Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi

PEMILIHAN KAWASAN KEM – TIPS MENGADAKAN KEM MOTIVASI

Pemilihan kawasan kem adalah antara perkara paling penting bagi penganjur sebelum mengadakan kem motivasi. Ini kerana, pemilihan kawasan dan tempat yang tepat akan menentukan keberkesanan program yang dirancang seiring dengan acara dan program yang ditetapkan dalam tentatif. Hal ini penting kerana kawasan yang selesa dan menarik sekaligus dapat menarik minat para peserta untuk menyertai kem tersebut.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kem-kem yang telah dijalankan di Asia Camp, golongan pelajar atau remaja boleh dirumuskan bahawa 80% daripada mereka menganggap kem motivasi adalah selain bertujuan untuk keseronokan ia juga akan membantu mereka untuk menghilangkan stress. Justeru, pemilihan kawasan kem perlu menepati cita rasa mereka dan pengisian program sepanjang kem diadakan juga perlu seiring dengan keperluan mental dan fizikal.

Kebiasaannya, pada awal pelaksanaan kem, para peserta masih kabur dan buntu tentang tujuan sebenar mereka berada di sana. Namun, beralih kepada fasa pertengahan kem pula, barulah para peserta ini tadi dapat menerima intipati program yang dijalankan dengan pelbagai aktiviti membina jati diri serta semangat berpasukan.

Kawasan kem yang berlatarbelakangkan hutan simpan dan air terjun antara ciri-ciri khas yang menjadi keutamaan para penganjur kem motivasi. Tentu sahaja dengan keindahan alam sekitar dan deruan air terjun menggamit perhatian penganjur untuk dijadikan faktor pemilihan kawasan kem.

Apa yang menarik semua ciri-ciri ini boleh diperolehi di Asia Camp sekiranya para penganjur memilih untuk melaksanakan kem motivasi di premis kami. Selain kawasan pinggir hutan yang kaya dengan pemandangan flora dan fauna, kawasan pinggir tasik yang sesuai untuk aktiviti berakit juga sangat sesuai untuk diambil kira semasa pemilihan kawasan kem.

Selain daripada faktor-faktor di atas, lokasi yang berdekatan dengan kawasan kampung, pusat kesihatan, masjid dan balai polis turut perlu diambil kira oleh para penganjur kem motivasi sebelum membuat pemilihan. Ini kerana, semua aspek yang dinyatakan di atas akan menentukan keselesaan dan keselamatan semasa kem motivasi atau kem jati diri dijalankan.

Batasan hanya hidup dalam fikiran sahaja, tetapi jika kamu menggunakan imaginasi, segala kemungkinan tanpa batasan- Jamie Paolinetti

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *