Team Building

5 KELEBIHAN KEM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK SERTAI

pakej cuti kampung

Setiap ibu bapa akan mengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran mahupun kehidupan. Terdapat agensi swasta yang akan menganjurkan kem cuti sekolah semasa cuti sekolah bermula.

Kelebihan kem ini akan melahirkan murid yang cemerlang dan berwawasan. Setiap murid di Malaysia seharuskan mengikuti kem-kem yang di adakan oleh pihak sekolah atau penganjur lain. Terdapat beberapa kebaikan kebaikan atau kelebihan jika murid mengikuti kem tersebut.

kem cuti sekolah

Selain itu, Setiap murid yang mengikut kem  cuti sekolah akan mengetahui teknik-teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul amatlah penting kepada pelajar supaya pelajar tersebut cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang panjang.

Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang pengurusan masa yang yang tepat. Oleh yang demikian, semua pelajar digalakkan membuat jadual sendiri dan mengikuti jadual yang telah di buat.

Kebaikan seterusnya mengikuti kem cuti sekolah adalah pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar itu sendiri. Nilai ini dapat dipupuk secara tidak langsung atau secara langsung dalam setiap diri pelajar tersebut.

Antara nilai murni adalah hormat-menghormati dan nilai kejiranan. Jika pelajar mengamalkan nilai tersebut, secara serta merta pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mahupun kehidupan akan datang.

Disamping itu, Pelajar akan dapat menambah kenalan semasa menyertai program kem cuti sekolah tersebut. Ini kerana kem cuti sekolah akan menggabungkan sekolah-sekolah lain. Pelajar juga boleh bertukar-tukar pandangan dan soalan peperiksaan yang mereka miliki.

Kebaikan lainnya adalah pelajar akan menggunakan masa lapang tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Jika masa yang ada tidak di gunakan dengan sebaiknya, Pelajar akan banyak melepak dan menonton bahan hiburan yang tidak berfaedah.

Oleh itu, Pihak sekolah dianjurkan mengadakan program kem cuti sekolah untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka mengikutui program cuti sekolah yang diadakan oleh pihak sekolah. Dengan menyertai program kem cuti sekolah ini, pelajar akan mendapat pengalaman baru, sahabat-sahabat baru, sahsiah diri baru dan dapat membentuk jati diri mereka untuk kehidupan masa depan yang lebih cemerlang,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *