengkikut kadar mudah bakar juga adalah perlu terutama bagi sektor kerajaan dalam isu penyimpanan dokumen kerajaan.

Selain itu juga, pengenalan kepada lif bomba menjadi salah satu aspek penting semasa pendidikan dan latihan kebakaran ini dijalankan. Lif bomba adalah lif yang boleh diambil milik bagi kegunaan esklusif ahli bomba semasa kecemasan. Ini bermaksud jika bukan pada waktu kecemasan, kebiasaannya lif bomba ini tidak dibenarkan untuk digunakan oleh orang awam.

Keperluan khusus bagi lif bomba termasuklah kereta lif itu sendiri, lubang lif dan juga bilik mesin lif. Lif bomba direka khas dengan keutamaan kuasa elektrik yang dibekalkan dan memudahkan saluran paip bomba untuk dibawa masuk ke dalam.

Image result for lif bomba

Sistem pembuangan asap juga adalah salah satu modul yang didedahkan semasa pendidikan kebakaran ini. Ia bertujuan untuk mengeluarkan asap dalam bangunan supaya memudahkan para penghuni melepaskan diri secepat mungkin dan mengelakkan daripada lemas dalam kepulan asap. Semua ilmu yang berguna ini penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa semasa kebakaran.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *