Artical

PROSES MENERBITKAN IDEA DALAM INDIVIDU DAN KUMPULAN

Proses menerbitkan idea tidak kira sama ada dalam individu atau pun dalam sesebuah kumpulan adalah satu proses permulaan dalam menjana kejayaan dalam sesebuah pasukan. Kebanyakan organisasi mengamalkan kerja secara berkumpulan dan tidak mengalakkan ahli pasukannya untuk bergerak seorang diri. Ini kebiasaanya dilihat daripada mereka yang berkerja dalam bidang pemasaran.

Terdapat sembilan faktor yang mampu menjadikan sesebuah kumpulan itu berkesan dalam kerjasama bagi membuat keputusan bersama iaitu matlamat yang jelas, kemahiran yang relevan, komitmen bersatu, komunikasi kumpulan yang baik, kepimpinan yang sesuai, kepercayaan dua pihak, sokongan dalaman dan akhir sekali adalah sokongan luaran.

Image may contain: one or more people, people sitting and child

perbincangan perlu dalam proses menerbitkan idea

Kesemua faktor di atas membantu dalam proses menerbitkan idea yang baik dan berkesan dalam menentukan hala tuju sesebuah pasukan dan organisasi. Antara aspek-aspek penting dalam konsep ini adalah ;-

  1. Masa depan yang tidak dijangka dan amaran yang lemah ; membawa pengertian di mana masa depan adalah sesuatu yang tidak dapat diramal secara tepat. Namun demikian, dengan jangkaan masa depan yang tidak jauh tersasar akan menjadikan unjuran kecemerlangan organisasi mampu tercapai jika tidak secara menyeluruh tetapi hampir kepada target dan sasaran maka ia sudah boleh dianggap sebagai sebuah kejayaan.
  2. Motivasi dalaman merujuk kepada semangat individu iaitu ahli pasukan dan seluruh organisasi dalam proses menerbitkan idea Organisasi yang tidak mempunyai ahli pasukan yang sentiasa termotivasi tidak akan mampu menjana idea yang hebat dan hanya akan berada di takuk yang sama.
  3. Kebergantungan kumpulan pula adalah salah satu aspek dalam konsep ini di mana ia merujuk kepada beberapa kumpulan kecil yang dibina untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu jawatan kuasa kecil bagi mengendalikan sebarang program sementara.
  4. Persediaan sumber : dalam mana-mana organisasi sumber memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan lebih-lebih lagi sumber kewangan. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi tentu sahaja sesebuah program tidak mampu dijalankan dengan baik dan pasti akan ada kekurangan besar yang berlaku. Justeru, ketua organisasi atau pasukan perlu memandang serius tentang perkara ini.
Image may contain: 14 people, people smiling, outdoor

kejayaan dalam pasukan adalah apabila semua ahli mampu menjana idea bersama

Kesimpulannya, kesemua aspek-aspek di atas perlu dititik beratkan dalam proses menerbitkan idea untuk membantu ahli pasukan lebih mudah menjana idea yang segar dan berinovatif.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *