Team Building

Aktiviti menarik di Tanjung Karang

Aktiviti menarik di Tanjung Karang

Banyak aktiviti menarik di Tanjung Karang yang boleh dilakukan apabila berkunjung dengan keluarga. Pilihan melancong dengan rakan rapat atau rakan pejabat juga menjadi salah satu pelan yang boleh dirancang bersama-sama.

Tanjung Karang terkenal dengan sawah padi nya yang teratur. Pengeluarannya sangat tinggi disebabkan bentuk muka bumi dan tanah yang subur. Tambahan pula, dengan adanya palong yang panjang, sawah padi terus menghijau dan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Gambar berlatarbelakangkan palong dan sawah bendang inilah yang biasanya dijadikan sebagai port OOTD mereka yang berkunjung disini.

Selain suasana kampung yang mengingatkan memori lama, banyak aktiviti menari disini boleh dilakukan. Lokasi Tanjong Karang juga tidaklah jauh dari pusat bandar. Ini menjadikan ia sebagai salah satu tempat tarikan pelancongan yang baru disini.

Jangan terkejut, apabila berkunjung dengan famili pada waktu puncak seperti cuti sekolah dan cuti umum, penginapan semuanya akan penuh. Penulis sendiri ada beberapa pengalaman berhubung dan berkomunikasi dengan pelancong yang ingin mencari penginapan saat akhir. Penuh.

Lokasi Tanjong Karang terletak antara penghujung Selangor yang bersempadankan dengan Perak. Pengunjung perlu melalui TanjongKarang untuk melalui Sabak Bernam yang merupakan daerah sempadan terakhir sebelum tiba ke Perak.

Sebelum sampai ke Tanjung Karang, pengunjung boleh singgah ke Kuala Selangor. Banyak tempat menarik disitu juga antaranya seperti:

  • Taman Alam

Jika datang waktu pagi, kita boleh melihat banyak burung mencari makan. Ini adalah tempat dimana telah dinamakan sebagai “bird important area”. Kawasan pinggir laut dan muara sungai yang bersifat hutan paya bakau memberikan banyak sumber makanan untuk burung. Oleh itu, tempat ini menjadi tumpuan burung mencari makan di waktu pagi. Jika ada binocular atau teropong, boleh dibawa. Antara port bergambar yang best juga.

  • Bukit Melawati

Adakala boleh naik ke atas menggunakan trem, adakala boleh menggunakan kereta. Disini, pengunjung boleh layan view dan panorama tepi pantai yang sangat indah. Bukit inilah banyak kesan tinggalan sejarah. Ia sangat sesuai untuk menjadi tempat lawatan sambil belajar kepada anak-anak mahupun diri sendiri.

Apabila tiba di puncak, berhati-hati dengan monyet silver leaf dan lutung. Ia sangat comel dan kelihatan jinak. Pastikan apabila memberi makanan kepada mereka, terus diberi. Jangan di acah atau dimarah-marah. Ini mengundang bahaya. Sebaik-baiknya ambil gambar sahaja tanpa perlu memberi makanan kepada mereka.

  • Meriam Penggawa

Dikatakan meriam ini pernah meletup 3 kali disini. Monumen sejarah ini dibalut dengan kain kuning menjadi kenangan kesultanan melayu pada zaman dahulu. Ada beberapa meriam lama juga kelihatan disini.

Meriam ini digunakan untuk menentang Belanda. Dikatakan meriam ini akan meletup setiap kali pertabalan sultan Selangor.

  • Menaiki Sampan melihat kelip-kelip di waktu malam

Ini pengalaman rare untuk pengunjung. Pengunjung akan melihat video tayangan berkaitan kelip-kelip sebelum memulakan aktiviti.  Kemudian pengunjung akan menaiki bot dengan memakai peralatan keselamatan iaitu life jacket.

Apabila tiba di satu tempat, pasti nya pengunjung terkejut dengan ribuan lamp kecil yang dihasilkan oleh sejenis serangga. Ia dipanggil kelip-kelip. Pokok berembang yang terdapat di situ menjadi tarikan kepada kelip-kelip. Ini kerana ia menjadi sumber makanan kepada kelip-kelip,

Perhatikan kelip-kelip tersebut, ia berkelip dengan serentak semuanya!

Tempat-tempat lain yang ada disini adalah:

  • Muzium Sejarah Daerah Selangor

  • Kuala Selangor Lighthouse

  • Perigi Beracun

Oleh itu, kepada keluarga yang ingin datang ke Tanjung Karang, disarankan supaya datang awal untuk berjalan-jalan di Kuala Selangor. Ianya hanya satu jalan ke Tanjung Karang.

Berikut adalah aktiviti menarik yang boleh dicuba di Tanjong Karang bersama dengan keluarga:

  • Melawat bendang padi di waktu pagi sambil melihat matahari naik atau terbenam

Ramai pengunjung yang bertanya kami tentang musim padi. Untuk pengetahuan pengunjung, sepanjang masa akan ada musim padi kerana tanaman padi di sini akan di tanam secara berperingkat. Ada satu kawasan sedang menuai, ada satu kawasan yang akan dituai. Ada kawasan lain yang sedang ditanam padi. Ada yang separuh masak.

Disitu, lorong-lorong kampung dikenali sebagai parit dan tali air. Selepas parit 1 akan ada lorong tali air 1, kemudian parit 2 diikuti tali air 2. Begitulah seterusnya. Diantara lorong kecil sepanjang parit ianya dipanggil ban. Contohnya, Parit 1 memiliki 4 lorong kecil iaitu ban 1, ban 2, ban 3 dan ban canal. Begitu juga lorong yang lain.

  • menaiki trem pusing Sungai Sireh

Trem disediakan di Parit 1 di Ban Canal. Ia terletak di pusat pengurusan Agrotourism Homestay Sungai Sireh. Pusat ini menyediakan perkhidmatan trem pada pukul 8.00 pagi selang setiap jam.

Pastinya seronok apabila berjalan-jalan dengan keluarga besar bersama-sama. Trem adalah kemudahan kenderaan yang tepat untuk pengunjung yang datang lebih 10 orang. Sambil berjalan dan melayan angin yang menghempas muka, sekali-sekala bolehlah mengambil gambar keluarga dan panorama sekeliling.

  • Memancing dengan gaya tradisional di bendang padi Parit 1

Jangan salah faham, ia bukan lah untuk penggemar atau kaki pancing. Aktiviti ini dibuat untuk mereka yang ingin meluangkan masa dengan keluarga atau rakan-rakan ketika bercuti. Melayan karenah teman ketika memancing sangatlah menyeronokan. Umpan dan pancing khas disediakan. Bahkan pada mereka yang tidak mahu memasang umpan sendiri, guide akan bantu.

Ikan seperti puyu, haruan dan keli. Pasti menjerit keseronokan apabila ikan lekat dimata kail. Lokasi memancing pula menjadi pilihan utama aktiviti ini dipilih kerana biasanya guide akan bawa keluarga atau teman betul-betul di sebelah bendang.

Banyak lagi aktiviti menarik di Tanjung Karang iaitu:

  • Menaiki bot di Ban Canal bersebalahan hutan simpan

  • Pantai Redang

  • Menaiki basikal bersama keluarga di bendang

  • Mandi palong

Selamat melancong ke Tanjung karang!

 

Leave a Reply