ASAS SUKAN MEMANAH
Memanah adalah satu sukan yang semakin dikenali dewasa ini. Sekiranya anda memilih Asia Camp sebagai lokasi utama untuk menjalankan kem bina diri dan pelbagai aktiviti outdoor telah berada dalam senarai poket anda, maka di sini suka cita ingin kami kongsikan pelbagai aktiviti outdoor yang bukan sahaja mencabar fizikal malah mencabar mental para peserta juga. Melalui aktiviti riadah yang lasak ini para peserta akan dapat mempelajari cara untuk membentuk kerjasama, semangat berpasukan dan pastinya ia bakal menjadi suatu pengalaman istimewa yang akan dikenang-kenang hingga ke akhir hayat. Antara aktiviti-aktiviti outdoor yang boleh dijalankan di Asia Camp adalah Abseiling , Orienteering , Flying Fox , Obstacle Course , Night Walk , Survival Cooking, Explorace , Memanah , Asas Pertolongan Cemas, Berakit, Karaoke, Sukaneka, BBQ, Camp Fire, Jungle Tracking dan Treasure Hunt.
Justeru, dalam artikel kali ini para pembaca akan sama-sama mengenali dengan lebih dekat apa itu asas memanah secara keseluruhannya. Bermula dengan pengenalan kepada sejarah sukan memanah, seterusnya akan kami kongsikan teknik-teknik memanah bagi sang amatur dan juga kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti sukan memanah ini. Malah, kami juga berbesar hati untuk berkongsi foto-foto para peserta yang pernah menyertai acara memanah di Asia Camp sebelum ini untuk tatapan para pembaca dan bakal peserta kem di Asia Camp. Diharapkan semoga dengan perkongsian ilmu dalam artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
HERO MEMANAH – ROBIN HOOD
Bagi sesiapa yang meminati filem Hollywood, pastinya anda akan mengenali watak Robin Hood yang dikenali sebagai seorang lelaki yang hebat memanah. Terbaru, watak Robin Hood telah diberi nafas baru oleh aktor hebat Hollywood iaitu Jeremy Renner. Robin Hood adalah watak lelaki yang digambarkan mempunyai daya ketangkasan dalam sukan memanah di mana setiap bidikan anak panahnya pasti menepati sasaran dan memukau tumpuan para penontonnya.
Dewasa ini, sukan memanah semakin mendapat tempat di hati setiap generasi tidak kira muda ataupun tua. Malah, aktiviti sukan memanah ini bukan sahaja dipertandingkan dalam temasya sukan kebangsaan, malah ia juga sudah dijadikan hobi bagi sesetengah individu mahupun kumpulan. Hobi memanah ini sama kaedah dan pelaksanaannya seperti individu yang meminati aktiviti memancing atau bermain futsal. Para pemanah perlu mempunyai perlatan sendiri bagi memudahkan mereka untuk sentiasa berlatih. Malah, seiring dengan peredaran zaman juga, jika dahulunya sukan memanah ini hanya mampu disertai oleh golongan elit sahaja lantaran kos yang agak mahal untuk memiliki set peralatannya namun demikian, ternyata sekarang golongan sederhana juga sudah mampu memiliki peralatan memanah yang sesuai dengan bajet perbelanjaan mereka. Harga pasaran adalah sekitar RM 300.00 – RM3000.00 bagi satu set lengkap peralatan memanah. Apa yang membezakannya adalah dari segi kualiti ketahanan dan kestabilan anak panah apabila dibidik mengenai sasaran.
PENGENALAN SUKAN MEMANAH
Memanah adalah merujuk kepada seni, amalan, atau kemahiran untuk melonjakkan anak panah dengan menggunakan sebuah pusar. Memanah juga melibatkan perbuatan melepaskan anak panah kepada sasaran untuk ketepatan daripada jarak yang ditetapkan. Sukan memanah ini dapat digambarkan juga sebagai sukan yang memerlukan ketahanan badan terutama di bahagian lengan bahu dan ketajaman penglihatan. Aktiviti memanah ini ditemukan melalui bukti sebuah lukisan yang terdapat di gua lama di negara Sepanyol. Sebuah lukisan yang berusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masihi telah ditemui dengan menggambarkan masyarakat pada zaman itu menggunakan aktiviti memanah untuk mendapatkan sumber makanan. Sumber rujukan fakta daripada Majalah Dewan Pelajar.
SEJARAH SUKAN MEMANAH
Pada sekitar tahun 1900, sukan memanah mula dijadikan sebagai salah satu acara sukan olimpik di paris. Diikuti seterusnya pada tahun 1904 di saint louis dan pada tahun 1920 di Belgium. Walau bagaimanapun, sukan memanah ini tidak lagi dipertandingkan dalam sukan olimnpik selepas tahun tersebut kerana tiada peraturan yang tetap tentang pertandingan itu. Walau bagaimanapun, sekitar tahun 1931, the federation international de TiRAL’ arc (FITA) telah ditubuhkan dalam usaha untuk memperkenalkan dan mempopularkan sukan memanah ke segenap pelosok dunia. Selepas FITA menggubal undang-undang pertandingan sukan memanah, sukan ini kembali dimasukkan menjadi salah satu acara dalam sukan olimpik pada tahun 1972 di Munich. Selain menganjurkan kejohanan memanah peringkat antarabangsa, FITA juga bertanggungjawab untuk menjaga dan mengiktiraf semua rekod dunia dalam sukan memanah. Di Malaysia, sukan memanah berada di bawah naungan dan kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Pada peringkat sekolah pula, sukan memanah berada di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996, sukan memanah dipertandingkan buat pertama kalinya pada peringkat MSSM. Kejohanan ini diadakan bagi bertujuan mencungkil bakat baharu generasi muda yang berpotensi mewakili negara pada peringkat yang lebih tinggi.
CARA MEMANAH
Terdapat LAPAN cara dan teknik memanah yang perlu diketahui oleh bakal-bakal pemanah yang boleh dikongsikan bersama untuk pengetahuan bersama. Pertama sekali adalah STANCE iaitu posisi semasa berdiri iaitu merujuk kepada keadaan atau posisi kaki sewaktu berdiri di atas lantai atau tanah. Teknik yang kedua adalah memasukkan anak panah atau NOCKING THE ARROW. Ini adalah gerakan asas memanah dengan menempatkan atau memasukkan ekor atau hujung panah di tempat anak panah (nocking point) pada tali busar serta meletakkan gandar (shaft) pada sandaran yang telah disediakan. Teknik yang ketiga pula adalah gerakan memanah atau dipanggil HOOKING AND GRIPPING THE BOW. Gerakan ini adalah dengan menempatkan atau mengaitkan jari di tali setelah anak panah atau nocking point terpasang dengan betul. Teknik yang keempat pula dipanggil gerak tarikan awal atau SET –UP. Dengan kata lain, kekuatan tekanan jari tangan pada tali semasa tarikan penuh (full-draw) kira-kira 30%. Kemudian pada jari tengah sekitar 50 % hingga 60% dan jari manis adalah 20%. Teknik yang kelima pula adalah teknik memanah atau DRAWING di mana teknik ini dilakukan dengan menarik tali busar sehingga menyentuh bahagian dagu, bibir dan hidung serta dilanjutkan dengan menjangkarkan tangan penarik tali di dagu. Manakala teknik yang keenam pula adalah dipanggil ANCHORING iaitu gerakan asas semasa memanah dengan menjangkarkan tangan penarik kepada bahagian dagu atau rahang. Teknik yang ketujuh dalam sukan memanah adalah AIMING AND EXPANSION iaitu gerakan dengan mengarahkan atau menempatkan titik alat pembidik tepat berada pada titik sasaran. Akhir sekali, teknik yang kelapan adalah Pelepasan atau RELEASE di mana pemanah perlu merehatkan jari penarik tali agar anak panah dapat terbang ke sasaran dengan baik sekaligus mengenai sasaran yang dikehendaki. Semoga LAPAN teknik memanah ini dapat memberi gambaran kepada bakal-bakal pemanah untuk menambah pengetahuan dalam sukan ini. Namun demikian, gambaran yang lebih jelas akan dapat difahami sekiranya anda menonton video di link kami. Sumber rujukan fakta daripada Majalah Dewan Pelajar DBP.
Tekun bertukang memaku rumah, Memaku bersama tukul dan pahat, Sukan memanah adalah sunnah, Bersama kita mengejar manfaat.
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN AKTIVITI MEMANAH
Seperti biasa, serangkap pantun akan diselitkan oleh kami kepada para pembaca dan pada artikel kali ini pantun di atas berkisar tentang manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi daripada aktiviti sukan memanah ini. Terdapat lapan kelebihan yang ingin dikongsi oleh kami di Pihak ASIA CAMP bersama para pembaca. Yang pertama adalah melalui aktiviti memanah ini seseorang individu itu dapat meningkatkan kekuatan mental dan daya fokus kerana pemanah perlulah mengetahui kaedah membebaskan minda mereka daripada sebarang bentuk gangguan dan sekaligus memberikan tumpuan penuh kepada sasaran. Kelebihan yang kedua adalah melalui aktiviti memanah ini juga dapat melatih manusia untuk bertenang dan menstabilkan emosi. Sukan memanah ini sangat menitikberatkan keseimbangan badan. Sekiranya emosi seseorang pemanah itu berada dalam keadaan tertekan maka, panahannya adalah berisiko besar untuk tersasar. Kelebihan yang ketiga pula adalah sebagai senama minda di mana sukan ini memerlukan proses mengawal minda semasa pemanah sedang fokus. Kelebihan yang keempat pula adalah melalui sukan memanah ini seseorang individu itu dapat menambah kekuatan pada bahagian atas badan. Ini kerana, satu momentum tenaga yang besar diperlukan untuk memegang busar dan menarik anak panah. Kelebihan yang kelima pula adalah melalui aktiviti memanah ini pemanah akan dapat meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari kerana perbuatan memegang busar, memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah ialah aktiviti yang melatih kestabilan jari dan tangan semasa memanah. Kelebihan yang keenam pula adalah melalui aktiviti memanah akan dapat meningkatkan ketajaman menganalisis koordinasi tangan dan mata. Ini kerana, semasa melepaskan anak panah, seseorang pemanah itu perlu tahu melalui ketajaman minda, mata dan naluri sebelum melepaskan anak panah yang berkualiti dan mengenai sasaran. Kelebihan yang ketujuh pula adalah memanah dapat meningkatkan keyakinan diri. Ini kerana semasa memanah, pemanah perlu memberikan tumpuan 100% dan memperbaiki keyakinan diri dalam memastikan anak panah mengenai sasaran. Kelebihan dan maanfaat yang kelapan yang ingin kami kongsikan bersama para pembaca adalah aktiviti memanah ini salah satu Sunnah Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang beragama ISLAM. Diharapkan dengan perkongkisan kelapan-lapan manfaat daripada aktiviti memanah ini dapat menambah ilmu pengetahuan kepada para pembaca dan bakal pengunjung di Asia Camp.
PUSAT RIADAH DAN KEM MOTIVASI ASIA CAMP
Asia Camp adalah sebuah syarikat yang beroperasi di lokasi yang strategik dan mempamerkan keindahan alam semulajadi sebagai konteks utama. Beroperasi di Kerling dan Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor menjadikan lokasi Asia Camp jauh dari hiruk pikuk kota raya. Asia Camp juga terletak antara kaki Bukit Jaluran Banjaran Titiwangsa dan sebelah Sungai Selangor. Kedudukan muka bumi yang strategik ini menjadikan Asia Camp lengkap dengan sungai, hutan belantara dan keindahan gunung ganang. Maka, keistimewaan inilah yang menjadikan Asia Camp sangat sesuai untuk sebarang aktiviti team building seperti perkhemahan dan pelbagai aktiviti lasak outdoor yang lain. Dengan keluasan yang ada juga memudahkan para psesrta untuk menjalankan aktiviti sukan seperti MEMANAH.
Selain itu, Asia Camp bukan sahaja mempunyai kapasiti yang sangat luas sehingga boleh menempatkan 1000 orang peserta dalam satu masa, namun Asia Camp juga mempunyai 72 unit asrama, 40 buah dewan dan 50 orang jurulatih yang bertauliah dan mempunyai sijil pentaulihan yang sah. Ruang kapasiti dewan yang cukup luas sehingga boleh memuatkan 1000 orang dalam satu masa turut memberikan pilihan kepada para peserta sekiranya sebarang aktiviti outdoor tidak dapat dijalankan lantaran kekangan cuaca atau faktor keselamatan, maka tentu sahaja aktiviti indoor yang mencabar minda dan membentuk sahsiah keperibadian boleh diadakan. Bakal pengunjung adalah sangat dialu-alukan untuk memuatnaik fail ini untuk pelbagai info lanjut dan diharapkan semoga ia dapat membantu tuan puan :Booklet AsiaCamp
Antara para peserta yang pernah merasai pengalaman menyertai sukan memanah di Asia Camp adalah kakitangan daripada syarikat tudung muslimah yang sangat popular iaitu dari Bella Ammara dan Sugarbelle team. Kami dia Asia Camp sangat berbangga dan merasa bertuah kerana telah diberi kepercayaan oleh Staf dan kakitangan Bella Ammara untuk memberikan khidmat terbaik kepada mereka. Sesungguhnya kehadiran anda benar-benar memberi inspirasi dan semangat kepada kami bagi usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan di Asia Camp.
PENGALAMAN PARA PESERTA
Salam.
First of all, terima kasih utk 2 hari yang super osem. Mmg tak rest sepanjang 2 hari ni (in a good way ya �). Miss and sir trainer mmg best & sporting. A fun way to relieve all stress from working. Accomodation 5�. Makanan 5�.
Again, many thanks and all the best in future.
-Peserta Program IKRAM, 16 & 17 Sept ’17.– AFNAN ASMADI –
Went there with my coursemate on 13-14 Oct 2017, greeted with smiles and going through unexpected experiences . Will go there again if all my friends willing to . Affordable and adventurous � loving their services , friendly and understanding . My favourite part was the night walking, candle light challenge and water activities ������� –
– FATIEYN NADIEYA
You can find the best outdoor activities here, and very helpful trainers. Kipidap asiacamp??
– ANI ZAHIDAH YAHYA-
A spacious venue, delicious food, and most importantly helpful and cooperative camp manager. Special thanks to Ms. Mani and En, Azizan for hosting us for Projek Kalsom 22 Motivational Camp.
– Syed Hadi Arief –
Kemudahan aktiviti darat di dalam kem terbaik, penamahbaikan kemudahan aktiviti air dan alternatif tempat aktiviti air dan trekking hutan perlu ditambah. Aktiviti tambahan di luar kem perlu dicari sebagai menyempurnakan pilihan kepelbagaian selera pelanggan.
– Rodzuan Ramli-
Tempat latihan outdoor yang sangat-sangat mencabar dan menarik. Pelbagai aktiviti outdoor yang mencabar yang terdapat di Kem Asia KKB. Dengan keindahan alam semulajadi disekeliling. Recommended.
– Khairi Hazique-
TERUS KE LINK KAMI
Untuk mendapatkan info-info terkini, kepada anda bakal peserta di asia camp boleh terus ke link laman muka buku kami iaitu https://www.facebook.com/asiacamp.ap Anda juga boleh terus menghubungi kami dia talian 017-246 4456.
HUBUNGI KAMI
Alamat AsiaCamp adalah Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asia Camp juga mempunyai dua lagi tempat perkhemahan yang boleh dijadikan pilihan kepada bakal pengunjung iaitu bertempat di Taman Negara Pahang, National Park, Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang, dan Cabin Sg. Sireh, Lorong Ban 4, Parit 1 45400 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia (Homestay Sg. Sireh Area).
Kepada bakal pengunjung kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang pakej harga dan aktiviti dan sila hubungi kami di Asia Camp di talian 017-2464456 atau layari laman web kami di http://www.asiacamp.my/ . Kami juga SANGAT mengalu-alukan sebarang pandangan membina untuk kami sama-sama memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.