Artical, Camp, clients, sembang santai rekreasi

AKTIVITI JUNGLE TREKKING DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT

Aktiviti jungle trekking atau berjalan dan meninjau keunikan dan keindahan dalam isi hutan adalah antara aktiviti yang pasti disertai oleh setiap pengunjung di Asia Camp, Taman Negara, Jerantut, Pahang. Dikategorikan sebagai Hutan Dara yang membawa pengertian bahawa hutan di Jerantut, Pahang ini adalah masih kekal asli dan terpelihara khazanahnya, menjadikan para pengunjung bakal terpesona dengan keindahan yang disajikan.

Bukan sahaja pemandangan hutan belukar dan pokok-pokok yang jarang dijumpai di kota raya, malah terdapat juga pelbagai haiwan dan hidupan lain yang turut sama berkongsi habitat dan meneruskan kelansungan kemandrian spesis mereka di dalam hutan ini.

Aktiviti jungle trekking biasanya akan diadakan pada waktu siang dengan dimulakan melalui serba ringkas penerangan daripada jurulatih yang akan mengawasi para peserta sepanjang perjalanan. Semasa penerangan dijalankan, para peserta turut dimaklumkan dengan kod kecemasan sekiranya terjadi sebarang jenis kemalangan. Adalah penting untuk para peserta mengambil berat akan setiap penerangan yang diberikan oleh jurulatih tersebut.

Selain daripada itu, para peserta juga sangat tidak digalakkan untuk berpecah dengan ahli kumpulan bagi mengelakkan kehilangan arah dan menjadi sesat di dalam hutan. Pelbagai jabatan yang pernah menyertai Kem Jati Diri di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang ini, rata-rata mereka bersetuju bahawa aktiviti jungle trekking ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru.

Lebih-lebih lagi apabila mereka berpeluang untuk melawat perkampungan orang asli dan melihat sendiri gaya hidup mereka yang masih lagi dianggap primitif namun tiada tekanan komitmen. Selain berpeluang mempelajari ilmu kehidupan orang asli seperti memanah dan memasak gaya rimba, peserta yang menyertai aktiviti ini rata-rata merasa teruja melihat keunikan flora dan fauna yang masih lagi diperlihara dan tetap dipulihara sentiasa.

Justeru, sekiranya ada di antara penganjur kem, atau ketua jabatan atau pihak pentadbir kolej dan universiti yang ingin mencari lokasi kem yang dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi hutan dan mengadakan aktiviti jungle trekking, di samping ingin mengenali dengan lebih dekat kehidupan orang asli maka, Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang pasti memenuhi semua ciri keperluan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *