takut akan ketinggina juga meruapakan salah satu ketakutan dalam hidup

Mengatasi Ketakutan Dalam Hidup

Takut merupakan musuh senyap kepada diri. Rasa takut adalah suatu perasaan yang diciptakan Tuhan untuk melindungi manusia kerana adanya ancaman, musibah atau bencana dari luar yang akan menyebabkan mudarat kepada diri. Ketakutan dalam hidup yang utama itu haruslah dikembalikan kepada Tuhan kerana Dialah yang merupakan Sang Pencipta dan Pemilik kepada seluruh kehidupan manusia.

 

Namun demikian, dengan alpanya manusia, kini ketakutan itu telah berubah bentuk dan menghinggap jauh sehingga menjadi barah di dalam seluruh kehidupan manusia. Akhirnya, ketakutan ini menjadi tentangan terbesar kita yang merayap dari faktor-faktor yang tidak diketahui dan secara membabi-buta.

 

Ketakutan dalam hidup ini mampu hadir dalam pelbagai bentuk dan wajah, yang kebanyakannya melibatkan prestasi dan reputasi diri. Seringkali ketakutan ini terdengarnya logik, namun kadangkala ia berubah menjadi tidak logik jika ditakuti secara berlebihan.

 

Apakah ketakutan dalam hidup yang digeruni oleh kita?

  • Apakah saya akan gagal dalam hidup? …kerana musnahnya keputusan yang bagus? Hilangnya pekerjaan? Punahnya bisnes diri?
  • Bagaimana mungkin hidup di masa depan dengan tabungan yang sedikit? Tiada tabungan? Hutang-piutang yang berlonggok di keliling pinggang?
  • Mungkinkah juga takut akan sakit yang ada di dalam diri? Sakit kanser yang menghadir? Mungkin menjadi lumpuh, pekak atau buta.
  • Sesetengah yang lain takut tiadanya kebahagiaan diri. Diri yang tidak berkahwin, tiada anak, tiada yang menyayangi akan dilupakan orang. Tiada yang akan menemani hidup.
  • Ada yang lebih menjurus kepada prestasi diri seperti takut berucap di khalayak ramai, takut memimpin, takut dimalukan dan diperli oleh yang lain.
takut akan ketinggina juga meruapakan salah satu ketakutan dalam hidup

Takut akan ketinggian juga merupakan salah satu ketakutan dalam hidup

 

Hakikatnya, ketakutan ini merupakan satu anugerah dari Tuhan. Ia perlu diacu dan disalurkan kepada laluan yang menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi diri untuk terus bangun dan maju di dalam hidup. Oleh itu, ketakutan ini merupakan satu faktor yang perlu dihadapi dan dikuasai. Hanya dengan menguasai ketakutan yang ada di dalam diri, kita akan mampu menjadi lebih kuat, lebih bertenang, dan bersabar menghadapi kehidupan.

 

“There is no illusion greater than fear”. – Lao Tzu

Gembira dan Bahagia Membantu Pengurusan Stress Individu

Gembira dan bahagia adalah suatu yang sangat subjektif. Pepatah Barat ada mengatakan, “happiness is a place between too much and too little”. Sangat susah untuk menceritakan bagaimana seseorang itu gembira dan bahagia bukan?

Namun begitu, gembira dan bahagia ini boleh diukur atau dinilai melalui 7 aspek utama di dalam kehidupan. Sesetengah ahli psikologi telah mencadangkan bahawa kebahagiaan terdiri daripada tiga elemen yang berbeza; (1) kehidupan yang menyenangkan, (2) kehidupan yang baik, dan (3) kehidupan yang bermakna (Seligman, 2002; Seligman & et., 2005). Secara dasarnya, 7 aspek ini saling berkait dan mempengaruhi di antara satu sama lain.

7 elemen bahagia yang saling berkait dalam kehidupan manusia

Inilah fungsi kami di Asia Camp, menyumbang bakti kepada masyarakat dengan membantu untuk membangunkan dua (2) aspek utama yang mempengaruhi gembira dan bahagia di dalam diri setiap ahli masyarakat. Di Asia Camp, kami membantu meningkatkan aspek fun/fufillment (keseronokan atau kehendak) dan aspek fitness (kesihatan).  

Ini boleh dilihat kepada kelebihan pusat latihan dan rekreasi Asia Camp dari aspek geografi atau lokasinya serta modul yang ditawarkan oleh Asia Camp. Lokasi kem adalah di pekan Kuala Kubu Bharu yang terkenal di kalangan masyarakat setempat dengan kawasan hijau yang masih dara. Unsur alam sekitar dan hijau adalah kekuatan utama kem ini yang digemblengkan bersama modul latihan yang seimbang bagi memenuhi 2 aspek utama ukuran gembira dan bahagia manusia. Faktor gembira dan bahagia ini amat penting kerana ia merupakan pull-factor kepada pengurusan stress dan mental seseorang individu.

Antara modul aktiviti yang terdapat di Asia Camp yang pastinya membawakan rasa fun dan memberikan kesan positif kepada pengurusan stress di kalangan peserta

Kami yakin, apabila seseorang itu bergiat aktif di dalam permainan dengan menggunakan alatan yang sesuai, ia akan mempengaruhi pemikiran positif dan mood yang lebih santai dan gembira.  Permainan dan aktiviti luar khususnya yang melibatkan alam hijau seperti berkayak, bermain air, abseiling, jungle trekking, dan sebagainya mempunyai daya tolakan kepada pemikiran yang lebih positif, berkeyakinan dan membantu mengawal stress di dalam diri peserta. Hasilnya akan membawa kepada individual yang lebih percaya diri, bersyukur, gembira, self-esteem yang tinggi, menghargai diri dan orang sekitar.

Oleh itu, keperluan kepada pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp ini amat penting bagi membantu anggota masyarakat menguruskan stress, dan membangunkan semula Happiness Quotient (HQ) – kuasa kebahagiaan diri untuk terus menjalani kehidupan yang baik di masa mendatang.

“ONCE YOU START LAUGHING YOU START HEALING.”

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Jangan berlengah lagi, izinkan kami membantu anda secepat mungkin. Hubungi staff untuk bantuan: