takut akan ketinggina juga meruapakan salah satu ketakutan dalam hidup

Mengatasi Ketakutan Dalam Hidup

Takut merupakan musuh senyap kepada diri. Rasa takut adalah suatu perasaan yang diciptakan Tuhan untuk melindungi manusia kerana adanya ancaman, musibah atau bencana dari luar yang akan menyebabkan mudarat kepada diri. Ketakutan dalam hidup yang utama itu haruslah dikembalikan kepada Tuhan kerana Dialah yang merupakan Sang Pencipta dan Pemilik kepada seluruh kehidupan manusia.

 

Namun demikian, dengan alpanya manusia, kini ketakutan itu telah berubah bentuk dan menghinggap jauh sehingga menjadi barah di dalam seluruh kehidupan manusia. Akhirnya, ketakutan ini menjadi tentangan terbesar kita yang merayap dari faktor-faktor yang tidak diketahui dan secara membabi-buta.

 

Ketakutan dalam hidup ini mampu hadir dalam pelbagai bentuk dan wajah, yang kebanyakannya melibatkan prestasi dan reputasi diri. Seringkali ketakutan ini terdengarnya logik, namun kadangkala ia berubah menjadi tidak logik jika ditakuti secara berlebihan.

 

Apakah ketakutan dalam hidup yang digeruni oleh kita?

  • Apakah saya akan gagal dalam hidup? …kerana musnahnya keputusan yang bagus? Hilangnya pekerjaan? Punahnya bisnes diri?
  • Bagaimana mungkin hidup di masa depan dengan tabungan yang sedikit? Tiada tabungan? Hutang-piutang yang berlonggok di keliling pinggang?
  • Mungkinkah juga takut akan sakit yang ada di dalam diri? Sakit kanser yang menghadir? Mungkin menjadi lumpuh, pekak atau buta.
  • Sesetengah yang lain takut tiadanya kebahagiaan diri. Diri yang tidak berkahwin, tiada anak, tiada yang menyayangi akan dilupakan orang. Tiada yang akan menemani hidup.
  • Ada yang lebih menjurus kepada prestasi diri seperti takut berucap di khalayak ramai, takut memimpin, takut dimalukan dan diperli oleh yang lain.
takut akan ketinggina juga meruapakan salah satu ketakutan dalam hidup

Takut akan ketinggian juga merupakan salah satu ketakutan dalam hidup

 

Hakikatnya, ketakutan ini merupakan satu anugerah dari Tuhan. Ia perlu diacu dan disalurkan kepada laluan yang menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi diri untuk terus bangun dan maju di dalam hidup. Oleh itu, ketakutan ini merupakan satu faktor yang perlu dihadapi dan dikuasai. Hanya dengan menguasai ketakutan yang ada di dalam diri, kita akan mampu menjadi lebih kuat, lebih bertenang, dan bersabar menghadapi kehidupan.

 

“There is no illusion greater than fear”. – Lao Tzu

Memberi kritikan merupakan satu modul refleksi diri yang perlu diambil-berat oleh setiap orang

Memberi Kritikan Membina

Menerima dan memberi kritikan membina merupakan satu rahmat. Oh wow. Bagaimana kritikan dari orang lain terhadap diri kita itu dianggapkan seba rahmat? Mari kita lihat kritikan ini dalam sudut pandang yang berbeza.

 

Tahukah anda, di luar sana ratusan syarikat-syarikat besar seperti McDonalds, Starbucks, PizzaHut dan Google sendiri menjadikan budaya memberi kritikan membina ini sebagai satu kaedah untuk membangunkan yang lain?

 

Kaedah ini dikenali sebagai What What Why sistem yang menggunakan 3 elemen utama yaitu; Connect, Discover & Respond. Kaedah ini merupakan tabiat yang dibentuk dan dirancang secara khusus untuk membantu orang lain dalam memberitahu perbezaan di antara satu titik perbuatan (kesilapan) kepada satu titik perubahan yang lebih baik.

 

Contohnya dalam budaya kerja Starbucks, kaedah memberi kritikan membina ini dikenali sebagai ‘The Latte Habit Loop’. Para pekerja Starbucks diajar mengenali kemahuan para pelanggan mereka yang datang dalam pelbagai bentuk perasaan. Loop atau relung laluan itu dipecahkan lagi kepada 3;

  1. Isyarat (cue) – mood pelanggan yang datang (kadangkala pelanggan datang dalam keadaan marah, bengang dengan situasi hidup, terburu-buru hendak cepat dan lain-lain)
  2. Rutin (routine) – memahami kehendak pelanggan dan memberikan rawatan yakni servis yang terbaik
  3. Ganjaran (reward) – diberikan dalam bentuk free gift, servis layanan yang terbaik, pujian atau kredit point dari Pengurus kepada pekerja, atau dalam bentuk produk Starbucks itu sendiri

 

Beginilah caranya Starbucks menukarkan kemahuan (kedua-dua pekerja dan pelanggan mereka) menjadi kebiasaan; dengan memilih tingkah laku tertentu dari masa ke masa, dan kemudian memahami rutin dan memberikan rawatan yang terbaik kepada mereka. Rawatan di sini adalah kritikan membina yang diberikan sama ada dalam bentuk perkataan, perlakuan, mahupun sentuhan perasaan dan sebagainya.

 

Kritikan membina penting dalam memajukan diri dan merangsang perubahan dalam diri individu

Kritikan membina penting dalam memajukan diri dan merangsang perubahan dalam diri individu

 

Jika dinilai semula, inilah juga aspek yang digunapakai di pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp. Kita menggunakan pendekatan memberikan kritikan membina kepada peserta sebagai modus operandi dalam merangsang daya berfikir, membukakan ruang dan titik perubahan dan membentuk seseorang individu itu untuk lebih progresif dan berdaya tahan.

 

“Taking constructive criticism from others is required to get to the next level” – Wendy Starland

 

Mengenali potensi diri memerlukan cerminan dari individu lain dan persekitaran

Transformasi Diri Asas Kecemerlangan

Kecemerlangan individu atau sesuatu organisasi itu sangat berkait rapat dengan transformasi diri dan penyediaan perancangan masa depan yang strategik. Kebijaksanaan seseorang individu atau organisasi dalam melakukan perubahan dapat membantu merancang masa depan dengan lebih tersusun dan mengurangkan peratusan kegagalan di dalam hidup.

 

Professor Dr. Muhaya dalam siri-siri terapinya menyatakan transformasi diri ini membawa kepada pembangunan jiwa insan yang menjana kecerdasan akal dan emosi seseorang. Ini dapat dilakukan dengan melihat kepada 4 teras utama yaitu;

  1. kesedaran tentang diri
  2. keupayaan menguruskan diri
  3. kesedaran sosial dan peranannya
  4. kemahiran untuk bermasyarakat

 

Kemahiran bersosial di dalam modul team building misalnya mampu mengeratkan hubungan di antara individu untuk lebih toleransi dan setiakawan

Kemahiran bersosial di dalam modul team building misalnya mampu mengeratkan hubungan di antara individu untuk lebih toleransi dan setiakawan

 

Secara keseluruhannya, transformasi diri ini boleh dijayakan dengan mengenali diri, mengembangkan dan menyerlahkan potensi diri, dan seterusnya menggilap kecemerlangan yang ada di dalam diri. Melalui transformasi diri inilah akan membawa kepada perubahan sikap, kemahiran seseorang, mind-setting dan kemahiran dalam menilai dan berfikir secara inovasi dan kritis ke atas setiap sesuatu di dalam seluruh aspek kehidupan.

 

Contoh yang mudah, di dalam setiap organisasi terdapat individu-individu yang mempunyai perwatakan dan kemahiran yang berbeza. Apa yang membezakan dari satu individu kepada individu yang lainnya ialah kesedaran terhadap kekuatan dan kelemahan dirinya. Jika Pekerja A yang bersifat introvert (pemalu) tapi mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengurusan dan koordinasi diberikan tugasan berucap di khalayak ramai dan menjadi ketua, kemungkinannya membawa kepada kegagalan. Begitu juga jika Pekerja B yang bersifat extrovert (sejenis aktif dan out-spoken) jika diberikan tugasan mengurus di belakang tabir mungkin juga membawa kepada kemusnahan. Oleh itu, pentingnya setiap individu dan pemimpin itu mengenali ahlinya dan berusaha mengembangkan potensi diri bagi menghasilkan produktiviti dan kecemerlangan bersama yang lebih memberangsangkan.

 

Oleh kerana itu,  modul-modul transformasi diri yang digunapakai di dalam siri-siri latihan di Asia Camp khususnya amat penting untuk membantu sesebuah organisasi dan individu yang memerlukan terapi pembangunan insan dan kecemerlangan diri ini.

 

“Self-transformation is not just about changing yourself. It means shifting yourself to a completely new dimension of experience and perception” – Jaggi Vasudev

Explorace Antara Larian dan Tugasan

Kita biasa melihat di rancangan TV seperti di Amazing Race atau Explorace yang aktiviti explorace ini memerlukan para pemainnya berlari ke sana dan ke mari bagi menyiapkan aktiviti atau tugasan di setiap check point. Ada sesetengah check point yang diberikan melalui kawasan lumpur atau kawasan pertanian. Laluannya digabungkan dengan elemen tugasan seperti menaiki haiwan ternakan, menari dan berjumpa orang itu dan ini bagi mendapatkan hint seterusnya dan lain-lain. Apa yang pasti, aktiviti explorace yang biasa dihidangkan di TV menjurus kepada keseronokan melihat para pemain menyiapkan tugasan atau games yang ada di laluan checkpoint, dikenalkan penalti tugasan dan reaksi pemain apabila dikenakan pit-stop masa.

Adakah aktiviti explorace ini hanya sekadar larian dan menyiapkan tugasan di setiap check point semata-mata?

Inilah objektif yang kadangkala terlepas pandang oleh setiap peserta mahupun kita sebagai penonton di rumah. Aktiviti explorace ini lebih kepada membina team building sesama ahli, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal ahli, membuktikan keazaman dan fokus peserta bahawa, nothing is impossible. Objektif lainnya juga ialah melihat kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis pada setiap ahli dan kumpulan. Tugasan yang diberikan oleh jurulatih atau fasilitator merupakan gabungan aktiviti yang dipadukan bagi menguji ketahanan dan kreativiti para peserta.  

Tiada istilah tugasan berat mahupun remeh yang diberikan itu hanya sekadar suka-suka, ingin mengenakan atau melambatkan peserta. Setiap tugasan mahupun aktiviti yang diberikan mempunyai maksud, refleksi dan objektifnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, dalam Tugasan 1 seperti gambar di bawah, setelah para peserta tiba di check point berkenaan mereka diwajibkan membuat ikatan kasih sahabat. Arahan yang diterima adalah, ikatan tangan yang dibuat haruslah kuat dan mampu menampung ahli yang lain tanpa mencecah kaki di tanah. Setiap peserta harus menjadi ahli yang didukung dan dilambung oleh ahli kumpulan yang lainnya.

Objektif tugasan di sini: melihat semangat setiakawan dan fokus dalam menyiapkan tugasan tanpa mengira warna kulit dan kelemahan diri rakan yang lain.

Tugasan 1: Menyiapkan tugasan ikatan kasih sahabat

Contoh lain seperti di Tugasan 2 memfokuskan objektif kepada kemajuan diri dan kebersamaan rakan yang lain dalam mendokong ahli kumpulan. Arahan yang diberikan di check point berkenaan memerlukan setiap peserta menceritakan kelemahan yang ada di dalam diri selama 1 minit. Ahli kumpulan yang lain perlulah take note dan mengingati serta maklum akan kelemahan diri yang ada pada ahli kumpulannya yang lain.

Aktiviti ini menguji keberanian peserta untuk membuka pekung diri dalam rangka memberikan ruang kepada ahli yang lain untuk turut sama-sama menguatkan diri setiap ahli.

Tugasan 2: Peserta sedang menyiapkan tugasan bertemakan – “berani itu awesome!”

Inilah objektif sebenar dalam aktiviti explorace. Ia bukanlah aktiviti sekadar suka-suka atau memenuhi masa lapang. Namun, aktiviti explorace ini berbalik kepada keyword asasnya yaitu – “EXPLORE” dan “RACE” yang membawa maksud mendalami kekuatan dan kelemahan diri dan berusaha meningkatkan diri ke arah yang lebih dan menjadi yang terbaik.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Ikuti temubual pihak Asia Camp bersama wakil pelajar ke atas aktiviti sebegini.

Kem Pelajar Kelantan (Siri 3)

Pengalaman ketiga di kem pelajar di Kelantan

Pengalaman semasa di kem motivasi pelajar di Kelantan lain pula auranya. Topografi kawasan betul-betul di tepi pantai. Objektif dan durasi kem lebih lama, lasak dan tegar. Sasarannya adalah pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan. Kem pelajar tersebut beroperasi selama hampir 3 bulan, mempunyai hampir 20 modul dan melibatkan 300 peserta kem lelaki dan perempuan.

Admin ketika itu diarahkan datang memberikan bantuan buat kem pelajar bagi menggantikan fasilitator yang sudah hampir 2 bulan tidak berganti. Tugasannya terasa berat kerana perlu mengambil-alih tugas menjadi ketua fasilitator buat kem pelajar ini selama 10 hari (sementara fasilitator tetap direhatkan dan diberikan cuti). Tanpa pengenalan dan suaikenal lanjut tentang kem pelajar di Kelantan ini, tanpa bantuan dari fasilitator tetap yang terus menghilang diri untuk berehat, Admin dan team terpaksa mengambil alih 300 peserta yang sudah ‘kelesuan jiwanya’ dek angin panas pantai. Di kem pelajar ini, ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental Admin dan kumpulan dalam menghadapi anak-anak remaja yang boleh dikatakan kesemuanya sudah lesu, lelah, tepu benaknya dengan pelbagai info dan terbakar jiwanya. Ia sungguh menguji!

Ketika ini, Admin yang menjadi ketua harus cepat bertindak. Bertindak memotivasikan fasilitator yang ada dan bertindak mencari modul yang bertepatan untuk keadaan semasa di kem pelajar ketika itu. Nekad Admin ketika itu, “jiwa yang sakit ini perlu didekati dengan empati, kasih sayang dan belaian”. Itu sahaja ubatnya yang perlu diberikan dengan dos yang tepat dan suntikan yang kena pada tempatnya.

Seorang fasilitator harus peka, cepat bertindak dan kreatif dalam menyusun langkah dan strategi

Admin dan kumpulan menukar strategi modul. Untuk 2-3 hari pertama sesi suaikenal bersama team fasi yang baru, semua modul berat melibatkan Al-Quran, qiyam dan menjaga kawasan (khatibah) diberhentikan seketika. Kami bersembang santai di tepi pantai mengenai keluarga, rasa, cinta, cita-cita dan gossip senja. Ada adik-adik kem pelajar yang bertanyakan pengalaman cinta para fasi di universiti, alam universiti dan banyak lagi. Selama 3 hari itu, kami duduk ‘side-by-side’, tidur bersama di dorm peserta kem pelajar dan bersuap makanan. Adik-adik peserta kem pelajar ini nampaknya seperti terubat. Satu benda yang sungguh-sungguh Admin rasakan di sini yaitu, “empati ini penting kerana ia mengetuk jiwa dan membuka ruang untuk yang lain masuk dan mengubati penyakitnya dari dalam”.

Konklusi yang dapat disimpulkan di sini ialah perlunya elemen empati, rasa kebersamaan dan ‘care’ sesama fasilitator dan para peserta kem pelajar. Berhadapan dengan para peserta kem pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang, dengan jutaan masalah di kepalanya yang tidak kita ketahui, para peserta kem pelajar ini perlulah dirai dengan sebaik dan seadanya. Menjadi fasilitator bukanlah bermakna diri itu boleh mendabik dada, menjadi ketua yang perlu dituruti arahannya, menjadi tempat rujukan dan sebagainya. Melainkan menjadi fasilitator itu merupakan satu tugas yang berat. Berat di sini kerana fasilitator itu perlu bersama-sama memikul bebanan rasa dan fikiran puluhan bahkan ratusan peserta kem pelajar di bawah jagaan dan seliaannya.

Teringat kata-kata seorang pendeta silam, “ingin menyentuh jiwa, langkah-langkah dan kata-katanya perlulah terus datang dari jiwa. Perhatikan wajahnya, tembusi matanya, dan dalamilah jiwanya, pasti ketemu penyakit dan ubatnya”. Membuktikan kepada kita betapa pentingnya bahasa jiwa, empati dan kasih sayang sesama manusia dalam menaburkan bakti dan budi kepada manusia. Manusia itu ada seninya!  

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Kem Motivasi Pelajar (Siri 2)

Pengalaman Kedua Kem Motivasi Pelajar

Dalam satu kem motivasi pelajar yang lain, Admin menjadi ketua fasi bagi kem motivasi pelajar untuk adik-adik Naqib (ketua kumpulan bimbingan pelajar lelaki) dan Naqibah (ketua kumpulan bimbingan pelajar perempuan) Kolej Professional MARA di Johor. Beratnya tugasan yang diberikan ketika itu, guru-guru di sana menyerahkan sahaja bulat-bulat bagi wakil universiti yang datang membantu. Tanpa modul dan tanpa fasilitator bantuan dari pihak Kolej, kem motivasi pelajar ini harus dijalankan untuk 3 hari dan 2 malam yang mendatang. Alkisahnya, sistem Naqib-Naqibah ini adalah modul baru dari pendidikan negeri yang berkolabrasi dengan pihak Majlis Agama Negeri Johor. Mereka di Kolej Mara ini belum ada modul kepimpinan untuk kem motivasi pelajar sebegini dan masih blur untuk membina modul yang bagaimana. Apa yang ada hanya bahan-bahan untuk kem motivasi pelajar dan peralatan perkhemahan. Guru bimbingan ketika itu dari pihak Kolej seingat Admin hanya 4 orang, seorang wakil HEP, seorang ustaz dan dua guru waden perempuan. Begitu Admin dengan 2 rakan yang lain mengerah otak untuk melaksanakan  modul, mengambil-alih memberikan ucapan, memberikan tazkirah, merangka aktiviti luar dan membuat kupasan iktibar dari Al-Quran.

Perasaan Admin di ketika itu hanya 1; “ini adalah satu peluang untuk berbakti, menaburkan budi, dan menyebarkan sayap kasih dan rahmatnya Tuhan kepada alam”. Di ketika itu, konteksnya adalah adik-adik dari Kolej Mara yang inginkan input dan nilai tambah untuk bekalan dibawa balik ke Kolej mereka nanti, untuk dikongsikan dengan ratusan para pelajar kolej yang lain. Demi Allah, Admin merasakan ketika itu bebanan dakwah, pendidikan kesedaran dan jutaan rantai rasa yang berat wujud di dalam jiwa.

Mendidik masyarakat memerlukan empati dan rasa sensitif yang tinggi

Inilah dia hakikat pendidikan manusia, khususnya bagi diri yang mencarikan kebaikan. Mereka perlu dibentuk dan dicanaikan dengan acuan yang baik dan cukup dengan segala resipi dan bahannya. Hakikatnya setiap manusia adalah insan yang baik, yang mahu kembali menyucikan diri, mahu menjadi baik, mahu disayangi, mahu dihormati, dan mahu dipuji. Pengalaman 3hari 2malam di kem motivasi pelajar Johor ini membangkitkan 1001 rasa. Adik-adik peserta baik lelaki mahupun wanita tidak dibezakan. Admin layankan semua sama rata sahaja. Yang nakal ditegur, yang comel dipeluk, yang nampaknya ‘keras’ diberikan senyuman dan suapan makan, dan yang ‘liar’ dijinakkan dengan basuhan iman.

Hujungnya, semuanya menangis dan ingin bersama lagi untuk jangka masa yang lebih lama. Admin rasakan satu kemenangan di dalam jiwa.

Selain kem motivasi yang admin uruskan, kami juga ada uruskan kem motivasi berteraskan modul outdoor. Ianya boleh mengikut objektif yang pihak tuan/puan mahukan seperti motivasi pembelajaran, motivasi peperikasaan dan motivasi kerja berpasukan.

Berikut adalah contoh pengisian kem motivasi kami

 

kem motivasi

kem motivasi

 

Ini adalah contoh tentatif program di AsiaCamptentatif kem motivasi

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Kem Motivasi Pelajar (Siri 1)

Hari ini, memulakan tugas di awal pagi Admin melihat kembali gambar-gambar siri kem motivasi pelajar yang pernah diuruskan oleh Asia Camp. Dokumen kerja yang menimbun yang harus diselesaikan tidak mampu mengalihkan pandangan dari jutaan mimik muka suci anak-anak kecil sekolah dan adik-adik remaja kita yang makin membesar. Timbul rasa sebak dan haru. Fikiran Admin melayang mengingat moment sedih, indah dan suka yang pernah Admin lalui sebelum ini.

Hari ini Admin mahu berkongsikan sedikit pengalaman dan rasa hati Admin semasa menjadi fasilitator di kem motivasi pelajar.

Pengalaman 1:

Di suatu ketika, Admin pernah menjadi fasilitator kem motivasi pelajar buat anak-anak sekolah Islam di Hulu Langat, dulu di zaman awal belajar di universiti. Sampai di modul qiyam dan muhasabah diri, adik-adik sekolah yang jauh lebih muda usianya menangis teresak-esak dan tersedu-sedan mendengar runtunan cerita dan insaf diri dari ustaz yang menjadi moderator. Admin yang fasilitator ini, terkebil-kebil seketika. Ustaz yang menjadi moderator terus ‘keras’ menyampaikan peringatan dan makin hanyut dengan lebatnya hujan air mata yang turun. Dikisahkannya dengan perjalanan kematian yang mendekat dan apa yang akan berlaku di saat pengakhiran kehidupan dunia. Melihat orang menangis, mampu menjentik diri yang asalnya keras dan gagah ini untuk turut juga merasa sebak, menangis dan tak keruan. Sesungguhnya menangis itu satu rahmat dan ketenangan.

Muka-muka bersih yang memerlukan bantuan untuk dicorakkan laluan rasa dan fikirannya

Biasa kita bercerita tentang kem motivasi pelajar yang memotivasikan peserta. Bagi admin, kem motivasi pelajar seperti ini tidak hanya untuk peserta atau pelajar, tetapi juga mampu memotivasikan para fasilitator dan diri sendiri khususnya. Kem motivasi pelajar ini menjadi satu platform buat para fasi untuk sama-sama belajar meningkatkan potensi diri dan deria sensitiviti diri umumnya.

Contoh indoor aktiviti yang merupakan modul refleksi diri dan hubungan rakan sebaya

Pengalaman menguruskan modul kem motivasi pelajar sekolah islam yang walaupun bagi admin hanya berskala kecil ketika itu, tetapi ia membawa kepada satu pengajaran besar yang menghidupkan jiwa, paling kurang bagi admin khususnya. Beginilah kita manusia, setiap apa yang kita lihat, rasai dan dengari adalah satu bonus untuk meningkatkan diri dan menjadikan diri ke arah yang lebih baik.

Makanya, bersyukurlah!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>