Artical

KETEPATAN MASA : MENDIDIK DISPLIN DI KEM MOTIVASI / KEM AKTIVITI OUTDOOR

Tidak dapat dinafikan, ketepatan masa adalah antara perkara yang paling penting dalam mengendalikan pelbagai urusan pada era moden yang serba mencabar ini. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya masyarakat mengabaikan masa dan lansung tidak mahu menghargai masa lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan orang sekeliling. Disinilah AsiaCamp memainkan peranan di dalam kem aktiviti outdoor untuk memastikan peserta bukan sahaja dapat pengalaman yang menyeronokan, bahkan mereka akan mendapat pembelajaran yang sangat berguna untuk diaplikasikan.

Antara masalah yang akan timbul akibat tidak menepati dan menghargai masa adalah :-

  1. Konflik dalam pasukan mudah tercetus
  2. Kerja yang sepatutnya siap dalam jangka masa pendek menjadi tertangguh
  3. Kos kewangan meningkat bagi sesuatu projek
  4. Pembelajaran menjadi sia-sia dan tidak difahami.

Semua perkara negatif di atas akan terjadi sekiranya ilmu ketepatan masa tidak difahami dan dipraktikkan dengan baik. Justeru, adalah menjadi salah satu intipati dalam setiap modul kem motivasi untuk menekankan kepentingan menghargai masa seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, seorang pelajar akan diajar untuk membuat jadual rutin harian bermula dari bangun pada awal pagi sekitar 6 pagi setiap hari. Jadual tersebut bersambung kepada rutinnya untuk pergi ke sekolah dan bermain di waktu petang. Manakala apabila waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk membuat ulangkaji dan menyiapkan jadual untuk keesokan harinya. Setelah semua selesai pelajar juga diajar tentang kepentingan tidur yang berkualiti bagi menjamin kesihatan.

Image result for contoh jadual pelajar

Menghargai ketepatan masa bukan sahaja penting bagi para pelajar tetapi ia juga adalah penting bagi golongan dewasa yang telah berkerjaya dan berumah tangga. Seringkali kita mendengar rahsia kejayaan tokoh-tokoh hebat di mana antara perkara utama dalam kehidupan mereka adalah teknik yang betul dalam menguruskan masa.

Melalui pengurusan masa dalam kem motivasi juga, peserta akan dibimbing supaya lebih menghargai masa yang ada pada waktu sekarang, dan bukannya mengenang masa lampau yang menyedihkan atau berfikir terlalu buruk tentang masa hadapan yang masih belum pasti.

Sebagai contoh, seseorang pelajar yang merasa rendah diri lantaran keputusan peperiksaan yang tidak cemelang perlu lebih banyak menghabiskan masa dengan mengenal pasti bakat dan kebolehan terpendam yang ada dalam diri. Mereka juga tidak digalakkan untuk sentiasa berfikir negatif tentang masa hadapan seperti mereka tidak akan berpeluang untuk membina kerjaya pada masa kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *