Kecemerlangan individu atau sesuatu organisasi itu sangat berkait rapat dengan transformasi diri dan penyediaan perancangan masa depan yang strategik. Kebijaksanaan seseorang individu atau organisasi dalam melakukan perubahan dapat membantu merancang masa depan dengan lebih tersusun dan mengurangkan peratusan kegagalan di dalam hidup.
Professor Dr. Muhaya dalam siri-siri terapinya menyatakan transformasi diri ini membawa kepada pembangunan jiwa insan yang menjana kecerdasan akal dan emosi seseorang. Ini dapat dilakukan dengan melihat kepada 4 teras utama yaitu;
- kesedaran tentang diri
- keupayaan menguruskan diri
- kesedaran sosial dan peranannya
- kemahiran untuk bermasyarakat
Secara keseluruhannya, transformasi diri ini boleh dijayakan dengan mengenali diri, mengembangkan dan menyerlahkan potensi diri, dan seterusnya menggilap kecemerlangan yang ada di dalam diri. Melalui transformasi diri inilah akan membawa kepada perubahan sikap, kemahiran seseorang, mind-setting dan kemahiran dalam menilai dan berfikir secara inovasi dan kritis ke atas setiap sesuatu di dalam seluruh aspek kehidupan.
Contoh yang mudah, di dalam setiap organisasi terdapat individu-individu yang mempunyai perwatakan dan kemahiran yang berbeza. Apa yang membezakan dari satu individu kepada individu yang lainnya ialah kesedaran terhadap kekuatan dan kelemahan dirinya. Jika Pekerja A yang bersifat introvert (pemalu) tapi mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengurusan dan koordinasi diberikan tugasan berucap di khalayak ramai dan menjadi ketua, kemungkinannya membawa kepada kegagalan. Begitu juga jika Pekerja B yang bersifat extrovert (sejenis aktif dan out-spoken) jika diberikan tugasan mengurus di belakang tabir mungkin juga membawa kepada kemusnahan. Oleh itu, pentingnya setiap individu dan pemimpin itu mengenali ahlinya dan berusaha mengembangkan potensi diri bagi menghasilkan produktiviti dan kecemerlangan bersama yang lebih memberangsangkan.
Oleh kerana itu, modul-modul transformasi diri yang digunapakai di dalam siri-siri latihan di Asia Camp khususnya amat penting untuk membantu sesebuah organisasi dan individu yang memerlukan terapi pembangunan insan dan kecemerlangan diri ini.