Team Building

Homestay di Tanjung karang

Homestay di Tanjung Karang

Ramai orang bandar telah memilih Homestay Tanjung Karang sebagai destinasi percutian keluarga. Pada waktu artikel ini ditulis, tempahan naik mendadak. Ramai yang kecewa apabila telah sampai di sini, tidak dapat menempah bilik untuk menginap.

Ini mengejutkan semua pemilik homestay disini. Pengunjung yang ingin melawat kawasan kampung perlu membuat tempahan awal bagi mengelakkan perlu berpatah balik ke bandar akibat tiada penginapan.

Baiklah, apa yang menjadi tarikan disini sehingga menjadi tumpuan pelancong dari bandar. Saya senaraikan 5 tarikan disini untuk memudahkan pengunjung merancang perjalanan.

a. Kawasan riadah di awal pagi.

Selepas Subuh, ada penunggang basikal menunggang basikal, ada keluarga yang berjalan kaki dan ada sekumpulan pula berjogging. Yang tentunya, mereka ingin melihat kehijauan bendang yang luas mata memandang. Tambahan pula, udara dan bau kampung yang mengingatkan ramai pengunjung pada zaman kecil mereka.

Selain kehijauan bendang, dapat melihat embun di hujung daun kebun juga menjadi terapi yang sangat menenangkan kepada pengunjung yang menginap di homestay Tanjung Karang

b. Melihat kebun orang kampung

Selepas berjogging atau berjalan-jalan di kebun, pengunjung yang berkeluarga membawa anak-anak ke kebun. Pasti meriah melihat gelagat anak-anak meneka nama pokok. Tambahan pula, melihat pokok yang sudah berbuah memberikan kesempatan kepada keluarga untuk bergambar.

Antara pokok yang ditanam oleh orang kampung adalah seperti betik, nanas, pisang, pokok kelapa. Bahkan pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis, pulasan duku, cempedak dan nangka juga mudah dilihat disini.

c. Memancing di bendang.

Inilah aktiviti lapang anak-anak kampung dan bahkan kepada belia dan veteran disini. Jika mengikut tradisinya, anak-anak kampung bukan sahaja memancing ikan, bahkan mereka memancing belut disini. Ada juga yang menjala, menangguk dan menjolok lubang-lubang menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan ikan.

Untuk pengunjung, memancing dibendang bukanlah seperti aktiviti memancing yang memerlukan masa dan peralatan yang canggih. Ianya menggunakan rod batang seakan-akan buluh dan umpan cacing. Ini sangat sesuai untuk berehat bersama dengan keluarga di bendang-bendang.

Antara ikan yang ditangkap adalah seperti ikan puyu, ikan keli dan ikan haruan. Ada juga sesetengah tempat dapat dipancing ikan belida. Ikan sepat juga boleh didapati disini, cuma ikan sepat tidak memakan umpan kebiasaannya.

d. Makan di restoran kampung

Tanjung Karang terkenal dengan restoran yang kreatif. Restoran ini termasuklah

  • Restoran Dangau Rimba Ikan Bakar
  • Restoran Dinding Gelas Besar
  • Warung Ibu Nasi Ambeng
  • Satay Hut
  • Suraida Seafood Batu 10 Tanjung Karang
  • Di Yang Mee Udang
  • D’Rimba Shellout
  • DC IKAN BAKAR
  • Restoran Pantimor 1
  • Mee Udang Banjir Tanjung Karang
  • Nasi Goreng Melimpah

e. Menaiki trem pusing bendang

Pada keluarga yang datang dengan jumlah kuantiti lebih dari 2 kereta, adalah dicadangkan menggunakan perkhidmatan trem. Berjalan-jalan di satu kenderaan besar di kampung pasti memberi keseronokan kepada seisi keluarga.
Bentuk trem yang terbuka memudahkan peserta untuk melihat penuh kecantikan kampung Tanjong Karang. Sewaan trem dari RM300, membolehkan keluarga untuk pusing ke sekitar bendang dan berehat di tepi Sungai Ban Canal sambil makan makanan ringan yang dijual disitu.

f. Mencabut serai

Serai adalah bentuk seakan-akan daun lalang. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan herba malar hijau. Ia tumbuh dalam bentuk selongok.
Ia dikenali sebagai tanaman dapur. Biasanya ia ditanam di belakang rumah orang kampung. Tujuaannya adalah mudah untuk orang rumah yang mahu masak mengambil dan membersihkan serai.
Serai yang segar, kembung dan kebasahan memiliki bau yang lebih harum dan enak untuk dibuat sebagai rencah rasa tambahan masakan.
Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman mencabut serai dan membersihkan serai, inilah masanya. Sekali seumur hidup mungkin. Serai yang dicabut dan dibersihkan boleh dibawa balik untuk kegunaan dapur nanti.

Penutup

Sebenarnya , banyak lagi aktiviti disini yang boleh dibuat. Nanti kami akan kongsikan di artikel yang lain pula. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.