Artical, Team Building

Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP

LADAP atau Latihan dalam perkhidmatan merupakan latihan yang dijalani oleh guru sekolah di dalam mempertingkatkan muti latihan. AsiaCamp ada menyediakan modul kreativiti melalui konsep experiential learning kepada guru.

Sesebuah institusi  yang mampu mengenali dan menghidari faktor yang mengekang kreativiti dalam organisasi di peringkat awal mampu membawa pasukannya bergerak lebih maju berbanding pasukan yang atau organisasi yang memandang enteng terhadap kepentingan kreativiti. Malah, pada masa ini, masih terdapat organisasi yang seolah-olah tidak mengambil berat tentang kepentingan kreativiti dan impaknya kepada sesebuah pasukan tersebut.

Dalam konteks lain, terdapat juga organisasi yang tidak tahu bahawa amalan dan budaya kreativiti ini mampu menjadikan organisasi dan pasukannyan lebih cemerlang dan gemilang. Implikasi daripada mengabaikan kreativiti ini maka pasukannya nyata ketinggalan lebih jauh berbanding pasukan lain.

Image may contain: 4 people, people standing, tree, child, sky and outdoor

menjana kreativiti bersama

Di dalam latihan LADAP yang AsiaCamp sediakan, pelbagai faktor yang mengekang kreativiti dalam sesebuah pasukan akan dibendung melalui sesi pembelajaran disini. Antaranya adalah ;-

  1. Komunikasi yang lemah antara superior dan subordinat
  2. Kurangnya kerjasama dalam pasukan
  3. Menekankan status quo
  4. Menekankan motivasi intrinsik.
  5. Prosedur yang terlalu ketat dan mengongkong
  6. Persaingan menang-kalah dalam organisasi sendiri
  7. Sumber yang tidak mencukupi
  8. Penilaian dan tekanan kerja yang berat

Jika kesemua faktor ini wujud dalam sesebuah pasukan maka ketua pasukan perlu mengambil langkah segera bagi mewujudkan ruang untuk ahli pasukan mereka. Ini kerana sifat semulajadi manusia adalah di mana dia mampu lebih berimaginasi dalam keadaan yang tenang dan tiada tekanan.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, child, outdoor, nature and water

tiada tekanan pasti lebih ceria dan gembira

Kesemua faktor yang mengekang kreativiti ini dilihat bukan sahaja tidak mampu membangunkan sesebuah organisasi atau pasukan itu ke tahap yang lebih tinggi, tetapi juga akan mewujudkan suasana kerja yang tidak selesa.

Perlu diingatkan antara faktor kejayaan sesebuah organisasi pula adalah di mana ia berjaya memperkasa pembangunan sumber manusia terlebih dahulu melalui kaedah :

  1. Mewujudkan kepercayaan dan komitmen menyeluruh dalam proses pembelajaran dan pembangunan
  2. Komunikasi yang jujur, terbuka dan gaya kepimpinan yang berwawasan.
  3. Budaya organisasi yang kreatif, terbuka, inovatif serta struktur organisasi yang kondusif
  4. Amalan proses menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan teknik yang betul
  5. Proses kemahiran projek yang fleksibel serta sumber dan kemahiran yang berkualiti.

Kesimpulannya, semua faktor kecemerlangan di atas perlu diterapkan manakala situasi yang mengekang kreativiti ahli pasukan perlu dielakkan, ini boleh dilakulan dengan menyertai kem LADAP di AsiaCamp