Team Building

PENCERAMAH MOTIVASI

Siapa tidak kenal dengan nama Dato Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah seorang pakar motivasi yang amat di kenali dan dikagumi oleh rakyat Malaysia. Beliau di lahirkan pada 16 Julai 1951 di kampong sungai pinang klang Selangor. Nama lain bagi Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah adalah DMFK. Seorang yang bergiat sebagai pakar penceramah motivasi.  Beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya dan seterusnya Universiti Wisconsin.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di university putra Malaysia pada tahun 1977. Seterusnya beliau menubuhkan sebuah syarikat bagi menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga pada tahun 1993. Mendapat pengiktirafan sebagai tokoh maal hijrah pada tahun January 2008 diatas sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.

Beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya dengan memegang ijazah sarjana muda sains dalam sains pertanian dengan kepujian pertama. Dan menyambung ijazah sarjana sains pertanian kewartawanan daripada Wisconsin university amerika syarikat.

Pencapaian yang beliau telah lakukan adalah:

1. 1977 – Pensyarah di university Putra Malaysia

2. 1987 – 1992 – Pengerusi AJK surau Al-Uum Bandar baru bangi

3. 1993 – Menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi  syarikat. Pakar motivasi segman motivasi RTM 1. Pakar Rujukan Komunikasi rumah tangga

4. 1995 – Ahli badan perunding islam. Ahli majlis kementerian belia dan sukan. Ahli panel jawatan kuasa dekad cemerlang negeri Selangor.Ahli seumur hidup MCOBA.

Antara hasil penulisan beliau adalah:

1. Kemahiran kekeluargaan : menjadi ibu bapa cemerlang – 1997

2. Kecemerlangan mendidik anak : menjadi ibu bapa cemerlang – 1997

3. Selamat dating ke university – 2004

4.Menjalin hubungan bahagia – 2004

5. 21 kaedah mendidik anak cemerlang – 2005

6. Petua mendapat pasangan – 2005

7. Menerobos sempadan negeri – 2006

8. Menjalin hubungan bahagia – 2007

9. Tip menjadi pelajar IPT cemerlang – 2008

10. Petua membantu anak Berjaya – 2009

Antara sumbangan beliau di dalam bidang kejurulatihan adalah menegendalikan hamper lebih 6000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi kerajaan dan juga swasta dalam bidang motivasi, pembina pasukan, pembangunan diri, teknik kejurulatihan, penulisan laporan, kepimpinan, penyeliaan, pengurusan, khidmat pelanggan dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.