Fungsi Salam Semut dan Team Building Skill

Pernah dengar tentang salam semut?

Tahukah anda apa itu salam semut? Bagaimana ia berlaku?

Pelik, salam semut pun jadi hal yang kecoh ke?

 

Relax guys! Bukan kecoh tapi nak korang tahu yang salam semut ini ada kaitan dan fungsinya yang besar dalam melatih team building skill. Salam semut ini adalah satu contoh aktiviti team building yang selalu digunapakai dalam kebanyakan kem kepimpinan, kem motivasi dan yang seumpamanya di negara kita.

Fungsi aktiviti salam semut ini mudah sahaja. Bertujuan membina kesefahaman, menguatkan ikatan dan bermaafan bila ada berlaku kesalahan sepanjang bersama. Bukankah ia satu elemen yang penting dalam team building?

Seperti semut melagakan pipi akan menyebabkan interaksi dan persentuhan di antara individu dan komuniti, sekaligus menguatkan hubungan sesama sendiri

 

Haa…korang pernah nampak tak macam mana semut bersalam? Bila berlanggar dari arah yang berlainan, kan ke semut tu macam bercium seketika untuk beberapa saat? Kadang-kala kita nampak dari line yang dah terputus dan berterabur, lepas bersalam semut, semut-semut kecil tu berbaris semula dan masuk dalam barisan. Soleh dan comel sangat semut-semut tu. Korang soleh dan comel macam gitu tak lepas salam semut? 🙂

Antara lainnya, konsep salam semut ini juga penting dalam membina team building. Analoginya mudah. Berbalik semula kepada kisah semut kecil tadi. Semut takkan mampu membina sebuah busut semut yang besar, atau mengumpulkan makanan yang banyak dengan kapasiti seekor semut. Alahai, korang tengoklah sendiri besar manalah sangat perut semut dan badan seekor semut kecil kan? Namun, dengan kekuatan ribuan semut yang bersatu-padu, yang rajin, bertoleransi dan bersama-sama, semut-semut kecil tadi mampu membina apa yang dikatakan mustahil buat semut.

Ingat movie Disney pasal A Bug’s Life dan Antz? Kisah semut-semut kecil yang dibuli oleh sekumpulan belalang dan tentera semut yang sombong. Konsepnya mudah, bersatu padu dan bercerai roboh. Semut yang kecil tadi bersama-sama bergandingan bahu dan mewujudkan team building yang kuat mampu mengalahkan dan menghalau kumpulan belalang dan tentera semut yang kerek tadi.

So, apa yang korang boleh belajar dari team building dan salam semut ini? 5 benda guys:

1) Merendah diri dan bermaafan jika diri bersalah

2) Bersama-sama dalam apa juga keadaan

3) Rajin berinteraksi akan menjernihkan masalah

4) Sentiasa sequence dan bertoleransi

5) Sentiasa senyum dengan yang lain

 

Jangan lupa salam semut tau bila buat salah pada kawan dan sekeliling! 

Ingat semut, ingat salam semut! 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>