Kursus & Latihan

Tips Menulis Artikel

Tips Menulis Artikel

Tips menulis artikel ini ditulis kerana ia adalah konten di dalam menarik pelanggan datang kepada kita. Konten mesti hidup. Jenis konten mesti menarik perhatian.

Panduan jenis konten ini akan memudahkan kita untuk menyusun jadual pengeluaran konten yang berkualiti.

konten yang boleh menarik trafik adalah tajuk yang mampu menghentikan mata pembaca. Ada 6 asas jenis konten yang boleh dibuat untuk menghidupkan konten:

1. Konten yang menerangkan “list” seperti tips dan panduan .

Semua konten bentuk “list” boleh dimulakan dengan nombor.

Contohnya:

  • 5 tips memilih kem cuti sekolah yang terbaik untuk anak-anak.
  • 5 tempat menarik yang boleh dilawati pengunjung di Kuala Selangor

2. Konten “how-to” adalah pilihan mudah mendapatkan idea tajuk konten .

Konten ini akan banyak menerangkan bagaimana keperluan/kehendak pelanggan dapat diselesaikan.

Contohnya:

  • Bagaimana membuat kari kepala ikan dirumah?.
  • Bagaimana saya merancang percutian di Sekinchan bersama keluarga?
  • Apakah cara saya menjimatkan percutian saya di Tanjung Karang, Selangor.

3. Konten berbentuk “Q&A”.

Konten ini akan menceritakan masalah yang terjadi dan menjawab masalah tersebut.

Contohnya:

  • konten berbentuk frequently asked questions (FAQs).

4. Konten tentang “success story”.

Konten ini menceritakan apakah pengalaman yang dilalui oleh pelanggan sehingga berjaya menyelesaikan masalah dengan produk kita.

Contohnya:

  • Pengalaman kali pertama saya pergi ke Taman Negara Malaysia.
  • Percubaan berani mati saya ke perkampungan sawah bendang Tanjung Karang

5. Konten bersifat “new”.

Ia seperti konten yang selari dengan praktis baru, pengumuman dan rahsia yang sangat berguna kepada pelanggan.

Contohnya:

  • Terkini!, Rahsia rumah sejuk tanpa menggunakan penghawa dingin.
  • Ramai orang tak sangka, sawah padi di Tanjung Karang banyak tempat menarik untuk dilawati

6. Konten tentang “industri news”.

Contoh nya, kes ini: Baru-baru ini, berlaku peningkatan pengunjung secara mendadak di Tanjung Karang. Ini kerana, pengunjung Kuala Lumpur tidak boleh merentas negeri. Mereka telah memilih Tanjung Karang sebagai destinasi pelancongan. Perminataan naik mendadak, gosip-gosip ramai keluarga yang terpaksa balik kerana tidak dapat menempah penginapan menjadi “industry news”.

Sebarang pengumuman polisi dan peraturan baru yang berkait rapat dengan bisnes kita akan menghasilkan trafik yang berkualiti.

Contohnya:

  • Kesalahan mendaki yang ramai orang tidak tahu berdasarkan peraturan kerajaan.
  • 5 kejutan apabila melancong ke Sekinchan
  • Tak sangka, ramai terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana tidak menempah awal penginapan disini

Leave a Reply